Sampai pengumuman harga minyak baru untuk bulan Julai terpaksa dihentikan. Takkanlah sampai sakit sangat kerajaan hingga tidak mampu men...

Harga Minyak Naik Lagi 1 Julai 2015


Sampai pengumuman harga minyak baru untuk bulan Julai terpaksa dihentikan. Takkanlah sampai sakit sangat kerajaan hingga tidak mampu mengumumkan harga baru minyak petrol dengan lebih awal. Seperti mahu beri kejutan kepada rakyat. Kalau harga naik jer kot tak berani nak umum..kalau harga turun mungkin diorang akan umum dengan penuh kebanggaan.
Kini harga baru untuk Julai 2015 telah dinaikkan 20sen bagi Ron97 iaitu dari RM2.35 kepada RM2.55.
Manakala sekupang kenaikan bagi Ron95 iaitu dari RM2.05 kepada RM2.15.
Besyukurlah kita kerana harga minyak petrol di Malaysia  masih rendah berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Brunei, Qatar, Arab Saudi dan banyak lagi. Aku faham kesan kejatuhan nilai ringgit kepada RM3.78 per 1 USD telah menyebabkan kenaikkan ini.  Dan pak menteri banyak kali cakap ekonomi Malaysia masih kukuh dan stabil. Dan ada juga menteri yang suka dengan kenaikan dollar sebab akan menggalakkan pelancong asing datang melawat ke negara kita.




Quote:
Harga minyak naik bermula tengah malam ini

KUALA LUMPUR, 30 Jun: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengesahkan kenaikan harga baru petrol bermula 1 Julai.

Perkara itu disahkan beliau ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini.

Harga baru itu merangkumi kenaikan bagi RON97 sebanyak 20 sen, menjadikan perubahan harga daripada RM2.35 seliter kepada RM2.55 seliter.

Bagi RON95 pula, kenaikan harga sebanyak 10 sen, iaitu daripada RM2.05 kepada RM2.15 yang berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga diesel bagaimanapun kekal pada RM2.05 seliter dan semua kenaikan itu termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kecuali untuk RON95.

Terdahulu, Hasan mengingatkan pengguna bahawa kementeriannya tidak akan membuat pengumuman awal mengenai perubahan harga petrol bulanan.

The Star hari ini memetik menteri itu sebagai berkata, pengguna hanya akan mengetahui perubahan harga petrol pada tengah malam.

Harga baru bahan bakar itu biasanya diumumkan di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abu Samah Bachik ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak mendapat maklumat awal mengenai harga terbaru bahan bakar itu, meskipun harga baru akan mula berkuat kuasa jam 12 tengah malam ini.

“Setakat ini belum ada pengesahan, sepatutnya kementerian sudah umum sekarang (jam 9 malam).

Tetapi, sekarang kementerian sudah buat harga automatik (auto price) dan terus masuk dalam sistem. Kita tidak tahu dan tidak dapat maklumat awal,” katanya.

Sumber dari: TRP



Quote:
Tiada Lagi Notis Awal Harga Bahan Api - Hasan Malek

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membuat pengumuman lebih awal mengenai harga baharu petrol dan diesel setiap bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.

"Kami memutuskan untuk menghentikan amalan sebelum ini iaitu mengumumkan harga baharu pada hari terakhir setiap bulan.

"Mulai sekarang, pemilik kenderaan hanya akan tahu sama ada harga akan naik atau turun atau dikekalkan pada tengah malam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat sempena Hari Terbuka GST anjuran Pemuda Umno di sini, Selasa.

Bulan lalu, pengumuman harga minyak dibuat melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Bagi Jun, harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel naik 10 sen seliter berbanding Mei.

Harga RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

Harga minyak sejak Disember lepas telah ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal yang mana tiada lagi subsidi bagi RON95 dan diesel memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam.

Sejak mekanisme itu dilaksanakan, harga minyak telah berubah sama ada meningkat dan menurun dari satu bulan ke satu bulan berikutnya.

Sumber dari: mstar