Kejadian berlaku di sebuah hotel di jalan Raja Laut apabila seorang wanita yang telah kecewa selepas bertengkar dengan teman lelakinya...

Rakaman Wanita Cuba Bunuh Diri Dipercayai Putus Cinta


Kejadian berlaku di sebuah hotel di jalan Raja Laut apabila seorang wanita yang telah kecewa selepas bertengkar dengan teman lelakinya lalu cuba membunuh diri untuk terjun dari hotel tersebut.
Ini kes putus cintalah nie..sedap2 syok dalam bilik berdua-duaan kemudian mahu bunuh diri. Mungkin sang lelaki jenis playboy enggan berkahwin dengan wanita tersebut setelah puas. Sang wanita yang malang mahu ajak berkahwin malang telah ditolak...hanya anggapan aku sahaja kerana ia adalah satu masalah yang besar. Masalah apakah itu tiada siapa yang tahu apa yang wanita ini hadapi tapi mampu memberi tekanan emosi hingga sanggup untuk membunuh diri.

Sememangnya bunuh diri adalah satu jalan yang mudah pada mereka yang hilang keyakinan diri untuk hidup apabila mengalami tekanan mental yang melampau. Bagi mereka ia adalah jalan pintas untuk lari dari masalah yang mereka hadapi tanpa berfikir panjang.


Rakaman menunjukkan cubaan seorang wanita untuk terjun dari sebuah hotel.

Quote:
Seorang wanita warga tempatan dipercayai cuba terjun dari tingkat tujuh sebuah hotel di Jalan Raja Laut di sini selepas dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dengan teman lelakinya.

Mangsa berusia 20-an itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dan Hang Tuah yang tiba di tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.30 petang.

Menurut sumber, mangsa dipercayai gagal mengawal tekanan perasaan lalu bertindak nekad untuk terjun, namun tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk mangsa dan mengawal keadaan.

"Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik hotel di bangunan itu sebelum berlaku pergaduahan antara pasangan tersebut," katanya kepada Malaysia Gazette di sini.

Orang ramai yang menyedari kejadian itu berkerumun di tepi jalan melihat perkembangan seterusnya sambil mengambil gambar dan merakamkan video insiden tersebut.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Sumber dari: malaysiagazette