Farah Ann seorang gimnas negara (mengaku Islam) telah mengharumkan nama Malaysia telah memenangi  dua pingat emas, satu pingat perak dan...

Farah Ann, Sultan Titah Isu Pakaian Adalah Perkara Terakhir.


Farah Ann seorang gimnas negara (mengaku Islam) telah mengharumkan nama Malaysia telah memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa. Hebat betul dia nie daripada orang lain yang belum tentu mampu melakukan aksi yang merbahaya ini. Mereka lebih mahir dalam mengkritik, menghina dan mencaci di media so"sial". 



Memang so"sial"  pada mereka yang hanya tahu mengutuk dan mengkritik, tidak tahu penat lelah Farah Ann  hingga Sultan sanggup memberi perutusan tahniah dan memberi sijil bagi pencapaiannya yang penuh membanggakan. 

Sultan merupakan ketua agama dan dibelakangnya mempunyai ramai pembesar istana,mufti dan beberapa ahli agama yang hebat-hebat serta tinggi ilmunya. Sultan itu juga yang kita doakan setiap minggu di hari Jumaat pelu kita hormati segala titahnya. Sultan juga penyebab ramainya orang memeluk Islam suatu ketika dahulu di zaman-zaman kesultanan melayu.

Sijil dari Sultan umpama lesen untuk Farah Ann terus beraksi sebagai alet gimnas tanpa dihalang dari apa-apa kritikan selepas ini. Walaupun jika seseorang berpakaian seksi sekali pun ala Brazilian bikini mencolok mata dikhalayak ramai, semuanya tidak menjadi masalah jika dia mampu mengharumkan nama negara.

Syariat Islam adalah perkara terakhir dan pencapaian itu lebih diutamakan.
Majulah sukan untuk negara.



Quote:
Farah Ann Terima Perutusan Tahniah Daripada Sultan Selangor

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kurang senang terhadap kritikan yang diberikan kepada gimnas negara Farah Ann Hadi.

Dalam perutusan tahniah kepada Farah, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa atlet itu telah membuatkan seluruh Malaysia, termasuk Selangor, berasa bangga.

"Mengkritik pakaian anda harus menjadi perkara terakhir dalam fikiran mereka yang memberi komen negatif di media sosial.

"Mereka perlu meraikan pencapaian anda untuk Malaysia dan Selangor," titah baginda dalam surat yang diserahkan kepada Farah, Jumaat.

Farah, diiringi oleh bapanya Abdul Hadi Ahmad, menerima surat daripada seorang pegawai Istana Selangor.

Beliau dikritik kerana didakwa 'mendedahkan dirinya' selepas memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa di Sukan SEA baru-baru ini.

Farah memakai pakaian jeis leotard yang dipakai oleh semua gimnas wanita.

Sultan Sharafuddin berharap Farah tidak mengambil hati dengan komen-komen orang berfikiran sempit itu dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.

"Masa depan Malaysia terletak pada generasi muda seperti anda dan rakyat memberikan sokongan untuk kecemerlangan daripada memberi komen negatif.

"Beta pasti kerja keras , dedikasi, keazaman dan latihan panjang ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mencapai ke tahap yang telah anda capai," titah Sultan Selangor.

Dalam reaksinya, Farah berkata beliau terharu dan dengan rendah diri menerima surat itu.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Sultan Selangor kerana meluangkan masa untuk menulis surat kepada saya," kata beliau.
Sumber dari: mstar