Umum semua tahu iphone 6 telah dilancarkan dan ramai sangat peminat merasa teruja dan ingin membelinya. Kesemua syarikat yang mengelua...

Apple iPhone 6 Plus Lembik Mudah Menjadi Bengkok


Umum semua tahu iphone 6 telah dilancarkan dan ramai sangat peminat merasa teruja dan ingin membelinya. Kesemua syarikat yang mengeluarkan telefon pintar masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon yang menarik kepada golongan pembeli. Dari awal rekaannya tebal dan besar kini menjadi semakin ringan dan nipis. Dan kesannya menjadi lemah pada struktur peranti tersebut. Berfikirlah dahulu sebelum membeli kerana ianya sangat mahal harganya di awal pengeluaran.





Quote:
Nampaknya rekaan nipis untuk iPhone 6 Plus hadir dengan kesan negatifnya tersendiri, apabila kini hadir beberapa laporan mengatakan iPhone 6 Plus mudah menjadi bengkok apabila diletakkan didalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.

iPhone 6 Plus hadir dengan rekaan bersaiz 5.5-inci, dan berbeza dengan kebanyakkan peranti bersaiz phablet yang lain, ia dilihat iPhone 6 Plus membengkok. Mengikut laporan awal daripada pengguna, iPhone 6 Plus menjadi sebegitu apabila diletakkan dalam saku seluar untuk suatu tempoh masa.

Pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengannya buat masa ini. Mungkin salah satu cara mudah untuk mengelakkannya adalah mendapatkan kerangka tambahan, dan mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.
Sumber dari: Amanz.my