PTPTN telah diperkenalkan pada tahun 1997 yang pada ketika itu Dato seri Najib Razak menjawat menteri pendidikan Malaysia sekaligus menghapuskan sistem pendidikan percuma sepenuhnya di peringkat pengajian tinggi. Aku adalah salah seorang peminjam dan sekali gus menanggung hutang PTPTN lebih sedekad lamanya untuk dilunaskan. Memang agak perit hutang ini untuk dilunaskan kerana pada ketika itu aku sendiri tidak mampu dengan pendapatan yang aku perolehi ketika itu.
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Beliau berkata, tiada alasan bagi penjawat awam untuk tidak membayar balik pinjaman kerana mereka mempunyai pendapatan tetap. "Bagi saya peminjam yang tidak membayar balik telah mengkhianati perjanjian dan menafikan hak pelajar lain untuk mendapatkan pinjaman yang sama kerana kita sedia maklum jumlah pinjaman PTPTN kini telah dikurangkan kerana ramai yang tidak membayar balik," katanya. Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam perlu pertimbangkan tindakan tatatertib dikenakan kerana penjawat awam harus mendukung dasar kerajaan dan bukan mengkhianati perjanjian itu. Beliau demikian selepas menyertai larian amal "Reach Out Run: Run for a Cause" ketika diminta mengulas laporan BH hari ini bahawa lebih 33,000 penjawat awam masih gagal membayar pinjaman PTPTN. Khairy berkata, beliau faham sekiranya atas beberapa masalah seperti menghidap penyakit kronik mungkin mereka tidak mampu bayar balik, namun peluang masih diberikan untuk mereka menjadualkan semula bayaran balik. Larian amal anjuran iM4U itu berjaya mengumpul RM200,000 yang akan diagihkan kepada empat badan amal iaitu Heart Foundation of Malaysia, Dyslexia Association of Malaysia, SVM Welfare Association dan Langkawi Animal Shelter and Sanctuary Foundation. - BERNAMA
Sumber dari: Bharian
Bagi aku pinjaman PTPTN bukan hanya untuk pelajar sahaja. Cuba korang fikir berapa banyak IPTA yang ada di seluruh Malaysia sekarang. Mampukah untuk menampung seluruh pelajar lepasan SPM atau STPM? Dan bagaimana pula pelajar yang gagal ke IPTA?
Sebab itu kolej, institut atau universiti swasta diwujudkan bagi pelajar yang tidak berpeluang ke IPTA dapat menyambung pelajaran ke IPTS. Mahal? ya memang mahal bagi membiayai pengajian di IPTS. Satu semester sahaja minima antara RM5k - 10K. Kalau UTP sahaja sudah melebihi RM50K hingga tamat pengajian. Di IPTA pula tidak semuanya mendapat tajaan biasiswa. Majoritinya pula terpaksa membuat pinjaman.
Maka fungsi sebenar PTPTN adalah untuk penyaluran wang ke IPTA atau IPTS yang liabiliti ditanggung oleh pelajar. Kalau tiada pelajar tiadalah wang yang diterima oleh IPTA dan IPTS.
Bagi penjawat awam yang masih belum menjelaskan hutang PTPTN memang aku dapat rasakan kesulitan mereka. Dengan kadar inflasi yang meningkat serta dibebani kos sara hidup yang tinggi sudah tentu mereka sukar untuk membayarnya. Cuba diambil kira jika bayaran ansuran RM100 setiap bulan dengan kadar bunga 4%p.a , agak-agak mengambil masa berapa lama untuk dilunaskan jika peminjam PTPTN mengambil RM25K?
Jawapannya 100tahun pun belum tentu lunas beb. Sampai ketua la jawabnya sebab jumlah bunga yang meningkat setiap tahun. At least kena pump RM300 tiap-tiap bulan dan insyallah boleh langsai selama 10 tahun. Tapi RM300 setiap bulan tu tinggi atau tidak? Katakan seorang gaji penjawat awam menerima gaji anggaran RM4500 sebulan (selalunya lulusan ijazah)
Di mana yang perlu ditolak bagi melangsaikan hutang PTPTN? Itu kalau lulusan Ijazah..yang Diploma bagaimana? yang sudah tentu gred gajinya jauh lebih rendah dari lulusan ijazah.
Fikir-fikirkanlah..