Lagi kes berbogel dan kali ini berlaku di puncak gunung Kinabalu. Sebelum ini kecoh seorang wanita yang separuh bogel berjalan-jalan di...

Bogel Di Puncak Gunung Kinabalu

 

Lagi kes berbogel dan kali ini berlaku di puncak gunung Kinabalu. Sebelum ini kecoh seorang wanita yang separuh bogel berjalan-jalan di Kuala Lumpur dan telah dijatuhkan hukuman menjalani kehidupan di Hospital Tanjung Rambutan. Tapi kali ini rakyat asing dari europe akan didenda RM400 jer? bagi diorang hanya 100 euro jer..tidak mahal mana pun. Kalau curi duit masjid RM 2 kena penjara bagai. So kepada sesiapa nak merasa berbogel di puncak gunung sila sediakan duit tiket RM 400 yer..






Quote:
10 pendaki bogel jadi buruan
Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB

KOTA KINABALU – Kesemua laluan keluar di negeri ini terutamanya di lapangan terbang dikawal ketat bagi mengesan sepuluh pendaki yang melakukan aksi berbogel di kawasan South Peak, Gunung Kinabalu pada 31 Mei lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Noor Alam Khan Wahid Khan berkata, tindakan itu dilakukan susulan pihaknya menerima lima nama daripada sepuluh pendaki yang didakwa melakukan tindakan tidak senonoh tersebut.

“Sebaik maklumat dibekal oleh polis pukul 1 petang tadi (semalam), imigresen mengarahkan anggota dan pegawai mengetatkan kawalan di semua laluan keluar negeri ini terutama lapangan terbang bagi mengesan pendaki-pendaki terbabit.

“Sebaik pendaki-pendaki itu ditangkap, kita akan serah kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Difahamkan lima nama pendaki yang dikenal pasti membabitkan empat lelaki dan seorang pendaki wanita.

Daripada empat pendaki lelaki melibatkan dua adik-beradik berasal dari Kanada, Lindsey Petersen, 23, dan Danielle, 22, Dylan Thomas, 23, (Belanda) serta Stephan Pohlner, 28 (Jerman).

Seorang pendaki perempuan yang dikenali ialah Eleanor Hawrins, 23, berasal dari Belanda.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya masih menyiasat kes berkenaan yang melibatkan kepentingan awam.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat mengikut Sesyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan keresahan orang ramai dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM400 setiap seorang.

Sumber dari: Kosmo