Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitulah fitrah kehidupan kalau ibu bapa mendedahkan sesuatu kepada anak mereka, sudah pas...


Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitulah fitrah kehidupan kalau ibu bapa mendedahkan sesuatu kepada anak mereka, sudah pasti anak itu akan mengikuti apa yang telah didedahkan. Kalau seorang anak didedahkan dengan keganasan serta pengalaman yang negatif, sudah pasti mentaliti dan kelakuannya akan menjadi seorang yang ganas. Kalau anak itu diterapkan dengan nilai-nilai yang murni, bersopan santun (contohnya mengajar salam) sudah pasti akan pandai menghormati pada orang lain.

Begitu kisahnya seorang bayi bernama Ellie Farmer telah didedahkan dengan aktiviti panjat dinding oleh ibu bapanya sejak dari usianya 8 bulan. Kini bayi kecil ini sudah mencapai usia 20 bulan dan mampu memanjat hingga ke puncak. Mungkin harapan kedua ibu bapanya bila besar nanti bukan seorang yang profesional di dalam bidang undang-undang, perubatan, kejuruteraan, cendiakiawan atau pemimpin negara tetapi hebat didalam acara rock climbing atau wall climbing.



Memang nampak menakjubkan bila aku menonton Ellie Farmer ni memanjat dinding. Tetapi bagaimana pula dengan video di bawah ni ?seorang bayi lelaki yang hampir seusia Ellie Farmer. Guna sebelah tangan jer beb memanjat sudut tegak sambil membawa beban.



Quote:
.
Bayi sudah pandai panjat tembok

ARIZONA, Amerika Syarikat – Seorang bayi di sini mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan.

Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.

Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali.

"Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak kepada CNN.


PENGALAMAN pertama Ellie mendaki bersama ibunya di sebuah gimnasium di bandar Flagstaff, Arizona. - AGENSI

Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah.

Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter
Sumber dari: kosmo

Sampai pengumuman harga minyak baru untuk bulan Julai terpaksa dihentikan. Takkanlah sampai sakit sangat kerajaan hingga tidak mampu men...


Sampai pengumuman harga minyak baru untuk bulan Julai terpaksa dihentikan. Takkanlah sampai sakit sangat kerajaan hingga tidak mampu mengumumkan harga baru minyak petrol dengan lebih awal. Seperti mahu beri kejutan kepada rakyat. Kalau harga naik jer kot tak berani nak umum..kalau harga turun mungkin diorang akan umum dengan penuh kebanggaan.
Kini harga baru untuk Julai 2015 telah dinaikkan 20sen bagi Ron97 iaitu dari RM2.35 kepada RM2.55.
Manakala sekupang kenaikan bagi Ron95 iaitu dari RM2.05 kepada RM2.15.
Besyukurlah kita kerana harga minyak petrol di Malaysia  masih rendah berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Brunei, Qatar, Arab Saudi dan banyak lagi. Aku faham kesan kejatuhan nilai ringgit kepada RM3.78 per 1 USD telah menyebabkan kenaikkan ini.  Dan pak menteri banyak kali cakap ekonomi Malaysia masih kukuh dan stabil. Dan ada juga menteri yang suka dengan kenaikan dollar sebab akan menggalakkan pelancong asing datang melawat ke negara kita.




Quote:
Harga minyak naik bermula tengah malam ini

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengesahkan kenaikan harga baru petrol bermula 1 Julai.

Perkara itu disahkan beliau ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini.

Harga baru itu merangkumi kenaikan bagi RON97 sebanyak 20 sen, menjadikan perubahan harga daripada RM2.35 seliter kepada RM2.55 seliter.

Bagi RON95 pula, kenaikan harga sebanyak 10 sen, iaitu daripada RM2.05 kepada RM2.15 yang berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga diesel bagaimanapun kekal pada RM2.05 seliter dan semua kenaikan itu termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kecuali untuk RON95.

Terdahulu, Hasan mengingatkan pengguna bahawa kementeriannya tidak akan membuat pengumuman awal mengenai perubahan harga petrol bulanan.

The Star hari ini memetik menteri itu sebagai berkata, pengguna hanya akan mengetahui perubahan harga petrol pada tengah malam.

Harga baru bahan bakar itu biasanya diumumkan di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abu Samah Bachik ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak mendapat maklumat awal mengenai harga terbaru bahan bakar itu, meskipun harga baru akan mula berkuat kuasa jam 12 tengah malam ini.

“Setakat ini belum ada pengesahan, sepatutnya kementerian sudah umum sekarang (jam 9 malam).

Tetapi, sekarang kementerian sudah buat harga automatik (auto price) dan terus masuk dalam sistem. Kita tidak tahu dan tidak dapat maklumat awal,” katanya.

Sumber dari: TRP



Quote:
Tiada Lagi Notis Awal Harga Bahan Api - Hasan Malek

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membuat pengumuman lebih awal mengenai harga baharu petrol dan diesel setiap bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

"Kami memutuskan untuk menghentikan amalan sebelum ini iaitu mengumumkan harga baharu pada hari terakhir setiap bulan.

"Mulai sekarang, pemilik kenderaan hanya akan tahu sama ada harga akan naik atau turun atau dikekalkan pada tengah malam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat sempena Hari Terbuka GST anjuran Pemuda Umno di sini, Selasa.

Bulan lalu, pengumuman harga minyak dibuat melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Bagi Jun, harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel naik 10 sen seliter berbanding Mei.

Harga RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

Harga minyak sejak Disember lepas telah ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal yang mana tiada lagi subsidi bagi RON95 dan diesel memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Sejak mekanisme itu dilaksanakan, harga minyak telah berubah sama ada meningkat dan menurun dari satu bulan ke satu bulan berikutnya.

Sumber dari: mstar

Hidangan berbuka puasa di hotel sudah pasti akan disajikan pelbagai jenis menu seperti kambing golek, murtabak, masak lemak tempoyak ika...


Hidangan berbuka puasa di hotel sudah pasti akan disajikan pelbagai jenis menu seperti kambing golek, murtabak, masak lemak tempoyak ikan patin, bubur lambuk, mi bandung Muar, laksa Pulau Pinang dan pelbagai lagi juadah yang enak dihidangkan kepada tetamu.

Tetapi hidangan berbuka akan lebih enak jika ada sajian "apam dan susu atau nasi lemak sambal kerang" yang sudah tentu amat mengiurkan. Malangnya aktiviti santapan enak seperti ini adalah santapan larangan yang hebat dihidu oleh Jabatan Agama di hotel-hotel bujet sahaja. Hidung mereka tidak mampu untuk menghidu di hotel-hotel bertaraf 3-5 bintang kerana apa yang keluar di berita selalunya hanya di hotel-hotel bajet sahaja.

Kenapa? Mengapa? Mustahil selain hotel bajet itu bersih dan terhindar dari aktiviti santapan larangan dan hanya mampu menangkap ikan-ikan kecil sahaja. Adakah mereka takut tertangkap ikan-ikan besar ala VVIP atau tidak mempunya kelengkapan yang cukup untuk menangkap? Atau golongan ikan-ikan besar ini sudah tentu mewah, mampu dan tidak takut membayar denda. Alahai setakat RM3000 seperti RM3 bagi mereka. Bukannya ada hudud pun dalam negara yang penuh demokrasi nie. Hingga ke hari ini belum ada lagi negara berdemokrasi melaksanakan undang-undang hudud (kalau tak silap aku laa..)




Quote:
Empat pasangan cemar Ramadan
ALOR SETAR - Memalukan, apabila seorang penjawat awam berusia 20-an dicekup tidak berbaju dan hanya berselimut bersama seorang wanita di sebuah bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini, semalam.

Pasangannya yang juga penuntut sebuah universiti awam berusia 22 tahun pula memakai baju dan hanya bertuala ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Keduanya memberi alasan ingin berbuka puasa bersama memandangkan sudah lama berkenalan dan sering berjumpa sebelum mendaftar di hotel itu.

Bagaimanapun, masing-masing mengaku tidak memiliki sebarang ikatan sah sebaliknya hanya sebagai kawan.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pasangan berkenaan antara empat yang ditahan dalam ‘Ops Ramadan’ bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu.

"Dua pasangan lagi, masing-masing berusia antara 18 hingga 20 tahun ditahan dalam sebuah bilik sama turut memberikan pelbagai alasan ketika ditahan," katanya.

Menurutnya, operasi disertai kira-kira 25 anggota penguat kuasa Jaik itu turut disertai Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan, Syeikh Mohd Rasydan A Rahman.

"Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Tambang Badak, di sini, seorang lelaki berperwatakan wanita berusia 22 tahun turut ditahan bersama seorang lelaki berusia 24 tahun.

"Mereka dipercayai sudah menginap di hotel berkenaan sejak Khamis lalu," katanya.

Beliau berkata, Ramadan sepatutnya diisi dengan aktiviti berfaedah, bagaimanapun masih ada yang melakukan perbuatan tidak bermoral sedemikian.

"Mereka sanggup mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan melakukan perbuatan sedemikian bersandarkan nafsu semata-mata.

"Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak masing-masing supaya tidak terbabit dalam kegiatan maksiat, terutama ketika Ramadan," katanya.

Empat pasangan disyaki berkhalwat disiasat di bawah Sekyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara.

Manakala, kes lelaki berperwatakan wanita disiasat mengikut Sekyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau setahun penjara.
Sumber dari: Sinar

Farah Ann seorang gimnas negara (mengaku Islam) telah mengharumkan nama Malaysia telah memenangi  dua pingat emas, satu pingat perak dan...


Farah Ann seorang gimnas negara (mengaku Islam) telah mengharumkan nama Malaysia telah memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa. Hebat betul dia nie daripada orang lain yang belum tentu mampu melakukan aksi yang merbahaya ini. Mereka lebih mahir dalam mengkritik, menghina dan mencaci di media so"sial". 



Memang so"sial"  pada mereka yang hanya tahu mengutuk dan mengkritik, tidak tahu penat lelah Farah Ann  hingga Sultan sanggup memberi perutusan tahniah dan memberi sijil bagi pencapaiannya yang penuh membanggakan. 

Sultan merupakan ketua agama dan dibelakangnya mempunyai ramai pembesar istana,mufti dan beberapa ahli agama yang hebat-hebat serta tinggi ilmunya. Sultan itu juga yang kita doakan setiap minggu di hari Jumaat pelu kita hormati segala titahnya. Sultan juga penyebab ramainya orang memeluk Islam suatu ketika dahulu di zaman-zaman kesultanan melayu.

Sijil dari Sultan umpama lesen untuk Farah Ann terus beraksi sebagai alet gimnas tanpa dihalang dari apa-apa kritikan selepas ini. Walaupun jika seseorang berpakaian seksi sekali pun ala Brazilian bikini mencolok mata dikhalayak ramai, semuanya tidak menjadi masalah jika dia mampu mengharumkan nama negara.

Syariat Islam adalah perkara terakhir dan pencapaian itu lebih diutamakan.
Majulah sukan untuk negara.



Quote:
Farah Ann Terima Perutusan Tahniah Daripada Sultan Selangor

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kurang senang terhadap kritikan yang diberikan kepada gimnas negara Farah Ann Hadi.

Dalam perutusan tahniah kepada Farah, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa atlet itu telah membuatkan seluruh Malaysia, termasuk Selangor, berasa bangga.

"Mengkritik pakaian anda harus menjadi perkara terakhir dalam fikiran mereka yang memberi komen negatif di media sosial.

"Mereka perlu meraikan pencapaian anda untuk Malaysia dan Selangor," titah baginda dalam surat yang diserahkan kepada Farah, Jumaat.

Farah, diiringi oleh bapanya Abdul Hadi Ahmad, menerima surat daripada seorang pegawai Istana Selangor.

Beliau dikritik kerana didakwa 'mendedahkan dirinya' selepas memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa di Sukan SEA baru-baru ini.

Farah memakai pakaian jeis leotard yang dipakai oleh semua gimnas wanita.

Sultan Sharafuddin berharap Farah tidak mengambil hati dengan komen-komen orang berfikiran sempit itu dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.

"Masa depan Malaysia terletak pada generasi muda seperti anda dan rakyat memberikan sokongan untuk kecemerlangan daripada memberi komen negatif.

"Beta pasti kerja keras , dedikasi, keazaman dan latihan panjang ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mencapai ke tahap yang telah anda capai," titah Sultan Selangor.

Dalam reaksinya, Farah berkata beliau terharu dan dengan rendah diri menerima surat itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Sultan Selangor kerana meluangkan masa untuk menulis surat kepada saya," kata beliau.
Sumber dari: mstar

Video dari ‘dashcam’ bertarikh Isnin, 22 Jun, jam 9 pagi itu menunjukkan kejadian berlaku di Jalan Pudu menuju ke Jalan Hang Tuah di m...


Video dari ‘dashcam’ bertarikh Isnin, 22 Jun, jam 9 pagi itu menunjukkan kejadian berlaku di Jalan Pudu menuju ke Jalan Hang Tuah di mana terletaknya Ibu Pejabat Kontigen Polis Kuala Lumpur.

Video itu menunjukkan kereta polis memandu di lorong kiri lalu dirempuh dari arah belakang oleh sebuah Volkswagen Polo yang dipandu laju menyebabkan kereta polis berputar sebelum ia merempuh pada pembahagi jalan dan kemudian Polo tersebut hilang melarikan diri dari tempat kejadian.

Suspek dikatakan seorang pelajar kolej berumur 21 tahun telah membuat laporan di balai polis pada hari yang sama,

Jika ingin dibandingkan Volkswagen Polo dengan Perodua Myvi, dari segi saiznya boleh dikatakn lebih kurang sama. Kalau diimbas kembali tragedi Myvi merempuh Pajero seakan-akan lebih kurang sama gaya rempuhan Polo dengan kereta peronda polis tersebut. 

Dari rakaman video tersebut seolah-olah pemandu Polo berada dalam kelewatan untuk sampai ke destinasi dan tiada tanda-tanda menunjukkan cubaan untuk perlahan kerana tiada lampu "brake" menyala sebelum merempuhan. Ini mesti kes melihat smart phone sambil memandu.





Quote:
Student ploughs into police patrol car and speeds away

KUALA LUMPUR: Dashboard camera video footage of a hatchback vehicle ploughing into a police patrol car before speeding off has gone viral on social media.

The video shows the police car driving on the left lane with another car on the right along the two-lane road.

A speeding Volkswagen Polo car was seen overtaking the vehicle with the camera on the left lane, and was unable to stop in time to avoid a collision.

It ploughed straight into the police car, which spun out of control and rammed into the road barrier.

The speeding vehicle then fled from the scene.


A sequence of pictures taken from the video.
Kuala Lumpur traffic police investigation and traffic law officer Deputy Superintendent S. Markandan said the incident occurred at around 8.55am Monday.

"Two policemen were on patrol along Jalan Pudu heading towards the city when the Volkswagen Polo was reported to have lost control and rammed into it.

"The collision caused the police car to spin before it hit the barrier," he said, adding that both policemen in the vehicle suffered minor injuries.

He said the 21-year-old college student who was driving the Volkswagen drove off but lodged a police report later that day.

DSP Markandan said the case was being investigated as driving while under the influence of intoxicating liquor or drugs.
Sumber dari: The Star

Aku amat bersetuju jika penguatkuasaan memberi denda kepada mereka (mengaku Islam) yang berpakaian seksi mencolok mata di bazar Ramada...


Aku amat bersetuju jika penguatkuasaan memberi denda kepada mereka (mengaku Islam) yang berpakaian seksi mencolok mata di bazar Ramadan dan aku lebih bersetuju lagi jika bukan sahaja di bazar malah di kawasan-kawasan awam juga patut diambil tindakan. 
Nak yang lagi bagus peniaga-peniaga bazar Ramadan tidak menjual jualan mereka kepada golongan spesis yang tak sedar diri ini. Kalau mahu menjual juga ada lebih baik dikenakan kadar yang tinggi. Isu berpakaian seksi mencolok mata sepatutnya boleh tergolong didalam sexual harrasment pada golongan lelaki. Mana tidaknya kalau dah tersembul dan terdedah pada pak cik yang melihat. Boleh jadi terliur pada benda didalam.


Quote:
Denda RM2,000 Jika Berpakaian Mencolok Mata Ke Bazar Ramadan
KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan wanita Islam di negeri itu yang berpakaian mencolok mata termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000.

Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya di beberapa lokasi di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaian tidak sopan yang dianggap sebagai tidak sesuai.

“Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.

“Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor sebuah portal berita, hari ini.

Tambah Anis, pihak JAIP tidak meletakkan etika berpakaian untuk menjelaskan cara pemakaian yang dianggap sopan.

“JAIP tidak bleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain.

"Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan," katanya.

Bagaimanapun, pesalah yang ditangkap pihak berkuasa agama akan diberi kaunseling terlebih dulu dan sekiranya, mereka mengulangi kesalahan sama maka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.
Sumber dari: MalaysianDigest

Satu rakaman berdurasi seminit memaparkan 2 orang pelajar sekolah menengah bergaduh yang dipercayai pucanya adalah untuk berebut seorang...


Satu rakaman berdurasi seminit memaparkan 2 orang pelajar sekolah menengah bergaduh yang dipercayai pucanya adalah untuk berebut seorang lelaki kerana beberapa ayat yang jelas kedengaran antaranya : “Engkau, jatuhnya maruah aku kerana lelaki!” dari salah seorang pelajar terbabit di dalam pergelutan. Rakaman video yang kini telah menjadi viral di media sosial telah mendapat perhatian ramai dengan kelakuan ganas pelajar perempuan tersebut.



Aku sendiri tak tahu apa kelebihan lelaki yang direbutkan sangat. Apakah abang motor atau anak orang kaya yang bergaya dan mempunyai kereta mewah?. Dari video yang dipaparkan sudah terbukti perkongsian kekasih yang bakal mengundang poligami tidak dipersetujui bagi dua orang ini. Bagaikan sebuah drama seperti berebut suami. Sebenarnya tidak salah pun isu poligami ini malah ia dihalalkan di sisi Islam. Tapi mentaliti golongan perempuan sudah diajar dari kaca television lagi yang kebanyakkannya penuh dengan drama-drama anti poligami dan babak-babak golongan lelaki yang tidak boleh dipercayai untuk berlaku adil. 

Adehhh..syndrome penyakit apakah ini sampai boleh berurus niaga seluar dalam terpakai yang sudah tentu berbau busuk bagi aku. Lepas ini ko...


Adehhh..syndrome penyakit apakah ini sampai boleh berurus niaga seluar dalam terpakai yang sudah tentu berbau busuk bagi aku. Lepas ini korang yang nak mencari duit lebih dan memang tak sayang sangat dengan seluar dalam korang tu boleh la turut serta dengan program yang tidak senonoh ni. Bagi aku golongan seperti ini memang ada masalah mental dan abnormal dengan kelakuan seksualnya yang pelik, seperti bernafsu terhadap seluar dalam seseorang samada lelaki/wanita.

Peminat seluar dalam ni bukan perkara baru bagi aku, ianya sudah kedengaran sejak di zaman sekolah aku yang telah di laporkan banyak kes kehilangan seluar dalam ketika itu. Tapi itu dulu tiada media sosial untuk berhubung bagi mendapatkan stock seluar dalam bagi penghilang gian (dah macam penagih la pulak). So zaman sekarang berbeza dengan adanya media social mereka yang tergolong dalam peminat seluar dalam ini tanpa rasa segan silu atau malu mendapatkan seluar dalam yang berbau. Siap bleh trade-in kepunyaan kekasih tu..memang tak boleh blah laa perangai diorang ni..yuukkk

 











Duit oh duit, dari BR1M engkau datang kepada GST juga kau pergi. Kemungkinan selepas ini tiada BR1M lagi yang bakal digantikan dengan eR...

Duit oh duit, dari BR1M engkau datang kepada GST juga kau pergi. Kemungkinan selepas ini tiada BR1M lagi yang bakal digantikan dengan eRezeki secara berperingkat. eRezeki seperti peluang kerja secara digital. Kalau BR1M tak perlu kerja dapat duit. Kali ini kena kerja baru dapat upahnya.

Dengan cara ini dapat memberikan kelebihan pada golongan yang mahu menambahkan pendapatan kerja lebih masa. Susah nak cari duit ni dengan keadaan GST yang sungguh memaksa, pada mereka yang berpendapatan renda iaitu di bawah RM4000 layak untuk mengambil peluang ini. Bertambah-tambah lagi kerja yang mereka bakal lakukan hingga selesai, banyaklah upah yang akan diterima.




Cara ini mungkin memberi kelebihan pada golongan muda yang kebanyakkannya mahir dalam menggunakan komputer dan internet, tapi bagaimana pula warga tua? Mak cik dan pak cik yang pergi menoreh hari-hari tu tahu ke buat kerja digital nie?



Quote:
E-Rezeki berupaya ganti fungsi BR1M - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata program E-Rezeki yang memberi pendapatan tambahan kepada golongan bawah 40 peratus (B40) berupaya menggantikan fungsi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat. Perdana Menteri berkata, kerajaan menyasar lonjakan pendapatan bulanan peserta program baharu itu daripada RM2,500, tahun lalu kepada RM5,000 menjelang 2020. Wadah yang memberi peluang kepada kumpulan B40 meraih pendapatan sampingan antara lain menandakan Malaysia kini dalam fasa peralihan ke arah era ekonomi digital. "Jangan hadkan ledakan pembangunan era digital ini hanya di Cyberjaya, tetapi kena meresap ke seluruh akar umbi rakyat. "E-Rezeki ini harus diteruskan dan diperkukuhkan supaya ia menjadi teras untuk menjana pendapatan rakyat menerusi peluang yang menanti di dunia digital," katanya pada ucap tama pelancaran program hasil inisiatif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood.
Sumber dari: Bharian

Memang mamat yang merakam ini seorang "pervert" iaitu tingkah laku seksualnya yang dianggap sebagai tidak normal dan tidak b...


Memang mamat yang merakam ini seorang "pervert" iaitu tingkah laku seksualnya yang dianggap sebagai tidak normal dan tidak boleh diterima. Kalau pelajar yang tinggal menyewa di Taman Bunga Raya Setapak sudah tentu penuntut Kolej Universiti Tunku Abd Rahman yang majoritinya terdiri dari pelajar kaum Cina. Kebiasannya penuntut di situ akan menyewa di taman tersesebut kerana ia hanya bersebelahan dengan tempat mereka belajar yang memudahkan untuk berulang-alik ke kelas.

Pertama kali aku menziarah ke rumah rakanku yang tinggal di taman itu, aku memang agak terperanjat juga bila pertama kali melihat dari luar rumah pelajar lelaki dan perempuan yang bebas tinggal sebumbung."Tiada masalah ke lelaki perempuan tinggal serumah?" satu pertanyaan kepada rakanku. "Ahh..ape nak dikisahkan,,orang Cina kafir mana tahu halal dan haram nie" jawabnya.

Kes macam ini sepatutnya tidak perlu dipersalahkan lelaki yang merakam. Sepatutnya mereka patut tahu akibat yang bakal berlaku jika pelajar lelaki dan perempuan duduk serumah. Sepatutnya golongan perempuan dari kaum Cina (kafir ) perlu pandai menjaga maruah diri yang sepatutnya memilih untuk tinggal persama penghuni yang sama dengan jantinanya. Ibu bapa perlu ambil peduli setiap perkembangan terhadap kehidupan anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa. Gunakanlah akal fikiran bagi menilai mana yang terbaik. Janganlah asyik menyalahkan pada orang yang bersalah walaupun sudah tahu perbuatan itu mengundang masalah.

Quote:
Rakan serumah rakam aksi 
mandi pelajar perempuan diburu

KUALA LUMPUR 16 Jun – Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta di ibu negara tidak me­nyangka aksinya sedang mandi di dalam bilik air dirakam rakan serumahnya di Taman Bunga Raya, Setapak, di sini sejak dua bulan lalu.
Mangsa berusia 20 tahun ha­nya menyedari kejadian berkenaan ketika dia sedang mandi dan bersiap untuk ke kolej pada pagi, 7 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mang­sa dikatakan menyewa bersama-sama suspek di sebuah rumah teres dua tingkat yang diubah suai menjadi 12 bilik itu.
Menurut beliau, tingkat bawah rumah berkenaan mempunyai tiga bilik manakala tingkat atas pula sembilan bilik selain mempunyai tandas di setiap tingkat.
“Memandangkan bilik air di tingkat bawah rumah tersebut te­lah rosak mangsa terpaksa mandi di tingkat atas.
“Suspek yang menyedari mang­sa sering mandi di tingkat atas bertindak merakam aksi mandi pelajar perempuan menggunakan telefon bimbit,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju di sini hari ini.
Dalam majlis tersebut, Deputi Superintenden Mohd Salahuddin Che Ali dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Beliau mengambil alih tugas Pemangku Superintenden A. Asmadi Abdul Aziz yang berpindah ke Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.
Mengulas lanjut, Mohamad Roy Suhaimi memberitahu, mang­sa bertanyakan perkara terbabit kepada lelaki berkenaan selepas menyedari aksi mandinya dirakam.
Berikutan itu, mangsa meram­pas telefon bimbit dan mene­mukan pemacu cakera yang me­nyimpan 12 koleksi rakaman video melibatkan tiga mangsa lain di rumah tersebut.
“Tiga daripada mangsa tersebut sete­rusnya membuat laporan polis kira-kira jam 9.45 pagi dan pada masa sama suspek melarikan diri.
“Kita masih memburu lelaki berusia 20 tahun berkenaan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 kanun keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan,” ujarnya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan lelaki itu, Woo Yeong Jian dengan alamat terakhir di Sungai Buloh, boleh tampil di mana-mana balai berdekatan untuk menyalurkan maklumat.

Sumber dari: Utusan

Zaman 2015 satu cabaran yang agak nazak untuk pembeli rumah. Sebenarnya bukan golongan muda sahaja. Ada juga golongan tua yang masih bel...


Zaman 2015 satu cabaran yang agak nazak untuk pembeli rumah. Sebenarnya bukan golongan muda sahaja. Ada juga golongan tua yang masih belum mempunyai rumah tapi yang lebih malang ialah golongan muda dan generasi seterusnya. Semua orang mahu memiliki rumah lebih-lebih bagi mereka yang sudah berumahtangga pasti mahu memberi keselesaan pada keluarga dalam menjalani kehidupan. Malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini harga rumah naik mendadak sampai tidak masuk akal dengan lagi sistem cukai yang baru GST pasti syarikat-syarikat perumahan akan menaikkan harga. Semua orang tahu tanah dan rumah adalah suatu yang berharga kerana harganya akan meningkat tergantung pada populasi dan kemajuan sesebuah kawasan.
Aku tak kisah ia naik ke tidak tapi kalau nak naik harga pun biarlah seiring dengan kenaikan pendapatan rakyat.




Quote:
KUALA LUMPUR – Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri dan mereka mungkin terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di negara ini semakin meningkat.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Amir Baharuddin berkata, sepanjang tahun lalu harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia naik lagi pada suku pertama tahun ini.

“Kenaikan suku pertama tahun ini tidak begitu drastik seperti tahun lalu tetapi hakikatnya kenaikan harga masih berlaku. Nampak gayanya, sampai mati golongan muda terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri.

“Setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk melayakkan mereka membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit dan kita kena faham mereka perlu juga menanggung perbelanjaan lain seperti kereta dan makan minum,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Sumber dari: kosmo


Seperti video di atas antara faktor kenaikan ialah aktiviti spekulasi yang dikuasi oleh sindiket hartanah yang memanipulasi harga supply-demand. Itu apa yang dikatakan dalam video tersebut.

Tapi bagi aku ialah kawalan dari undang-undang tanah yang lemah oleh pemerintah. Semua ini bermula dari Projek Iskandar di Johor yang majoritinya mampu dimiliki oleh orang asing.

Korang cuba fikir bagaimana pemaju nak kaut untung dengan pendapatan rakyat Malaysia yang kebanyakkannya antara purata RM1000 - RM5000. Yang bergaji RM5000 memang mampu untuk memiliki rumah untuk anggran ansuran sebanyak RM1800 sebulan selama 30 tahun. Memanglah mampu pada mereka yang memperolehi gaji seperti itu. Tapi bagaimana pula pada mereka yang bergaji rendah.

Maka dengan ini permintaan menjadi lemah dan pemaju sukar untuk memperolahi keuntungan secepat mungkin. Dengan ada bantuan dari orang asing yang ramai bertandang di Malaysia syarikat-syarikat pemaju perumahan dapat menarik nafas lega dengan hasil jualan pada mereka yang kaya.


PTPTN telah diperkenalkan pada tahun 1997 yang pada ketika itu Dato seri Najib Razak menjawat menteri pendidikan Malaysia sekaligus me...


PTPTN telah diperkenalkan pada tahun 1997 yang pada ketika itu Dato seri Najib Razak menjawat menteri pendidikan Malaysia sekaligus menghapuskan sistem pendidikan percuma sepenuhnya di peringkat pengajian tinggi. Aku adalah salah seorang peminjam dan sekali gus menanggung hutang PTPTN lebih sedekad lamanya untuk dilunaskan. Memang agak perit hutang ini untuk dilunaskan kerana pada ketika itu aku sendiri tidak mampu dengan pendapatan yang aku perolehi ketika itu. 


Quote:
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau berkata, tiada alasan bagi penjawat awam untuk tidak membayar balik pinjaman kerana mereka mempunyai pendapatan tetap. "Bagi saya peminjam yang tidak membayar balik telah mengkhianati perjanjian dan menafikan hak pelajar lain untuk mendapatkan pinjaman yang sama kerana kita sedia maklum jumlah pinjaman PTPTN kini telah dikurangkan kerana ramai yang tidak membayar balik," katanya. Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam perlu pertimbangkan tindakan tatatertib dikenakan kerana penjawat awam harus mendukung dasar kerajaan dan bukan mengkhianati perjanjian itu. Beliau demikian selepas menyertai larian amal "Reach Out Run: Run for a Cause" ketika diminta mengulas laporan BH hari ini bahawa lebih 33,000 penjawat awam masih gagal membayar pinjaman PTPTN. Khairy berkata, beliau faham sekiranya atas beberapa masalah seperti menghidap penyakit kronik mungkin mereka tidak mampu bayar balik, namun peluang masih diberikan untuk mereka menjadualkan semula bayaran balik. Larian amal anjuran iM4U itu berjaya mengumpul RM200,000 yang akan diagihkan kepada empat badan amal iaitu Heart Foundation of Malaysia, Dyslexia Association of Malaysia, SVM Welfare Association dan Langkawi Animal Shelter and Sanctuary Foundation. - BERNAMA

Sumber dari: Bharian

Bagi aku pinjaman PTPTN bukan hanya untuk pelajar sahaja. Cuba korang fikir berapa banyak IPTA yang ada di seluruh Malaysia sekarang. Mampukah untuk menampung seluruh pelajar lepasan SPM atau STPM? Dan bagaimana pula pelajar yang gagal ke IPTA?

Sebab itu kolej, institut atau universiti swasta diwujudkan bagi pelajar yang tidak berpeluang ke IPTA dapat menyambung pelajaran ke IPTS. Mahal? ya memang mahal bagi membiayai pengajian di IPTS. Satu semester sahaja minima antara RM5k - 10K. Kalau UTP sahaja sudah melebihi RM50K hingga tamat pengajian. Di IPTA pula tidak semuanya mendapat tajaan biasiswa. Majoritinya pula terpaksa membuat pinjaman.

Maka fungsi sebenar PTPTN adalah untuk penyaluran wang ke IPTA atau IPTS yang liabiliti ditanggung oleh pelajar. Kalau tiada pelajar tiadalah wang yang diterima oleh IPTA dan IPTS.

Bagi penjawat awam yang masih belum menjelaskan hutang PTPTN memang aku dapat rasakan kesulitan mereka. Dengan kadar inflasi yang meningkat serta dibebani kos sara hidup yang tinggi sudah tentu mereka sukar untuk membayarnya. Cuba diambil kira jika bayaran ansuran RM100 setiap bulan dengan kadar bunga  4%p.a , agak-agak mengambil masa berapa lama untuk dilunaskan jika peminjam PTPTN mengambil RM25K?

Jawapannya 100tahun pun belum tentu lunas beb. Sampai ketua la jawabnya sebab jumlah bunga yang meningkat setiap tahun. At least kena pump RM300 tiap-tiap bulan dan insyallah boleh langsai selama 10 tahun. Tapi RM300 setiap bulan tu tinggi atau tidak? Katakan seorang gaji penjawat awam menerima gaji anggaran RM4500 sebulan (selalunya lulusan ijazah)


Di mana yang perlu ditolak bagi melangsaikan hutang PTPTN? Itu kalau lulusan Ijazah..yang Diploma bagaimana? yang sudah tentu gred gajinya jauh lebih rendah dari lulusan ijazah.
Fikir-fikirkanlah..