Saja aku nak share kat korang harga terkini yang aku perolehi dari penjual mercun online. Kalau mahu kemeriahan dan kegembiraan janganlah mencari kecelakaan. Musim raya setiap tahun ada saja mangsa ke wad kecemasan akibat mercun. Hari ini saja dah keluar berita ada orang bernasib malang menjadi mangsa mercun. Bukan mercun yang biasa-biasa tapi mercun bola yang sangat dikenali ramai dengan letupan yang sangat kuat.
Sambutlah kegembiraan itu dengan kesederhanaan dan lebihkan kesedihan perginya bulan Ramdhan bulan yang banyak memberi kerberkatan.
Sememangnya ibu ayah mahu melihat anak-anak gembira. Bukannya tidak boleh bermain mercun tapi kena beringat-ingatlah. Jangan bazirkan wang yang telah dikumpul belilah sekadar menceriakan anak-anak dan pantaulah mereka ketika bermain. Beli mercun pop saja dah cukup. Murah dan tidak berbahaya.
NO
|
Nama Mercun
|
QTY
|
Anggaran Harga (RM)
|
1
|
8 FEET
|
1
|
15
|
2
|
16 SHOOT 4'
|
1
|
20
|
3
|
25 SHOOT 4'
|
1
|
27
|
4
|
49 SHOOT 4'
|
1
|
67
|
5
|
138 SHOOT 4'
|
1
|
150
|
6
|
168 SHOOT 4'
|
1
|
195
|
7
|
BATTERY 25
|
4
|
18
|
8
|
BATTERY 100
|
1
|
18
|
9
|
BEE
|
12
|
4
|
10
|
CILI PADI
|
100
|
5
|
11
|
BALL (BIG)
|
100
|
36
|
12
|
BALL (SMALL)
|
100
|
18
|
13
|
BIG MOUTAIN
|
6
|
12
|
14
|
BOOM DADDY
|
10
|
27
|
15
|
DRAGON EGG
|
144
|
15
|
16
|
DRAGON EGG (3MIN)
|
12
|
14
|
17
|
EGG
|
100
|
30
|
18
|
GASING (BIG)
|
50
|
19
|
19
|
ICE-CREAM (BIG)
|
4
|
37
|
20
|
ICE-CREAM (SMALL)
|
6
|
12
|
21
|
KETUPAT
|
100
|
24
|
22
|
KING CAT 7'
|
400
|
24
|
23
|
MAGIC 15
|
12
|
12
|
24
|
MAGIC 20
|
12
|
15
|
25
|
MAGIC 30
|
12
|
19
|
26
|
MANCIS
|
600
|
17
|
27
|
MASK ROCKET
|
7
|
45
|
28
|
POP
|
50
|
24
|
29
|
SILVER GRAIN (BIG)
|
6
|
37
|
30
|
SILVER GRAIN (SMALL)
|
6
|
18
|
31
|
MOON TRAVELL
|
144
|
19
|
32
|
THUNDER CLAP 2 BANG
|
60
|
36
|
33
|
THUNDER KING
|
6
|
12
|
34
|
SUN SET
|
100
|
15
|
35
|
SUN SET COLOR
|
120
|
25
|
36
|
ASAP COLOUR
|
50
|
10
|
18.05.2019 - Sik, Gara-gara ingin menghalau kera di kebun menggunakan mercun bola, seorang lelaki cedera parah di tangan kirinya apabila mercun itu meletup ketika berada di dalam genggamannya di Kampung Changhai, Sik, semalam.
Mangsa, Omar Mohd Akhir, 34, yang mengambil upah menjaga kebun sejak setahun yang lalu dikatakan keluar tidak lama selepas waktu berbuka puasa untuk ke kebun terbabit.
Menurut adik mangsa, Siti Noor Fatihah, 20, abangnya dikatakan keluar berseorangan menunggang motosikal dengan membawa beberapa biji mercun bola.
“Abang menunggang motosikal sambil memegang mercun bola untuk menghalau kera di kebun.
“Waktu kejadian dia dikatakan menunggang motosikal sambil tangan kirinya memegang mercun bola dan sebatang rokok yang sedang menyala,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Fatihah berkata, mercun berkenaan dikatakan terkena api nyalaan rokok sebelum meletup di tangan mangsa.
“Mungkin abang pegang empat biji mercun bola, sebab orang kampung mendengar bunyi empat das letupan mercun pada waktu itu,” katanya.
Katanya, penduduk kampung yang mendengar jeritan mangsa segera memberi bantuan sebelum membawa mangsa ke Hospital Sik bagi menerima rawatan.
Fatihah berkata, abangnya kini dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu semalam.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan serius pada tangan kiri yang mana jari manis dan jari kelingking parah.
“Pihak Hospital Sik turut mendapatkan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menanggalkan cincin dari jari manis mangsa.
“Pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan terbakar pada dada mangsa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya setakat ini berkaitan kejadian itu.

Follow Us