Seorang polis sepatutnya bijak mempelihara hal-hal peribadinya kerana mereka ini kalau sudah kena pegang habislah. Biasalah kalau tida...

Gambar Polis Wanita Separuh Bogel Tersebar

Gambar Polis Wanita Separuh Bogel Tersebar

Seorang polis sepatutnya bijak mempelihara hal-hal peribadinya kerana mereka ini kalau sudah kena pegang habislah. Biasalah kalau tidak mahu ikut dan patuh kemungkinan akan di peras ugut. Zaman internet ni senang jer. Letaklah kat mana-mana media sosial seperti Facebook, Wassap, Wechat, Tweeter dan macam-macam lagi pastinya akan menjadi viral. 

Gambar Polis Wanita Separuh Bogel Tersebar

Bagaimana pula seorang anggota polis wanita tidak mengaku itu gambarnya tetapi mahu membuat laporan?. Buat-buat tak tahu sudahlah kalau betul bukan gambarnya, nak takut apa bukannya gambar dia pun. Mungkin pelanduk dua serupa dan bukannya rupa atau wajah dia sorang dalam dunia nih. Itulah budaya selfie satu penyakit mental yang semakin tertagih di kalangan sesetengah masyarakat. Sikit-sikit nak bergambar, sikit on kemera talefon pastu snap gambar hingga lupa keadaan dirinya sendiri macam mana.

Ada sesetengah gambar diambil dalam keadaan yang tidak senonoh mencerminkan tahap moral dan akhlaknya yang berada di tahap level yang rendah. Tidak tahu pula bagaimana keadaan gambar yang dikatakan polis wanita itu. Sama ada orang yang ambil atau diambil sendiri. Mungkin orang yang sebenar dalam gambar itu lebih bijak dari polis wanita itu, lebih bijak kerana cool dan tidak melatah kerana tahap moralnya yang low level.

Gambar Polis Wanita Separuh Bogel Tersebar

Kalau betul gambar tersebut adalah polis wanita, terima sajalah apa yang sudah terjadi. Nasi sudah menjadi bubur.

Quote:
GEORGETOWN: Polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penyebaran gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan hari ini berkata, polis telah mengambil keterangan wanita yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu dan sedang menjejaki beberapa lagi individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius berhubung perkara itu walaupun anggota berusia dalam 20-an itu menafikannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kes itu kita siasat. Anggota itu membuat laporan polis semalam bahawa perkara itu tidak benar, sebab itu bukan dia. Mungkin gambar itu menyerupai mukanya, tetapi itu bukan dia. Sesiapa yang tengok gambar tu mungkin tahu itu bukan dia. Saya sudah arahkan untuk membuat siasatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat, di sini.

Katanya polis bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan penyebar gambar itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, wanita itu membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.

Wanita itu menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya.
Sumber dari: Bharian