Satu rakaman CCTV yang menjadi viral di media sosial memaparkan seorang lelaki melakukan onani di lobby hotel telah menyebabkan orang lain terminum hasilnya. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah hotel di Puchong dan dari paparan video tersebut seorang lelaki lingkungan 20-an telah menunggu sekian lama di lobi hotel seorang diakhiri sedang memasukkan sesuatu kedalam botol minuman yang diambilnya dari kaunter hotel tersebut.
Sudahlah beronani, paling tak boleh blahh ia dilakukan di kawasan terbuka then dump dalam botol minuman kepunyaan orang lain. Memang sah lelaki itu sakit mental spesis gila seks atau pervert melampau hingga menyebabkan orang lain teraniaya. Kepada datuk bandar banyakkan lagi rumah urut atau pusat reflexiologi atau thai massage and spa center supaya golongan sangap seperti ini bercambah lagi bertambah.
Quote:
Lelaki gila seks letak sperma dalam botol minuman juruwang KUALA LUMPUR, 2 Julai: Sebuah video memaparkan seorang lelaki melakukan onani dan meletakkan spermanya ke dalam botol minuman seorang juruwang di lobi sebuah hotel yang dikatakan terletak di Puchong, mengejut dan menjijikkan netizen. Rakaman dari video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook kira-kira lapan jam lalu oleh pengasas bersama ‘Community Policing Malaysia’, Kuan Chee Heng tersebar luas di kumpulan media sosial yang lain. Pada mulanya, video itu memaparkan seorang lelaki Cina, dalam lingkungan 20-an duduk dan berkeliaran di lobi sambil melakukan onani. Dia kemudian mengambil botol minuman berwarna merah jambu dari kaunter dan mula melepaskan sperma ke dalam botol itu. Namun, nama hotel berkenaan tidak didedahkan di dalam video itu. Dalam kapsyen video berkenaan, Kuan menulis bahawa juruwang malang meminumi air dari botolnya dan apabila merasakan ada kelainan, beliau terus memeriksa video dari CCTV. Kapsyen video berkenaan: “Seorang lelaki sakit mental beronani di lobi hotel, masukkan sperma ke dalam botol minuman dan tanpa diketahui, juruwang terus meminum dari botolnya dan merasakan ada yang tidak kena dengan air itu. “Beliau menemui sperma dalam airnya dan apabila melihat CCTV, mendapati lelaki Cina gila seks memasukkan mani ke dalam botol airnya yang disimpan di kaunter ketika beliau tiada di situ. Kami akan terus memburu lelaki itu kerana kami percaya dia akan melakukan perkara yang lebih buruk lagi selepas ini,” kata Kuan. Menurut chop tarikh dalam video berkenaan, ia dirakam pada 22 April lalu. Video berkenaan menerima banyak komen negatif dari pengguna Facebook dan turut menerima lebih 72 likes dan 75 perkongsian. Jennifer Leong, seperti netizen yang lain, marah dan berkata lelaki berkenaan perlu dicari dan dihukum. “Letak gambar lelaki gila seks ini dan biar orang semua mencarinya,” kata seorang pengguna Facebook, Leonard Yang.
Tidak banyak syarikat stesen televisyen di Malaysia, tapi yang mana satu? Astro? Media Prima? Mytv? Memang jijik dan tidak senonoh perangai seorang "pervert" ni yang mungkin mempunyai masalah mental melampau pada nafsu kelakuan seksual yang abnormal. Suspek dikatakan seorang lelaki sebagai kakitangan di sebuah syarikat stesen televisyen telah dipercayai melakukan tabiat buruk itu sejak beberapa tahun.
Bagaimana pula seorang lelaki dipercayai kerap kali berjaya menyelinap masuk ke tandas wanita sejak beberapa tahun? Bukannya satu atau dua gambar malah puluhan gambar wanita yang kencing di tandas. Mungkin kerana lelaki ini seorang pekerja di syarikat stesen televisyen telah banyak menerima pendedahan dalam selok-belok penggunaan jenis kamera. Payah juga kalau setiap kali mahu keluar masuk tandas wanita untuk mengambil gambar. Mungkin ada spy camera yang kecil diletakkan di dalam tandas tersebut dan suspek hanya perlu mengambil atau memindahkan ke peranti yang lain sahaja. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila suspek telah disedari oleh mangsa yang mungkin arif dengan teknologi peranti yang diguna pakai oleh suspek.
Zaman sekarang teknologi serba canggih telah banyak mengeluarkan pelbagai jenis bentuk kamera dan fungsi samada hardware mahupun software. Ada yang kecil, ada yang mudah disorok dan ada juga yang mudah untuk dibawa ke mana-mana mengikut aktiviti yang dilakukan (contohnya kamera GoPro). Maka segala peranti ini amat mudah didapati di pasaran lebih-lebih lagi di internet. Google saja "spy cam" korang boleh pilih sendiri pelbagai jenis kamera yang kecil dan mudah dibawa.
Tapi tidak mustahil juga menggunakan smart phone untuk dijadikan sebagai kamera pengintip. Caranya dengan menggunakan applikasi IP kamera yang mudah didapati seperti video di bawah ini
Quote:
Simpan gambar wanita kencing Kuala Lumpur: Seorang kakitangan sebuah syarikat televisyen dikesan mempunyai hobi jijik iaitu gemar menyimpan puluhan gambar wanita yang sedang kencing di tandas. Suspek berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan telefon pintar untuk merakam curi gambar mangsa di dalam tandas sebelum dipindahkan ke dalam tablet miliknya. Tabiat tidak senonoh lelaki itu dipercayai dilakukan sejak beberapa tahun lalu terbongkar selepas salah seorang mangsa menyedari tindakan suspek merakam gambarnya Isnin lalu. Difahamkan mangsa berusia 20-an berada di dalam tandas di sebuah stesen televisyen di sini. Sumber berkata, suspek panik dan melarikan diri sejurus mangsa menjerit meminta tolong. “Polis mengenal pasti identiti suspek berdasarkan rakaman CCTV. Tangkapan akan dilakukan dalam tempoh masa terdekat,” katanya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berhubung kejadian itu.
Pada awalnya aku ingatkan rakaman video orang sedang berlakon filem melayu ala-ala KL gangster, rupa-rupanya satu pergaduhan serius.
Pergaduhan dipercayai berlaku di tapak bazaar Ramadhan Jalan Taiping Klang pertembungan dua kumpulan melayu. Tidak pasti apa punca dan motif pergaduhan. Mungkin ketika pergaduhan berlaku tiada polis dikawasan sekitar. Maklumlah bulan Ramadhan yang mulia ini mungkin anggota polis berlumba-lumba mengerjakan lebih ibadah di masjid dari perkara-perkara di luar sana.
Jika korang berhadapan keadaan seperti ini elakkan jauh-jauh dan segera hubungi pihak yang berkuasa (polis). Jangan cuba pandai-pandai mendekati dan cuba masuk campur takut mendapat buku lima percuma. Lagi parah ada senjata tajam atau senjata api di dalam pergaduhan, dah satu hal boleh terkena peluru sesat.
Anomoyus
0 Comments
15:13
Kegairahan kerajaan Malaysia melaksanakan GST telah memberi impak yang sangat besar kepada rakyat yang telah mengubah corak fenomena per...
Kegairahan kerajaan Malaysia melaksanakan GST telah memberi impak yang sangat besar kepada rakyat yang telah mengubah corak fenomena perbelanjaan seseorang. Perlaksanaan GST adalah bukti kegagalan pemimpin-pemimpin kerajaan yang bijak pandai mentadbir negara, rakyat pula yang terkena. Adanya GST, rakyat terpaksa bijak berbelanja dan hanya berbelanja pada yang perlu sahaja demi berjimat cermat dan menambah simpanan.
Apakah majalah Anjung Seri dan Jelita ini satu keperluan yang patut rakyat beli? Bagi aku tidak sama sekali kerana ia akan menambahkan lagi perbelanjaan aku jika aku tertarik sesuatu untuk membeli seperti apa yang terkandung didalam majalah tersebut. Lagi bagus membeli komik seperti Naruto atau One Piece kerana tiada kesan rantaian terhadap aku dalam nafsu berbelanja. Itu membuktikan GST telah berjaya mengurangkan tarikan kepada pembaca-pembaca meterialistik. Lihat sahaja reka bentuk dan hiasan ddalam majalah tersebut sudah tentu kosnya boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Sepatutnya sistem GST perlu dilaksankan lebih berperingkat dengan tidak mengenakan GST syaritkat_syarikat tempatan sekaligus memberi tumpuan kepada produk buatan anak malaysia bukannya produk-produk import dari luar negara. Itu namanya memajukan syarikat tempatan sekaligus mampu menaikkan ekonomi Malaysia.
Kalau korang ingin tahu banyak lagi negara yang tidak mengamalkan GST/VAT ini. Hanya negara-negara yang sakit setiap tahun ada defisit (tidak tahu mentadbir), kenaikan kadar inflasi, hutang negara yang tinggi dan kejatuhan nilai matawang akan mengamalkan sistem GST/VAT ini.
Bilangan negara anggota PBB adalah 193 dan dari 193 hanya 40 negara tidak melaksanakan GST/VAT, anataranya seperti berikut:
No.
Region
No. of Country
1
Asean -Brunei
-Myanmar
2
2
Asia
-Afghanistan
-Bahrain
-Bhutan
-Iraq
-Kuwait
-Maldives
-North Korea
-Oman
-Qatar
-Saudi Arabia
-Syria
-Timor Leste
-United Arab Emirates
-Yemen
Africa
-Angola
-Comoros
-Djibouti
-Eritrea
-Liberia
-Libya
-Sao Tome and Principe
-Somalia
-South Sudan
-Swaziland
10
6
Caribbean, South, Central &
North America
-Bahamas
-Cuba
-Saint Lucia
-Suriname
-United States of America
5
Perlu ingat, Negara Greece merupakan sebuah negara dalam benua eropah yang mengamalkan GST/VAT yang kini telah menghadapi masalah kewangan yang menunggu masa untuk muflis.
Quote:
Jelita, Anjung Seri, Malaysian Business Gulung Tikar PETALING JAYA: Syarikat penerbitan terawal negara, Berita Publishing Sdn Bhd menamatkan operasi empat majalahnya selepas mencatatkan jualan merudum terutama sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Menyifatkan GST sebagai pembunuh utama operasi syarikat itu, Pengarah Eksekutifnya, Juhaidi Yean Abdullah berkata, majalah tidak lagi dijual, sebaliknya ia dipulangkan peniaga dalam kuantiti besar sejak April lalu. "Bayangkan daripada 30,000 naskhah majalah yang diterbitkan, jumlah yang dipulangkan kepada kami mencecah 28,000, ia sama sekali tidak menguntungkan. "Tiga faktor utama yang menyebabkan syarikat terpaksa mengambil keputusan menamatkan penerbitan majalah adalah saingan yang semakin hebat termasuk pengiklanan yang merosot, kesukaran mengekalkan kakitangan dan paling membunuh adalah GST," katanya ketika dihubungi mStar Online, Rabu. Antara syarikat penerbitan tertua negara, Berita Publishing adalah penerbit majalah popular seperti Malaysian Business, Jelita, Anjung Seri dan Madam Chair. Sejak ditubuhkan pada 1973, syarikat berkenaan melalui proses transformasi apabila bertukar milik daripada anak syarikat The New Straits Times Press (M) Bhd kemudiannya berpindah milik kepada Alaf Positif Sdn Bhd. Menamatkan operasi majalah syarikat itu pada Selasa, jelas Juhaidi, langkah kerajaan mengenakan GST kepada penerbitan majalah memerlukan peniaga menaik taraf mesin juruwang selewat-lewatnya Oktober ini. Bagaimanapun, katanya, sejak April lalu, pihaknya mendapati ramai peniaga tidak lagi menjual majalah kerana ada yang masih belum mengubah sistem pembayaran supaya seiring dengan pelaksanaan sistem percukaian baharu itu. "Pembeli tidak puas hati apabila jumlah yang dibayar tidak sama dengan catatan pada resit yang dikeluarkan, dan kerana bimbang dikenakan tindakan pekedai mengambil jalan mudah dengan meletakkan majalah di bahagian bawah, bukannya di rak untuk menarik perhatian ramai," katanya. Mengenai kakitangan syarikat, kata Junaidi lagi, seramai 50 pekerja berpengalaman - ada sesetengahnya sehingga 40 tahun dalam bidang masing-masing termasuk pemasaran, pengedaran, editorial dan pentadbiran - terpaksa diberhentikan. "Sebagai majikan, kami tetap menjalankan tanggungjawab untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara. "Selain pampasan setimpal, syarikat juga mengeluarkan testimonial dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan tetap," katanya sambil menambah ketika ini syarikat itu hanya mengekalkan baki 10 pekerja sahaja. Bagaimanapun, Junaidi menegaskan syarikat itu tidak akan ditutup, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada perniagaan penerbitan secara kontrak dan penerbitan lain. Katanya, pihak syarikat bercadang menceburi bidang lain seperti perundingan, berdasarkan kepakaran serta pengalaman sedia ada.
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi. Begitulah fitrah kehidupan kalau ibu bapa mendedahkan sesuatu kepada anak mereka, sudah pasti anak itu akan mengikuti apa yang telah didedahkan. Kalau seorang anak didedahkan dengan keganasan serta pengalaman yang negatif, sudah pasti mentaliti dan kelakuannya akan menjadi seorang yang ganas. Kalau anak itu diterapkan dengan nilai-nilai yang murni, bersopan santun (contohnya mengajar salam) sudah pasti akan pandai menghormati pada orang lain.
Begitu kisahnya seorang bayi bernama Ellie Farmer telah didedahkan dengan aktiviti panjat dinding oleh ibu bapanya sejak dari usianya 8 bulan. Kini bayi kecil ini sudah mencapai usia 20 bulan dan mampu memanjat hingga ke puncak. Mungkin harapan kedua ibu bapanya bila besar nanti bukan seorang yang profesional di dalam bidang undang-undang, perubatan, kejuruteraan, cendiakiawan atau pemimpin negara tetapi hebat didalam acara rock climbing atau wall climbing.
Memang nampak menakjubkan bila aku menonton Ellie Farmer ni memanjat dinding. Tetapi bagaimana pula dengan video di bawah ni ?seorang bayi lelaki yang hampir seusia Ellie Farmer. Guna sebelah tangan jer beb memanjat sudut tegak sambil membawa beban.
Quote:
. Bayi sudah pandai panjat tembok ARIZONA, Amerika Syarikat – Seorang bayi di sini mula meminati aktiviti lasak memanjat tembok sejak berumur lapan bulan iaitu dua bulan sebelum dia mampu berjalan. Bayi tersebut, Ellie Farmer yang berumur 20 bulan merupakan anak kepada pasangan pendaki berbakat, Rachael dan Zak Farmer telah didedahkan dengan aktiviti itu semasa dalam kandungan lagi apabila ibunya tetap memanjat tembok walaupun ketika hamil. Ellie kini digelar bayi berbakat luar biasa apabila rakaman video dia memanjat batu telah ditonton lebih satu juta kali. "Dia adalah sebahagian daripada komuniti pendaki sejak dilahirkan. Ketika dia mula membuka mata, dia berada di gim dan melihat pendaki," ujar bapa bayi itu, Zak kepada CNN. PENGALAMAN pertama Ellie mendaki bersama ibunya di sebuah gimnasium di bandar Flagstaff, Arizona. - AGENSI Oleh kerana Ellie terlalu kecil untuk memakai abah-abah keselamatan, dia mendaki tanpa menggunakan tali untuk pendakian rendah. Menurut ibu bapanya, kaki Ellie juga dilindungi kasut kulit lembut bertumit dan tidak pernah memanjat tembok yang lebih tinggi daripada 2.1 meter
Sampai pengumuman harga minyak baru untuk bulan Julai terpaksa dihentikan. Takkanlah sampai sakit sangat kerajaan hingga tidak mampu mengumumkan harga baru minyak petrol dengan lebih awal. Seperti mahu beri kejutan kepada rakyat. Kalau harga naik jer kot tak berani nak umum..kalau harga turun mungkin diorang akan umum dengan penuh kebanggaan.
Kini harga baru untuk Julai 2015 telah dinaikkan 20sen bagi Ron97 iaitu dari RM2.35 kepada RM2.55.
Manakala sekupang kenaikan bagi Ron95 iaitu dari RM2.05 kepada RM2.15.
Besyukurlah kita kerana harga minyak petrol di Malaysia masih rendah berbanding dengan negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Brunei, Qatar, Arab Saudi dan banyak lagi. Aku faham kesan kejatuhan nilai ringgit kepada RM3.78 per 1 USD telah menyebabkan kenaikkan ini. Dan pak menteri banyak kali cakap ekonomi Malaysia masih kukuh dan stabil. Dan ada juga menteri yang suka dengan kenaikan dollar sebab akan menggalakkan pelancong asing datang melawat ke negara kita.
Quote:
Harga minyak naik bermula tengah malam ini KUALA LUMPUR, 30 Jun: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek mengesahkan kenaikan harga baru petrol bermula 1 Julai. Perkara itu disahkan beliau ketika dihubungi The Rakyat Post, hari ini. Harga baru itu merangkumi kenaikan bagi RON97 sebanyak 20 sen, menjadikan perubahan harga daripada RM2.35 seliter kepada RM2.55 seliter. Bagi RON95 pula, kenaikan harga sebanyak 10 sen, iaitu daripada RM2.05 kepada RM2.15 yang berkuat kuasa tengah malam ini. Harga diesel bagaimanapun kekal pada RM2.05 seliter dan semua kenaikan itu termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kecuali untuk RON95. Terdahulu, Hasan mengingatkan pengguna bahawa kementeriannya tidak akan membuat pengumuman awal mengenai perubahan harga petrol bulanan. The Star hari ini memetik menteri itu sebagai berkata, pengguna hanya akan mengetahui perubahan harga petrol pada tengah malam. Harga baru bahan bakar itu biasanya diumumkan di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Datuk Abu Samah Bachik ketika dihubungi berkata, pihaknya juga tidak mendapat maklumat awal mengenai harga terbaru bahan bakar itu, meskipun harga baru akan mula berkuat kuasa jam 12 tengah malam ini. “Setakat ini belum ada pengesahan, sepatutnya kementerian sudah umum sekarang (jam 9 malam). “Tetapi, sekarang kementerian sudah buat harga automatik (auto price) dan terus masuk dalam sistem. Kita tidak tahu dan tidak dapat maklumat awal,” katanya.
Tiada Lagi Notis Awal Harga Bahan Api - Hasan Malek KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan membuat pengumuman lebih awal mengenai harga baharu petrol dan diesel setiap bulan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. "Kami memutuskan untuk menghentikan amalan sebelum ini iaitu mengumumkan harga baharu pada hari terakhir setiap bulan. "Mulai sekarang, pemilik kenderaan hanya akan tahu sama ada harga akan naik atau turun atau dikekalkan pada tengah malam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat sempena Hari Terbuka GST anjuran Pemuda Umno di sini, Selasa. Bulan lalu, pengumuman harga minyak dibuat melalui laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Bagi Jun, harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel naik 10 sen seliter berbanding Mei. Harga RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter). Harga minyak sejak Disember lepas telah ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal yang mana tiada lagi subsidi bagi RON95 dan diesel memandangkan harga pasaran dunia lebih rendah berbanding harga di pam. Sejak mekanisme itu dilaksanakan, harga minyak telah berubah sama ada meningkat dan menurun dari satu bulan ke satu bulan berikutnya.
Hidangan berbuka puasa di hotel sudah pasti akan disajikan pelbagai jenis menu seperti kambing golek, murtabak, masak lemak tempoyak ikan patin, bubur lambuk, mi bandung Muar, laksa Pulau Pinang dan pelbagai lagi juadah yang enak dihidangkan kepada tetamu.
Tetapi hidangan berbuka akan lebih enak jika ada sajian "apam dan susu atau nasi lemak sambal kerang" yang sudah tentu amat mengiurkan. Malangnya aktiviti santapan enak seperti ini adalah santapan larangan yang hebat dihidu oleh Jabatan Agama di hotel-hotel bujet sahaja. Hidung mereka tidak mampu untuk menghidu di hotel-hotel bertaraf 3-5 bintang kerana apa yang keluar di berita selalunya hanya di hotel-hotel bajet sahaja.
Kenapa? Mengapa? Mustahil selain hotel bajet itu bersih dan terhindar dari aktiviti santapan larangan dan hanya mampu menangkap ikan-ikan kecil sahaja. Adakah mereka takut tertangkap ikan-ikan besar ala VVIP atau tidak mempunya kelengkapan yang cukup untuk menangkap? Atau golongan ikan-ikan besar ini sudah tentu mewah, mampu dan tidak takut membayar denda. Alahai setakat RM3000 seperti RM3 bagi mereka. Bukannya ada hudud pun dalam negara yang penuh demokrasi nie. Hingga ke hari ini belum ada lagi negara berdemokrasi melaksanakan undang-undang hudud (kalau tak silap aku laa..)
Quote:
Empat pasangan cemar Ramadan ALOR SETAR - Memalukan, apabila seorang penjawat awam berusia 20-an dicekup tidak berbaju dan hanya berselimut bersama seorang wanita di sebuah bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini, semalam. Pasangannya yang juga penuntut sebuah universiti awam berusia 22 tahun pula memakai baju dan hanya bertuala ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik). Keduanya memberi alasan ingin berbuka puasa bersama memandangkan sudah lama berkenalan dan sering berjumpa sebelum mendaftar di hotel itu. Bagaimanapun, masing-masing mengaku tidak memiliki sebarang ikatan sah sebaliknya hanya sebagai kawan. Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pasangan berkenaan antara empat yang ditahan dalam ‘Ops Ramadan’ bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu. "Dua pasangan lagi, masing-masing berusia antara 18 hingga 20 tahun ditahan dalam sebuah bilik sama turut memberikan pelbagai alasan ketika ditahan," katanya. Menurutnya, operasi disertai kira-kira 25 anggota penguat kuasa Jaik itu turut disertai Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan, Syeikh Mohd Rasydan A Rahman. "Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Tambang Badak, di sini, seorang lelaki berperwatakan wanita berusia 22 tahun turut ditahan bersama seorang lelaki berusia 24 tahun. "Mereka dipercayai sudah menginap di hotel berkenaan sejak Khamis lalu," katanya. Beliau berkata, Ramadan sepatutnya diisi dengan aktiviti berfaedah, bagaimanapun masih ada yang melakukan perbuatan tidak bermoral sedemikian. "Mereka sanggup mencemarkan kemuliaan Ramadan dengan melakukan perbuatan sedemikian bersandarkan nafsu semata-mata. "Ibu bapa dinasihatkan mengawasi anak masing-masing supaya tidak terbabit dalam kegiatan maksiat, terutama ketika Ramadan," katanya. Empat pasangan disyaki berkhalwat disiasat di bawah Sekyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. Manakala, kes lelaki berperwatakan wanita disiasat mengikut Sekyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau setahun penjara.
Farah Ann seorang gimnas negara (mengaku Islam) telah mengharumkan nama Malaysia telah memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa. Hebat betul dia nie daripada orang lain yang belum tentu mampu melakukan aksi yang merbahaya ini. Mereka lebih mahir dalam mengkritik, menghina dan mencaci di media so"sial".
Memang so"sial" pada mereka yang hanya tahu mengutuk dan mengkritik, tidak tahu penat lelah Farah Ann hingga Sultan sanggup memberi perutusan tahniah dan memberi sijil bagi pencapaiannya yang penuh membanggakan. Sultan merupakan ketua agama dan dibelakangnya mempunyai ramai pembesar istana,mufti dan beberapa ahli agama yang hebat-hebat serta tinggi ilmunya. Sultan itu juga yang kita doakan setiap minggu di hari Jumaat pelu kita hormati segala titahnya. Sultan juga penyebab ramainya orang memeluk Islam suatu ketika dahulu di zaman-zaman kesultanan melayu. Sijil dari Sultan umpama lesen untuk Farah Ann terus beraksi sebagai alet gimnas tanpa dihalang dari apa-apa kritikan selepas ini. Walaupun jika seseorang berpakaian seksi sekali pun ala Brazilian bikini mencolok mata dikhalayak ramai, semuanya tidak menjadi masalah jika dia mampu mengharumkan nama negara. Syariat Islam adalah perkara terakhir dan pencapaian itu lebih diutamakan. Majulah sukan untuk negara.
Quote:
Farah Ann Terima Perutusan Tahniah Daripada Sultan Selangor PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kurang senang terhadap kritikan yang diberikan kepada gimnas negara Farah Ann Hadi. Dalam perutusan tahniah kepada Farah, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa atlet itu telah membuatkan seluruh Malaysia, termasuk Selangor, berasa bangga. "Mengkritik pakaian anda harus menjadi perkara terakhir dalam fikiran mereka yang memberi komen negatif di media sosial. "Mereka perlu meraikan pencapaian anda untuk Malaysia dan Selangor," titah baginda dalam surat yang diserahkan kepada Farah, Jumaat. Farah, diiringi oleh bapanya Abdul Hadi Ahmad, menerima surat daripada seorang pegawai Istana Selangor. Beliau dikritik kerana didakwa 'mendedahkan dirinya' selepas memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa di Sukan SEA baru-baru ini. Farah memakai pakaian jeis leotard yang dipakai oleh semua gimnas wanita. Sultan Sharafuddin berharap Farah tidak mengambil hati dengan komen-komen orang berfikiran sempit itu dan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya. "Masa depan Malaysia terletak pada generasi muda seperti anda dan rakyat memberikan sokongan untuk kecemerlangan daripada memberi komen negatif. "Beta pasti kerja keras , dedikasi, keazaman dan latihan panjang ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk mencapai ke tahap yang telah anda capai," titah Sultan Selangor. Dalam reaksinya, Farah berkata beliau terharu dan dengan rendah diri menerima surat itu. "Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Sultan Selangor kerana meluangkan masa untuk menulis surat kepada saya," kata beliau.
Video dari ‘dashcam’ bertarikh Isnin, 22 Jun, jam 9 pagi itu menunjukkan kejadian berlaku di Jalan Pudu menuju ke Jalan Hang Tuah di mana terletaknya Ibu Pejabat Kontigen Polis Kuala Lumpur.
Video itu menunjukkan kereta polis memandu di lorong kiri lalu dirempuh dari arah belakang oleh sebuah Volkswagen Polo yang dipandu laju menyebabkan kereta polis berputar sebelum ia merempuh pada pembahagi jalan dan kemudian Polo tersebut hilang melarikan diri dari tempat kejadian.
Suspek dikatakan seorang pelajar kolej berumur 21 tahun telah membuat laporan di balai polis pada hari yang sama,
Jika ingin dibandingkan Volkswagen Polo dengan Perodua Myvi, dari segi saiznya boleh dikatakn lebih kurang sama. Kalau diimbas kembali tragedi Myvi merempuh Pajero seakan-akan lebih kurang sama gaya rempuhan Polo dengan kereta peronda polis tersebut.
Dari rakaman video tersebut seolah-olah pemandu Polo berada dalam kelewatan untuk sampai ke destinasi dan tiada tanda-tanda menunjukkan cubaan untuk perlahan kerana tiada lampu "brake" menyala sebelum merempuhan. Ini mesti kes melihat smart phone sambil memandu.
Quote:
Student ploughs into police patrol car and speeds away KUALA LUMPUR: Dashboard camera video footage of a hatchback vehicle ploughing into a police patrol car before speeding off has gone viral on social media. The video shows the police car driving on the left lane with another car on the right along the two-lane road. A speeding Volkswagen Polo car was seen overtaking the vehicle with the camera on the left lane, and was unable to stop in time to avoid a collision. It ploughed straight into the police car, which spun out of control and rammed into the road barrier. The speeding vehicle then fled from the scene. A sequence of pictures taken from the video. Kuala Lumpur traffic police investigation and traffic law officer Deputy Superintendent S. Markandan said the incident occurred at around 8.55am Monday. "Two policemen were on patrol along Jalan Pudu heading towards the city when the Volkswagen Polo was reported to have lost control and rammed into it. "The collision caused the police car to spin before it hit the barrier," he said, adding that both policemen in the vehicle suffered minor injuries. He said the 21-year-old college student who was driving the Volkswagen drove off but lodged a police report later that day. DSP Markandan said the case was being investigated as driving while under the influence of intoxicating liquor or drugs.
Aku amat bersetuju jika penguatkuasaan memberi denda kepada mereka (mengaku Islam) yang berpakaian seksi mencolok mata di bazar Ramadan dan aku lebih bersetuju lagi jika bukan sahaja di bazar malah di kawasan-kawasan awam juga patut diambil tindakan.
Nak yang lagi bagus peniaga-peniaga bazar Ramadan tidak menjual jualan mereka kepada golongan spesis yang tak sedar diri ini. Kalau mahu menjual juga ada lebih baik dikenakan kadar yang tinggi. Isu berpakaian seksi mencolok mata sepatutnya boleh tergolong didalam sexual harrasment pada golongan lelaki. Mana tidaknya kalau dah tersembul dan terdedah pada pak cik yang melihat. Boleh jadi terliur pada benda didalam.
Quote:
Denda RM2,000 Jika Berpakaian Mencolok Mata Ke Bazar Ramadan KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan wanita Islam di negeri itu yang berpakaian mencolok mata termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000. Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya di beberapa lokasi di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaian tidak sopan yang dianggap sebagai tidak sesuai. “Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini. “Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor sebuah portal berita, hari ini. Tambah Anis, pihak JAIP tidak meletakkan etika berpakaian untuk menjelaskan cara pemakaian yang dianggap sopan. “JAIP tidak bleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain. "Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan," katanya. Bagaimanapun, pesalah yang ditangkap pihak berkuasa agama akan diberi kaunseling terlebih dulu dan sekiranya, mereka mengulangi kesalahan sama maka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.
Satu rakaman berdurasi seminit memaparkan 2 orang pelajar sekolah menengah bergaduh yang dipercayai pucanya adalah untuk berebut seorang lelaki kerana beberapa ayat yang jelas kedengaran antaranya : “Engkau, jatuhnya maruah aku kerana lelaki!” dari salah seorang pelajar terbabit di dalam pergelutan. Rakaman video yang kini telah menjadi viral di media sosial telah mendapat perhatian ramai dengan kelakuan ganas pelajar perempuan tersebut.
Aku sendiri tak tahu apa kelebihan lelaki yang direbutkan sangat. Apakah abang motor atau anak orang kaya yang bergaya dan mempunyai kereta mewah?. Dari video yang dipaparkan sudah terbukti perkongsian kekasih yang bakal mengundang poligami tidak dipersetujui bagi dua orang ini. Bagaikan sebuah drama seperti berebut suami. Sebenarnya tidak salah pun isu poligami ini malah ia dihalalkan di sisi Islam. Tapi mentaliti golongan perempuan sudah diajar dari kaca television lagi yang kebanyakkannya penuh dengan drama-drama anti poligami dan babak-babak golongan lelaki yang tidak boleh dipercayai untuk berlaku adil.
Anomoyus
0 Comments
18:49
Adehhh..syndrome penyakit apakah ini sampai boleh berurus niaga seluar dalam terpakai yang sudah tentu berbau busuk bagi aku. Lepas ini ko...
Adehhh..syndrome penyakit apakah ini sampai boleh berurus niaga seluar dalam terpakai yang sudah tentu berbau busuk bagi aku. Lepas ini korang yang nak mencari duit lebih dan memang tak sayang sangat dengan seluar dalam korang tu boleh la turut serta dengan program yang tidak senonoh ni. Bagi aku golongan seperti ini memang ada masalah mental dan abnormal dengan kelakuan seksualnya yang pelik, seperti bernafsu terhadap seluar dalam seseorang samada lelaki/wanita.
Peminat seluar dalam ni bukan perkara baru bagi aku, ianya sudah kedengaran sejak di zaman sekolah aku yang telah di laporkan banyak kes kehilangan seluar dalam ketika itu. Tapi itu dulu tiada media sosial untuk berhubung bagi mendapatkan stock seluar dalam bagi penghilang gian (dah macam penagih la pulak). So zaman sekarang berbeza dengan adanya media social mereka yang tergolong dalam peminat seluar dalam ini tanpa rasa segan silu atau malu mendapatkan seluar dalam yang berbau. Siap bleh trade-in kepunyaan kekasih tu..memang tak boleh blah laa perangai diorang ni..yuukkk
Follow Us