Dulu masa aku kecik-kecik dulu di TV banyak keluar iklan-iklan kempen manabung atau menyimpan wang. Tapi sekarang tidak lagi kerana di TV sekarang penuh dengan iklan gaya hidup masakini yang penuh kemewahan. Biasalah sifat manusia, siapa pula yang tidak mahu kehidupan mewah sekarang. Alangkah beruntungnya mempunyai kereta BMW atau Mercedes dan rumah banglo. Memang itu yang diimpikan oleh setiap orang.
Tapi dengan perubahan mendadak kos taraf hidup sekarang tidak seimbang dengan pendapatan. Lebih-lebih lagi bagi golongan muda yang baru mahu memulakan kehidupan sendiri. Aku tidak nafikan ada juga golongan muda yang sudah bekerja terpaksa tinggal bersama ibu bapa sendiri kerana masih kurang kemampuan. Sudah berkahwin beranak pinak masih tinggal bersama ibu bapa kerana masih belum mampu menyewa atau membeli rumah. Bagilah apa bentuk bantuan dana sekali pun BR1M atau PR1MA tetapi masih belum dapat membantu rakyat untuk berdiri dengan kaki sendiri.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia mengambil lebih banyak pinjaman dari apa yang mampu untuk dibayar balik menggunakan gaji mereka menyebabkan jumlah individu diisytiharkan bankrap meningkat setiap tahun, kata Pengerusi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Datuk Mohd Hanif Sher.
Menurut statistik AKPK setakat 31 Disember tahun lepas, seramai 62,818 dengan jumlah hutang RM4.5 bilion telah didaftarkan di bawah Program Pengurusan Kredit (DMP) di bawah agensi itu.
Berikutan peningkatan bilangan mereka yang diisytiharkan bankrap setiap tahun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, rakyat Malaysia yang mengalami masalah pengurusan kewangan perlu menyertai DMP bagi mengelakkan bilangan individu bankrap terus meningkat di negara ini.
Nancy berkata, kementerian menerusi Jabatan Insolvensi akan menjalankan program kesedaran dengan AKPK ke seluruh negara.
"Ramai orang tidak menyedari fungsi dan peranan AKPK. Mereka yang mempunyai hutang sehingga RM2 juta dan ke bawah boleh menyertai program pengurusan kredit ini yang membolehkan Jabatan Insolvensi mengurangkan bilangan kes kebankrapan," katanya selepas melawat ibu pejabat AKPK di Maju Tower di sini, Selasa.
Menurut statistik Jabatan Insolvensi, seramai 13,238 orang diisytiharkan bankrap pada 2007, 13,855 (2008), 16,228 (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011) dan 19,575 (2012), dengan mereka dalam sektor swasta atau mengusahakan perniagaan mencatatkan peratusan paling tinggi.
Mohd Hanif berkata, 22.8% individu yang menyertai DMP menunjukkan perancangan kewangan yang lemah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar balik pinjaman mereka.
"Mereka yang mencari khidmat pengurusan kewangan daripada kita menunjukkan kegagalan untuk membayar balik pinjaman sebagai punca utama," katanya.
Faktor-faktor lain dengan peratusan yang tinggi adalah perbelanjaan perubatan yang tinggi dan perniagaan gagal, masing-masing mencatatkan 18.1% dan 15.3%.

Sumber dari: Metro
Kalau korang nak tahu aku telah diajar berhutang ketika baru mahu memulakan hidup di zaman pengajian tinggi. Dapatlah hutang PTPTN dan dari situ aku terima setiap sem RM2500. Zaman itu nilai RM2500 memang banyak. Dari duit hutang aku memulakan hutang yang baru iaitu berhutang membeli sebuah motor bagi memudahkan aku untuk berulang-alik ke kelas. Tapi akibatnya lepas habis belajar memang liat nak bayar..bukan liat sebenarnya tetapi masih kurang kemampuan untuk membayarnya. Jumlah yang aku pinjam dalam anggaran RM17K. Masih rendah hutangnya berbanding dengan pelajar-pelajar lain. Ada yang lebih RM50K pun ada.
Macam manalah mahu membayar balik kalau setiap kali hutang bertambah. Mana tidaknya bila habis belajar bila sudah dapat kerja mahu beli kereta pula. Hutang lagi..
Then ..ada orang call bagi tawaran hebat layak guna kad kredit pastu gatal pegi terima..hutang lagi jika guna..
Gatal pulak bila bercinta pastu nak kahwin. Kalau yang dah tak tahan sangat walaupun belum cukup duit kawin gatal buat pinjaman lagi dengan bank..bagus mengelakkan zina...hutang lagi..
Dah kawin nak beli rumah pulak..tambah lagi hutang sampai ketua.
Dapat rumah nak isi perabot..hutang lagi
Banyak bukan?
Lagi satu tambahan kalau nak melabur pulak..kena hutang lagi..kena ingat time value of money. Padahal bank suka orang meminjam dan hasil pelaburan pun tidak sebanyak mana pun kalau dah inflasi meningkat setiap tahun.
Lagi pulak sekarang ada skim kereta untuk graduan. Memang nampak sangat kerajaan memang menggalakkan rakyat berhutang.
Kelulusan yang tinggi belum tentu menjamin pendapatan yang tinggi. Hanya kreativiti anda dalam merancang kehidupan anda sendiri. Kalau setakat makan gaji lepasan ijazah rata-rata antara RM2500-3500 bagi yang fresh. Yang sudah lama bekerja bergaji RM6K ke atas pun belum tentu cukup sekarang. Itu kelulusan tinggi..bagaimana dengan Diploma? Sijil? lagi sengsara..
So..nampak bukan macam mana keadaan sekarang. Kalau dah setiap kali hutang bertambah macam mana mahu settle hutang belajar. Mentaliti rakyat diajar biar papa asalkan bergaya. Bangun pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang.