Kini JPJ akan mengeluarkan peraturan cermin gelap yang baru bermula 1 November 2014. Bagi aku ia ada sedikit perubahan cermin gelap pa...

Peraturan baharu cermin gelap bermula 1 November - JPJ

Cermin gelap JPJ

Kini JPJ akan mengeluarkan peraturan cermin gelap yang baru bermula 1 November 2014. Bagi aku ia ada sedikit perubahan cermin gelap pada bahagian penumpang. Yang lainnya masih sama. Kalau peraturang lama semua cermin 50% telus cahaya, manakala cermin hadapan 70%. Dan kini 30% kadar telus cahaya untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.


Baguslah dapat memberi lebih keselesahan kepada penumpang dan bagi mereka yang ada anak dapat lah mereka baring dan tidur dengan selesa di bahagian belakang. Harap mereka dapat tidur dengan nyenyak tidak di ganggu dengan silauan cahaya dari mentari yang terik.


Cermin gelap JPJ

Tapi jika mengikut sistem baru ini kemungkinan nampak tidak sekatalah keadaan cermin gelap kereta korang nanti. Dibahagian cermin depan sisi pemandu terang dan di bahagian belakang pula lebih gelap dan ianya nampak sedikit kelakar. Walaubagaimana pun ianya tidak menjadi satu masalah bagi aku. Biarlah nampak berbelang sekali pun tetapi keselasaan penumpang amat aku titik beratkan.

Cermin gelap JPJ

Quote:
AYER KEROH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan peraturan baharu berkaitan penggunaan cermin gelap bermula 1 November ini.

Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan pada cermin hadapan sebanyak 70 peratus; sisi pemandu (50 peratus) dan masing-masing 30 peratus untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang.

Berbanding peraturan sedia ada, ketelusan cahaya yang dibenarkan di cermin hadapan adalah sebanyak 70 peratus dan 50 peratus untuk cermin di sebelah pemandu, sebelah penumpang belakang dan bahagian belakang.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pemindaan peraturan itu adalah mengikut standard antarabangsa.

Katanya, peraturan baharu itu tertakluk kepada semua rakyat Malaysia dengan pengecualian diberikan kepada beberapa pihak atau disebabkan atas alasan kukuh.

"Pengecualian diberikan kepada Yang diPertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalannya, Ketua Menteri, Menteri Besar, Ketua Hakim dan Menteri.

"Begitu juga dengan jabatan berisiko tinggi seperti Polis DiRaja Malaysia dan Kastam DiRaja Malaysia yang melakukan operasi berbahaya," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan anggota penguat kuasa JPJ bahagian zon selatan di Seri Negeri, di sini, sebentar tadi.
Sumber dari: Bharian