Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitulah fitrah kehidupan kalau ibu bapa mendedahkan sesuatu kepada anak mereka, sudah pasti anak itu akan mengikuti apa yang telah didedahkan. Kalau seorang anak didedahkan dengan keganasan serta pengalaman yang negatif, sudah pasti mentaliti dan kelakuannya akan menjadi seorang yang ganas. Kalau anak itu diterapkan dengan nilai-nilai yang murni, bersopan santun (contohnya mengajar salam) sudah pasti akan pandai menghormati pada orang lain.
Begitu kisahnya seorang bayi bernama Ellie Farmer telah didedahkan dengan aktiviti panjat dinding oleh ibu bapanya sejak dari usianya 8 bulan. Kini bayi kecil ini sudah mencapai usia 20 bulan dan mampu memanjat hingga ke puncak. Mungkin harapan kedua ibu bapanya bila besar nanti bukan seorang yang profesional di dalam bidang undang-undang, perubatan, kejuruteraan, cendiakiawan atau pemimpin negara tetapi hebat didalam acara rock climbing atau wall climbing.
Memang nampak menakjubkan bila aku menonton Ellie Farmer ni memanjat dinding. Tetapi bagaimana pula dengan video di bawah ni ?seorang bayi lelaki yang hampir seusia Ellie Farmer. Guna sebelah tangan jer beb memanjat sudut tegak sambil membawa beban.
.
Bayi sudah pandai panjat tembok
ARIZONA, Amerika Syarikat – Seorang bayi di sini mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan.
Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil.
Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali.
"Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak kepada CNN.
PENGALAMAN pertama Ellie mendaki bersama ibunya di sebuah gimnasium di bandar Flagstaff, Arizona. - AGENSI
Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah.
Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter

Sumber dari: kosmo