Hari ini dalam sejarah apabila darah pahlawan najib telah terbukti selepas beberapa hari sebelum ini memberi kenyataan seperti di atas...

Kepahlawanan Najib Terbukti




Hari ini dalam sejarah apabila darah pahlawan najib telah terbukti selepas beberapa hari sebelum ini memberi kenyataan seperti di atas.

Di dalam sejarah tanah melayu memang hanya ada 5 sahaja pahlawan melayu iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu. Manakala "Hang Pi Mana Najib" tidak tergolong di dalam lima pahlawan itu


Quote:
Saya Tidak Akan Patah Semangat, Kata Najib

KUCHING, 4 Jun (Bernama) -- "Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam saya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya," katanya.

Sarawak menjadi negeri terkini (selepas Sabah dan Perlis) bagi Najib yang akan membolehkan beliau tidur dengan nyenyak, selepas melihat sokongan padu Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui beliau.

"Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang," katanya.

Menurutnya beliau adalah Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak, dan kehadiranya tidak pernah dengan tangan kosong, yang mana dalam tempoh lima tahun pentadbirannya beliau telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah lebih RM1 billion secara 'serta merta' buat pelbagai projek di Sarawak.

Berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di sini hari ini, katanya beliau yakin di bawah kepimpinan Adenan, BN akan terus mendapat mandat besar di Sarawak, menjadi pembuka tirai kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang memuji kehebatan Adenan menerajui Sarawak berkata: "Dia (Adenan) hanya minta satu penggal saja (Pilihan Raya Negeri akan datang), lima tahun lagi pentadbiran, bukannya 22 tahun".

Najib berkata Perdana Menteri sebelum ini turut mengharungi pelbagai masalah besar dalam pentadbiran, dan disebabkan sokongan setia sebagaimana yang dicurahkan beliau kepada pemimpin-pemimpin sebelum ini, membolehkan Perdana Menteri sebelumnya kekal berkuasa, ada sehingga 22 tahun.

"Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya kena turun kerana kehendak seorang.

Saya dipilih siapa? Rakyat bukan rakyat Malaya (semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai 'Apai Besai'. Saya nak tanya orang Sarawak ...nak lagi saya jadi PM ke tidak?" kata beliau dengan disambut dengan sorakan gemuruh "nak".

"Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.

Katanya BN mahukan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang, kemenangan yang cukup meyakinkan, dan apabila menang nanti pula, mereka perlu bersikap merendah diri.

"Eksyen sikit tak apa, tapi jangan berlebihan dan perlu merendah diri, jangan malukan orang, merendah diri dan rakyat akan menghargai kamu, kita teruskan perjuangan ke hadapan. Insya-Allah BN akan berjaya pilihan raya akan datang kalau kita bersatu," katanya.

-- BERNAMA
Sumber dari: Bernama

Dan kemudian satu sesi dialog "Nothing to Hide" diadakan bagi soal jawab terbuka bersama Najib di PWTC bagi menjawab isu-isu yang berkaitan dengannya. Mungkin berkaitan isu 1MDB, skandal jual tanah Tabung haji, hubungan  Timbalan PM dan banyak lagi persoalan yang mungkin akan ditanya. Aku agak pelik di sini kerana Najib tiba-tiba menjadi berani untuk berdialog secara terbuka. Antaranya:

1. Penganjur adalah SukaGuam dan soalan akan di ajukan oleh peserta..peserta apa pulak? kata dialog terbuka? sepatutnya sesiapa pun boleh bertanya.
2.  Menjadi berani berhadapan dengan media untuk berdialog terbuka selepas kenyatan dia sendiri ada semangat pahlawan. Macam dah plan jer.
3. Najib cabut lari seperti takut dengan soalan-soalan dari Tun Mahathir.

Quote:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam akan hadir dalam satu sesi dialog dinamakan ‘Nothing to Hide’ dengan NGO dan kumpulan masyarakat sivil Jumaat ini.

Penganjurnya, SukaGuam hari ini berkata, sesi dua jam itu akan memberikan masa yang cukup kepada peserta untuk mengambil bahagian secara aktif dalam sesi soal-jawab mengenai isu-isu berkaitan dengan Najib dan pentadbirannya.
SukaGuam merupakan singkatan kepada Sukarelawan Peguam Malaysia yang memberikan khidmat nasihat guaman secara percuma.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, NGO, pemimpin aktivis dan orang ramai boleh bertanya kepada Najib mengenai semua topik termasuk isu-isu kontroversi seperti 1MDB dan urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji.

Katanya, Najib telah mengesahkan dengan pihak penganjur akan hadir di majlis tersebut.

Beliau berkata, pihaknya mahu dialog tersebut menjadi platform yang berkesan kerana SukaGuam adalah sebuah NGO yang berkaitan undang-undang.

“Di mahkamah, terdapat hujah dan satu lagi pihak sentiasa diberi peluang untuk menjawab hujah-hujah berkenaan,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Najib kini dalam lawatan ke seluruh negara untuk meraih sokongan selepas dikritik terutamanya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara isu yang dibangkitkan adalah dakwaan perbelanjaan berlebihan Najib dan pengendalian isu 1MDB dan GST.

Sementara itu, Najib telah menjawab sebahagian daripada isu-isu tersebut melalui blognya.

Semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia melaporkan Najib memberi kata dua kepada anggota kabinet berhubung isu 1MDB semasa mesyuarat pada hari Jumaat.

Mahathir juga dijemput

Khairul berkata SukaGuam juga akan menjemput Dr Mahathir bersama dengan 1,500 NGO dan pemimpin aktivis menghdiri sesi dialog itu yang dijadualkan berlangsung pada pagi Jumaat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.

“Ini adalah satu forum terbuka. Jika Dr Mahathir datang, kami akan menyambutnya,” kata sambil menambah beliau akan menjemput Dr Mahathir jika beliau belum mendapat jemputan. – Malaysiakini
Sumber dari: Mkini


Kemudian bekas PM Tun Mahathir turun turut serta mahu berdialog tetapi PM Najib hilang entah kemana. Program dialog " Nothing to Hide " kini bertukar menajdi " Somethin to Hide ". Semuanya menjadi kucar kacir sehingga melibatkan Polis untuk menghalau Tun Mahathir yang aku rasa kali pertama dia di suruh berhenti berucap. Tidak ku sangka seorang bekas pemimpin no. 1 negara yang dulu orang di sekelilingnya beria-ria suruh jangan letak jawatan dan sekarang diperlakukan seperti itu.