Zaman 2015 satu cabaran yang agak nazak untuk pembeli rumah. Sebenarnya bukan golongan muda sahaja. Ada juga golongan tua yang masih bel...

Golongan Muda Bakal Menyewa Rumah Sampai Mati


Zaman 2015 satu cabaran yang agak nazak untuk pembeli rumah. Sebenarnya bukan golongan muda sahaja. Ada juga golongan tua yang masih belum mempunyai rumah tapi yang lebih malang ialah golongan muda dan generasi seterusnya. Semua orang mahu memiliki rumah lebih-lebih bagi mereka yang sudah berumahtangga pasti mahu memberi keselesaan pada keluarga dalam menjalani kehidupan. Malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini harga rumah naik mendadak sampai tidak masuk akal dengan lagi sistem cukai yang baru GST pasti syarikat-syarikat perumahan akan menaikkan harga. Semua orang tahu tanah dan rumah adalah suatu yang berharga kerana harganya akan meningkat tergantung pada populasi dan kemajuan sesebuah kawasan.
Aku tak kisah ia naik ke tidak tapi kalau nak naik harga pun biarlah seiring dengan kenaikan pendapatan rakyat.




Quote:
KUALA LUMPUR – Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri dan mereka mungkin terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di negara ini semakin meningkat.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Amir Baharuddin berkata, sepanjang tahun lalu harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia naik lagi pada suku pertama tahun ini.

“Kenaikan suku pertama tahun ini tidak begitu drastik seperti tahun lalu tetapi hakikatnya kenaikan harga masih berlaku. Nampak gayanya, sampai mati golongan muda terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri.

“Setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk melayakkan mereka membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit dan kita kena faham mereka perlu juga menanggung perbelanjaan lain seperti kereta dan makan minum,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Sumber dari: kosmo


Seperti video di atas antara faktor kenaikan ialah aktiviti spekulasi yang dikuasi oleh sindiket hartanah yang memanipulasi harga supply-demand. Itu apa yang dikatakan dalam video tersebut.

Tapi bagi aku ialah kawalan dari undang-undang tanah yang lemah oleh pemerintah. Semua ini bermula dari Projek Iskandar di Johor yang majoritinya mampu dimiliki oleh orang asing.

Korang cuba fikir bagaimana pemaju nak kaut untung dengan pendapatan rakyat Malaysia yang kebanyakkannya antara purata RM1000 - RM5000. Yang bergaji RM5000 memang mampu untuk memiliki rumah untuk anggran ansuran sebanyak RM1800 sebulan selama 30 tahun. Memanglah mampu pada mereka yang memperolehi gaji seperti itu. Tapi bagaimana pula pada mereka yang bergaji rendah.

Maka dengan ini permintaan menjadi lemah dan pemaju sukar untuk memperolahi keuntungan secepat mungkin. Dengan ada bantuan dari orang asing yang ramai bertandang di Malaysia syarikat-syarikat pemaju perumahan dapat menarik nafas lega dengan hasil jualan pada mereka yang kaya.