Kalau betul projek ini terlaksana maka Semenanjung Malaysia akan menjadi sebuah pulau di masa akan datang. Orang akan gelar Pulau Malay...

Semenanjung Malaysia Akan Menjadi Sebuah Pulau


Kalau betul projek ini terlaksana maka Semenanjung Malaysia akan menjadi sebuah pulau di masa akan datang. Orang akan gelar Pulau Malaysia pulak.
Banyak yang kata projek ini mustahil. Ya memang mustahil kalau selatan Thai kerap kali berlaku pergolakan. Maka pelabur tidak mempunyai komitmen untuk meneruskan projek ini. Mungkin pergolakan di Selatan Thai adalah rancangan pesaing untuk menghalang projek ini.




Dari segi jarak yang jauh dan perlu dibuat laluan yang besar memang mustahil. Tak jauh pun sepanjang 60KM jer. Terusan Panama 77KM bleh jer diorang buat. Guna teknologi lama lagi tu guna hang Cangkul. Terusan Suez lagi jauh 164KM. Mustahil ke tidak kalau Thai-Chaina nak buat? Boleh jer sebenarnya cuma kalau-kalau ada sabotaj tu yang payah sikit tu nanti.


Kesan dari kejayaan projek ini akan memberi impak yang besar kepada Malaysia dan Siangapore. Kapal-kapal dari China tidak perlu melalui Singapore yang mengenakan fee yang tinggi bagi laluan dagang.Singapore akan kehilangan dominasi sebab, hanya kapal yang ingin ke Australia, New Zealand saja yang Singapore akan dapat kalau terusan ini berjaya dibuat.  Masa juga akan dapat dijimatkan dari melalui sejauh 1200 nautical miles. Minyak pun dapat dijimatkan dan keselamatan lebih terjamin.

Kesan di Malaysia pula projek antara Malaysia China yang membina pelabuhan di Kuantan dan kawasan Industri yang besar. Apa gunanya lagi China nak lalu Malaysia kalau terusan Thai itu siap di bina?

Dari segi peluang pekerjaan kemungkinan penduduk belah utara mungkin mempunyai peluang pekerjaan di dalam sekor pelabuhan atau perindustrian di Selatan Thai. Mahu tidaknya warga utara seperti kedah, perlis dan kelantan dapat juga menerima tempias peluang rezeki. Seperti orang di Johor bekerja di Singapore. Dapat juga mengimbangi taraf hidup yan sekata dan mengurangkan kemiskinan dibahagian utara.