Seramai 96 remaja Melayu termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan pihak berkuasa ketika leka berhibur dalam sebuah part...

Parti Liar Kantoi, Remaja Melayu Tak Tahu Malu Lalok Terlondeh Sampai Terbarai

Pesta Seks

Seramai 96 remaja Melayu termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan pihak berkuasa ketika leka berhibur dalam sebuah parti liar di sebuah kondominium di Jalan Kasipillay,

Isk isk issskk,.. anak sapalah nie? pelajar IPT pulak tu.. Ilmu Pergi Terbarai (IPT). Ada nama N, Baby, Jully bila dah kena tangkap jadi nama Rogayah pulak di panggil polis. Sungguh lemah mereka ini dalam memelihara akhlak mereka sendiri. Kalau kat rumah tu mungkin masih dapat dikawal oleh orang tua mereka.  Mungkin rata-rata mereka ini mungkin yang berjauhan dengan ibu bapa dan dapat duduk menyewa rumah sendiri yang pasti akan berlaku satu gaya hidup yang baru. Bagai kambing dilepas dari kandang.


Perubahan yang paling ketara pada pelajar IPT ni ialah panjang langkah. Boleh merayau kemana sahaja mereka suka tak kira waktu siang atau malam. Kalau yang lebih liar lagi sampai tidak balik ke rumah sewanya langsung. Takpe mak bapak jauh bukan dapat bau pun. Kalau orang tua telefon tanya khabar senang jer nak menipu cakap tengah study group, bukan mereka nampak pun. Ptuiihhh laa..jenis anak x jujur x kenang budi sanggup bagi body , nanti dapat baby tiada hubby baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

Panjang lagi langkah hidupmu adik oii..kalau tahap akhlak yang cetek ini tidak dapat diubah alamat sampai alam rumahtangga pun tak akan berkekalan lama. Hidup liar ni umpama hidup binatang liar tiada hala tuju. Korang kalau nak kehidupan begini cubalah kalau berani..sesal akan menunggu korang satu hari nanti.


Aku dapat rasakan parti liar ini bukan baru sekali diadakan hingga mampu menarik ramai perhatian golongan remaja. Tak tahulah ini parti yang keberapa diadakan sampai berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.


Kalau dilihat sepanajang Jalan Ipoh banyak bangunan kondo/apparment, tapi kalau di sebut Jalan Kasipillay hanya ada satu sahaja banguna appartment.

Quote:
Kuala Lumpur: Polis menahan 78 remaja lelaki dan 18 perempuan di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, Sentul jam 5 pagi tadi disyaki melakukan pesta bogel dan dadah.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisionser R Munusamy berkata, seramai 46 daripada jumlah itu dilaporkan positif dadah dan 10 individu berkenaan adalah pelajar sekolah menengah dan kolej.

"Serbuan dilakukan sepasukan anggota polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul selepas menerima maklumat awam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika serbuan di rumah itu terdapat beberapa orang individu berkenaan terbaring dalam keadaan bogel di atas lantai termasuk di dalam bilik air rumah berkenaan.

Katanya, semua yang ditahan di bawa ke IPD Sentul untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya.
Sumber dari: Metro