Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Kesian Apple terpaksa menghadapi saingannya yang baru. Menyesal tak sudah Apple membuka kilang Apple  China sebab kosnya yang lebih mura...


Kesian Apple terpaksa menghadapi saingannya yang baru. Menyesal tak sudah Apple membuka kilang Apple  China sebab kosnya yang lebih murah. China yang mempunyai undang-undang hak cipta yang lemah mampu meniru apa jenis barang yang mereka mahu. Tengok sahaja dalam Malaysia ni berapa banyak barang Made In China.

Aku respek dengan Apple ni sebab dari awal lagi mereka ini pencetus inovasi dan mereka yang lain ni jadi peniru. Windows pun kalau nak di ikutkan tiru Apple jugak. Kalau tidak boleh meniru,kereta yang kita pakai tu macam mana pulak.? Semua kereta kena ada steering dan tayar. untuk bergerak.






Quote:
Xiaomi lancarkan Mi Note saingi iPhone 6


BEIJING 16 Jan. – Syarikat pengeluar telefon pintar, China Xiaomi Inc. yang diiktiraf sebagai pembuat telefon pintar ketiga terbesar di dunia, melancarkan model terbaharunya, Mi Note sekali gus menjadi pencabar terdekat kepada iPhone 6 Plus keluaran Apple.
Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Xioami, Lei Jun berkata, model berkenaan mempunyai ciri-ciri seperti skrin telefon yang besar dan beberapa lagi perbandingan yang setara dengan pesaingnya, Apple.
“Ditawarkan pada harga 2,299 Yuan (RM1,317) bagi model yang didatangkan dengan memori 16 gigabait, Mi Note ini akan dijual pada harga kurang dua pertiga daripada iPhone 6 Plus,” katanya semasa majlis pelancaran telefon pintar itu di sini hari ini.

Hanya baru tiga tahun telefon pintar pertamanya dijual, dana sebanyak AS$1.1 bilion yang diumumkan firma itu pada Disember lalu, meletakkan Xiaomi kini bernilai AS$45 bilion. Syarikat berkenaan juga telah meningkat menjadi pengeluar ketiga dunia serta mencabar Apple dan Samsung Electronics Co. Ltd. serta pesaing domestik seperti Huawei Technologies Co. Ltd.
Xiaomi juga telah mengambil langkah untuk mengurangkan perbandingan dengan model Cupertino daripada Apple walaupun ia digelar “Apple China”.
“Model telefon Mi Note ini lebih pendek, nipis dan ringan daripada iPhone,” katanya. – REUTERS
Sumber dari: Utusan