Duit oh duit, dari BR1M engkau datang kepada GST juga kau pergi. Kemungkinan selepas ini tiada BR1M lagi yang bakal digantikan dengan eR...

eRezeki Bakal Hapuskan BR1M

Duit oh duit, dari BR1M engkau datang kepada GST juga kau pergi. Kemungkinan selepas ini tiada BR1M lagi yang bakal digantikan dengan eRezeki secara berperingkat. eRezeki seperti peluang kerja secara digital. Kalau BR1M tak perlu kerja dapat duit. Kali ini kena kerja baru dapat upahnya.

Dengan cara ini dapat memberikan kelebihan pada golongan yang mahu menambahkan pendapatan kerja lebih masa. Susah nak cari duit ni dengan keadaan GST yang sungguh memaksa, pada mereka yang berpendapatan renda iaitu di bawah RM4000 layak untuk mengambil peluang ini. Bertambah-tambah lagi kerja yang mereka bakal lakukan hingga selesai, banyaklah upah yang akan diterima.




Cara ini mungkin memberi kelebihan pada golongan muda yang kebanyakkannya mahir dalam menggunakan komputer dan internet, tapi bagaimana pula warga tua? Mak cik dan pak cik yang pergi menoreh hari-hari tu tahu ke buat kerja digital nie?



Quote:
E-Rezeki berupaya ganti fungsi BR1M - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata program E-Rezeki yang memberi pendapatan tambahan kepada golongan bawah 40 peratus (B40) berupaya menggantikan fungsi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat. Perdana Menteri berkata, kerajaan menyasar lonjakan pendapatan bulanan peserta program baharu itu daripada RM2,500, tahun lalu kepada RM5,000 menjelang 2020. Wadah yang memberi peluang kepada kumpulan B40 meraih pendapatan sampingan antara lain menandakan Malaysia kini dalam fasa peralihan ke arah era ekonomi digital. "Jangan hadkan ledakan pembangunan era digital ini hanya di Cyberjaya, tetapi kena meresap ke seluruh akar umbi rakyat. "E-Rezeki ini harus diteruskan dan diperkukuhkan supaya ia menjadi teras untuk menjana pendapatan rakyat menerusi peluang yang menanti di dunia digital," katanya pada ucap tama pelancaran program hasil inisiatif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood.
Sumber dari: Bharian