Kini JPJ akan mengeluarkan peraturan cermin gelap yang baru bermula 1 November 2014. Bagi aku ia ada sedikit perubahan cermin gelap pa...

Cermin gelap JPJ

Kini JPJ akan mengeluarkan peraturan cermin gelap yang baru bermula 1 November 2014. Bagi aku ia ada sedikit perubahan cermin gelap pada bahagian penumpang. Yang lainnya masih sama. Kalau peraturang lama semua cermin 50% telus cahaya, manakala cermin hadapan 70%. Dan kini 30% kadar telus cahaya untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.

Seramai 96 remaja Melayu termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan pihak berkuasa ketika leka berhibur dalam sebuah part...

Pesta Seks

Seramai 96 remaja Melayu termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan pihak berkuasa ketika leka berhibur dalam sebuah parti liar di sebuah kondominium di Jalan Kasipillay,

Isk isk issskk,.. anak sapalah nie? pelajar IPT pulak tu.. Ilmu Pergi Terbarai (IPT). Ada nama N, Baby, Jully bila dah kena tangkap jadi nama Rogayah pulak di panggil polis. Sungguh lemah mereka ini dalam memelihara akhlak mereka sendiri. Kalau kat rumah tu mungkin masih dapat dikawal oleh orang tua mereka.  Mungkin rata-rata mereka ini mungkin yang berjauhan dengan ibu bapa dan dapat duduk menyewa rumah sendiri yang pasti akan berlaku satu gaya hidup yang baru. Bagai kambing dilepas dari kandang.

Kes mencuri wang dari mesin ATM sudah lama berlaku sejak dari zaman 90-an lagi. Pelbagai peringkat mesin ATM dinaik taraf bagi menghalan...

Mesin ATM Digodam

Kes mencuri wang dari mesin ATM sudah lama berlaku sejak dari zaman 90-an lagi. Pelbagai peringkat mesin ATM dinaik taraf bagi menghalang kes kecurian wang dari mesin ATM dari berlaku. Tidak mustahil jika sekeping kad ATM mampu diklon oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sememangnya mereka ini pakar dalam selok-belok bagaimana operasi sesebuah mesin ATM itu berfungsi. Tetapi siapakah mereka ini yang mampu memanipulasikan mesin ATM untuk pengeluaran wang.?

Kerja Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan – perkhidmatan pembangunan perbandaran seperti p...


Kerja Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam

MBSA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan – perkhidmatan pembangunan perbandaran seperti perancangan, pembangunan, penyediaan kemudahan asas intrastruktur, pembersihan, kesihatan awam, tanah perkuburan, keindahan landskap, keceriaan bandar raya dan pelbagai lagi.

Seorang polis sepatutnya bijak mempelihara hal-hal peribadinya kerana mereka ini kalau sudah kena pegang habislah. Biasalah kalau tida...

Gambar Polis Wanita Separuh Bogel Tersebar

Seorang polis sepatutnya bijak mempelihara hal-hal peribadinya kerana mereka ini kalau sudah kena pegang habislah. Biasalah kalau tidak mahu ikut dan patuh kemungkinan akan di peras ugut. Zaman internet ni senang jer. Letaklah kat mana-mana media sosial seperti Facebook, Wassap, Wechat, Tweeter dan macam-macam lagi pastinya akan menjadi viral. 

Aku memang tak pernah beli jenama makan prepack yang pelik-pelik ni. Selalunya aku akan beli jenama Ayam Brand. Walaupun ia adalah ant...

sardin

Aku memang tak pernah beli jenama makan prepack yang pelik-pelik ni. Selalunya aku akan beli jenama Ayam Brand. Walaupun ia adalah antara yang termahal dari jenama Sardin underdog tetapi kebersihannya terjamin. Lagi aku akan teliti sebelum memasak dengan mengasingkan kuah dengan ketulan ikan tersebut. Takut-takut ada benda asing di dalamnya.
Korang tahu la banyak kes dah tentang makan dan minuman yang telah tercemar. Berhati-hatilah sebelum memasak. Pastikan makanan korang tu terjamin kebersihannya.

Seorang lelaki dikatakan telah teratuh ke dalam kandang harimau putih menyebabkan haiwan pemangsa itu tertarik lalu meluru kepada lelaki...

harimau putih baham

Seorang lelaki dikatakan telah teratuh ke dalam kandang harimau putih menyebabkan haiwan pemangsa itu tertarik lalu meluru kepada lelaki itu. Ini kerana besi penghadang terlalu rendah menyebabkan lelaki itu terjatuh. Macam mana boleh sampai terjatuh? Ini kandang harimau bukannya beruang Panda yang sepatutnya memerlukan keselamatan yang tinggi untuk pelawat zoo.

Umum semua tahu iphone 6 telah dilancarkan dan ramai sangat peminat merasa teruja dan ingin membelinya. Kesemua syarikat yang mengelua...


Umum semua tahu iphone 6 telah dilancarkan dan ramai sangat peminat merasa teruja dan ingin membelinya. Kesemua syarikat yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon yang menarik kepada golongan pembeli. Dari awal rekaannya tebal dan besar kini menjadi semakin ringan dan nipis. Dan kesannya menjadi lemah pada struktur peranti tersebut. Berfikirlah dahulu sebelum membeli kerana ianya sangat mahal harganya di awal pengeluaran.

Sepatutnya sebelum tindakan seperti ini perlu ada budi bicara terlebih dahulu, perlu ada amaran larangan meniaga dari pihak DBKL. Ada car...



Sepatutnya sebelum tindakan seperti ini perlu ada budi bicara terlebih dahulu, perlu ada amaran larangan meniaga dari pihak DBKL. Ada cara yang lebih berhemah untuk mengambil tindakan dan bukannya serangan ala royal rumble seperti ini. Mungkin juga pihak DBKL sudah berkali-kali bagi amaran keras pada wanita ini? atau wanita ini pendatang asing yang tiada permit kerja untuk meniaga?
Tapi bagi aku nampak kasar juga DBKL ni.

Secara rasminya Azmin Ali kini menjadi Menteri Besar Selangor bermula hari ini 23-Sept-2014. Upacara mengangkat sumpah di hadapan Sulatan...



Secara rasminya Azmin Ali kini menjadi Menteri Besar Selangor bermula hari ini 23-Sept-2014. Upacara mengangkat sumpah di hadapan Sulatan Selangor yang diadakan di Istana Kayangan Shah Alam Selangor.

Kemelut perebutan kerusi panas MB Selangor akhir yang telah terjawab sebelum istiadat perlantikan rasmi di istana lagi sudah tahu siap...

Azmin Ali MB Selangor

Kemelut perebutan kerusi panas MB Selangor akhir yang telah terjawab sebelum istiadat perlantikan rasmi di istana lagi sudah tahu siapa orangnya. Akhirnya spekulasi ini sudah terjawab dan benarlah dari sumber aku sendiri orangnya dari PKR. Ini adalah kejutan yang besar kerana peluang bakal MB ini amat tipis sebelum ini.

Kejadian berlaku di sebuah hotel di jalan Raja Laut apabila seorang wanita yang telah kecewa selepas bertengkar dengan teman lelakinya...


Kejadian berlaku di sebuah hotel di jalan Raja Laut apabila seorang wanita yang telah kecewa selepas bertengkar dengan teman lelakinya lalu cuba membunuh diri untuk terjun dari hotel tersebut.
Ini kes putus cintalah nie..sedap2 syok dalam bilik berdua-duaan kemudian mahu bunuh diri. Mungkin sang lelaki jenis playboy enggan berkahwin dengan wanita tersebut setelah puas. Sang wanita yang malang mahu ajak berkahwin malang telah ditolak...hanya anggapan aku sahaja kerana ia adalah satu masalah yang besar. Masalah apakah itu tiada siapa yang tahu apa yang wanita ini hadapi tapi mampu memberi tekanan emosi hingga sanggup untuk membunuh diri.