Volkswagen tu dijadikan teksi. Kalau di Malaysia punyalah diidamkan. Belum sempat tragedi AirAsia menutup buku muncul lagi tragedi pesaw...


Volkswagen tu dijadikan teksi. Kalau di Malaysia punyalah diidamkan. Belum sempat tragedi AirAsia menutup buku muncul lagi tragedi pesawat terhempas dan kali ini berlaku di Taiwan. Apakah kualiti syarikat-syarikat pengendalian atau penyelenggaraan penerbangan semakin teruk? Kejadian ini adalah kali kedua yang melibatkan pesawat TransAsia yang dilaporkan terhempas dalam jangka masa setahun. Pada Julai 2014, pesawat TransAsia dilaporkan terhempas di Taiwan dan seramai 48 nyawa penumpang terkorban dalam nahas itu.

Setakat ini, 10 penumpang pesawat berkenaan berjaya diselamatkan dan pasukan penyelamat sedang berusaha menyelamatkan puluhan penumpang yang terperangkap.15 penumpang pula dilaporkan terkorban, 13 penumpang pula didapati cedera.31 penumpang dilaporkan adalah pelancong dari tanah besar negara China.


Quote:
TAIWAN - Seorang pemandu teksi terselamat selepas kenderaannya terkena kepak pesawat TransAsia yang terhempas ke sungai, pagi tadi.

Menerusi sebuah rakaman video, pesawat berkenaan dilihat melanggar teksi tersebut sebelum terhempas ke dalam sungai.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan kerosakan pada teksi tersebut telah dimuatnaik ke laman mikro Twitter.

Pesawat TransAsia ATR 72-600 berkenaan dalam penerbangan domestik dari lapangan terbang Songshan, ke Pulau Kinmen sebelum ia melanggar jambatan dan terjunam ke dalam sungai.
Sumber dari: Sinar













  Baru beberapa hari aku di luar negara mendapat khabar berita yang menyayat hati. Sebelum itu, Takziah kepada keluarga mangsa atas peme...

 

Baru beberapa hari aku di luar negara mendapat khabar berita yang menyayat hati. Sebelum itu, Takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian Nursyuhada Johari, 20 pelajar UiTM Pulau Pinang. Hati orang tua mana yang tidak sedih mengharapkan anaknya berjaya di menara gading berakhir dengan sedemikian rupa. 

Mungkin percintaan mereka berdua mengalami masalah akibat teman lelaki ada masalah mental. Kita pun tak tahu masalah mental tu disebabkan apa? Kalau bukan mental sudah tentu lelaki tersebut mungkin akan terus melarikan diri dan bukanya berpatah balik. Maklumlah sekarang ini ramai orang yang kantoi ujian air kencing. Zaman sekarang banyak kes orang dah terlebih "dose" memberi kesan halusinasi dan akan hilang pertimabangan akal. Ketagih bahan terlarang sudah pasti amat sukar untuk diatasi

So nasihat aku kepada perempuan yang sudah berpasangan dan hangat bercinta sila selidik teman lelaki anda sendiri. Semoga anda semua mendapat pasangan yang waras hendaknya.



Quote:
IPOH 2 Feb. - Seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi awam di Pulau Pinang maut akibat dikelar teman lelakinya di dalam kereta di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Bukit Gantang hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku selepas pasangan itu bertengkar.
Menurut beliau, polis telah menahan suspek yang berusia 25 tahun.
"Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang ini.
"Siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah mental. Polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang di bawah bukit di tepi lebuh raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - 
Sumber dari: Utusan

Sebuah kedai barangan kemas telah dirompak oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata. Nampaknya teknik merompak sekarang sudah ber...


Sebuah kedai barangan kemas telah dirompak oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata. Nampaknya teknik merompak sekarang sudah berani di kawasan yang ramai pengunjung. Dan yang merakam mungkin yang berkerja atau pengunjung pasaraya berani merakam tanpa mempedulikan keselamatannya sendiri. Kalau kena jadi mangsa tebusan macam mana?. Apelah yang yang sibuk-sibuk nak rakam tu..CCTV kan ada dan memang dipasang di kedai barangan kemas yang berharga.




Masih belum basi lagi isu peluk artis KPOP. Nampaknya JAWI takut menjadi sebuah jabatan double standart sebab ramai lagi orang Islam yan...


Masih belum basi lagi isu peluk artis KPOP. Nampaknya JAWI takut menjadi sebuah jabatan double standart sebab ramai lagi orang Islam yang berpeluk dikhalayak ramai. Banyak jer orang berpeluk kat TV tu. Apa niat JAWI nie nak halang orang Islam dari berpelukkan ke atau halang orang yang bertudung?

Quote:
Jawi Tak Jadi Keluarkan Waran Tangkap Gadis K-Pop

PETALING JAYA: Tiga remaja perempuan bertudung yang terbabit dalam kontroversi aksi sumbang di konsert kumpulan K-Pop, B1AF baru-baru ini mungkin terlepas daripada dikenakan tindakan apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memutuskan untuk tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Minggu lalu, Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya dilaporkan sebagai berkata, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan sekiranya ketiga-tiga wanita berkenaan tidak tampil memberikan kerjasama selepas diberi tempoh seminggu.

Bagaimanapun, sumber Jawi memberitahu mStar Online, jabatan itu memutuskan untuk tidak memanjangkan perkara tersebut apabila sehingga ke hari ini ketiga-tiga remaja berkenaan masih belum tampil untuk membantu siasatan.

"Kita sudah memberi mereka tempoh selama seminggu untuk tampil membantu siasatan. Tetapi sehingga ke hari ini mereka tidak berbuat demikian.

“Selepas berbincang, kita putuskan untuk tidak mengenakan waran tangkap ke atas mereka. Tetapi kita secara terbuka bersedia untuk memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada mereka,” katanya.

Menurut sumber Jawi lagi, ketiga-ketiga remaja berkenaan mungkin mendapat nasihat daripada pihak lain berikutan insiden yang mencetuskan kontroversi itu.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop dari Korea Selatan bersama tiga peminat wanita Islam ketika berada di atas pentas konsert di Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan kecaman pelbagai pihak terutama umat Islam.

Jawi sebelum ini telah membuka kertas siasatan siasatan berhubung isu tersebut telah dibuka di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Sumber dari: 

PEGAWAI syarak menyoal pasangan yang dipercayai bersekedudukan di sebuah rumah sewa di Durian Tunggal. Ada suami dan 3 orang anak sangg...

PEGAWAI syarak menyoal pasangan yang dipercayai bersekedudukan di sebuah rumah sewa di Durian Tunggal.

Ada suami dan 3 orang anak sanggup ditinggalkan ikut lelaki lain. Ape jenis Isteri dan Ibu yang sampai sanggup tinggalkan keluarganya sendiri untuk menagih kasih dengan lelaki lain. Runtuh akhlak, tiada moral, tiada maruah dan sungguh 'bitches' kalau wanita tu berperangai sedemikian. Tapi ada kemungkinan jugak kena ayat power dari lelaki yang baru dikenali. Baru dikenali dari mana? kena ayat macam mana? Zaman teknologikan dah moden. Menghubungkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. So ada wassap, wechat, fb dan sebagainya.

Penat sang suami kerja cari duit belikan smart phone untuk si isteri tanda kasih sayang. Tapi digukan untuk berkenalan dengan lelaki lain pulak. Ada kemungkinan juga ceritanya sebegini.

Seorang wanita suka bila diambil berat, dan selalu ditanya khabar lebih-lebih lagi dalam keadaan kesunyian. So kalau dapat kenal jantan lain ada ayat power memang cair la seorang wanita itu.



Quote:
Tinggal suami ikut kekasih

Alor Gajah: Seorang wanita berstatus isteri orang yang lari dari rumah sejak empat bulan lalu akhirnya ditemui apabila dicekup bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya dalam sebuah rumah di Durian Tunggal, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita berusia 23 tahun dari Gemas, Negeri Sembilan tidak bekerja dan mempunyai tiga anak dipercayai tinggal bersama seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah rumah yang baru disewa minggu lalu.
Bagaimanapun, hubungan terlarang pasangan yang mendakwa suami isteri itu dihidu pegawai syarak, anggota polis serta penduduk di taman perumahan terbabit.
Sumber berkata, wanita berkenaan meninggalkan suaminya yang berusia 36 tahun serta tiga anak berusia antara setahun hingga tujuh tahun pada pertengahan Oktober tahun lalu dipercayai keluar sehelai sepinggang kerana mengikut teman lelaki.
Wanita terbabit dipercayai terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki yang baru dikenali dengan menyewa rumah di beberapa tempat sepanjang menghilangkan diri sebelum mereka tinggal di taman perumahan berkenaan.

Sumber dari: 

Memang sudah menjadi kelaziman budaya sosial mat salleh jahiliyah ini kalau ada parti pastu mabuk tongang langgang pastu ada hubungan se...


Memang sudah menjadi kelaziman budaya sosial mat salleh jahiliyah ini kalau ada parti pastu mabuk tongang langgang pastu ada hubungan seks. Satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan puak jahiliyah ini tiada segan silu dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan hingga sampai ketahap hubungan terkutuk anatara Bapa dan anak atau Ibu dan anak. Perrghh...teruk dah tahap sosial diorang nie memang tahap sial dah.

Dalam masyarakat kita memang tidak dinafikan bahawa sudah banyak puak yang tidak bermoral terlanjur dengan hubungan sulit dan hasilnya ramai anak di luar nikah dan kemudian dibuang. Ada kemungkinan bapa atau ibu akan ada hubungan pula dengan anak.



Quote:
Bapaku suamiku

Great Lakes (Amerika Syarikat): Seorang remaja yang merancang untuk berkahwin mungkin menghadapi masalah untuk meminta ibunya hadir di majlis itu kerana yang akan menjadi suaminya ialah bapa kandungnya sendiri.
Remaja berusia 18 tahun yang tidak dinyatakan identitinya itu baru-baru ini mendedahkan secara terperinci mengenai hubungannya selama dua tahun dengan bapanya dalam wawancara dengan Science of Us, bermula dari detik mereka jatuh cinta dan pertama kali melakukan seks hinggalah rancangan masa depan mereka.
Satu daripada rancangan itu yang pasti berlaku ialah kedua-duanya akan mempunyai anak.
Remaja yang berasal dari wilayah Great Lakes itu bertemu semula bapanya ketika berusia 16 tahun, selepas 12 tahun berpisah.
Dia dilahirkan selepas bapa dan ibunya mengadakan seks selepas satu majlis tarian, dan sejak itu dibesarkan oleh ibunya.
Bapanya menjejakinya menerusi Facebook ketika dia masih bersekolah dan selepas bertemu buat pertama kali, dia tinggal bersama bapanya selama seminggu.
Hubungan mereka bertambah erat dan pada minggu itu juga, mereka mengadakan seks buat kali pertama.
Ayah dan anak itu tidak menyembunyikan hubungan mereka, malah ramai yang rapat dengan mereka mengetahui hubungan itu.
“Keluarga sebelah ibu saya melihat kami sebagai bapa dan anak. Mereka mengetahui dia bapa saya dan tahu kami sudah bertunang, termasuklah datuk dan nenek saya.
“Mereka dapat melihat kami bahagia bersama dan tidak sabar untuk melihat kami mempunyai anak. Mereka melayan kami sama seperti pasangan lain,” katanya.
Majlis perkahwinan sudah dirancang dan gadis berkenaan bercadang memberitahu ibunya selepas mereka berpindah ke New Jersey.
“Kami merancang berpindah ke New Jersey kerana di sana tidak ada undang-undang melarang perkahwinan hubungan anak dan bapa.
Sebaik tiba di sana, saya akan memberitahu ibu saya bahawa kami bercinta dan akan mempunyai anak. Jika dia berminat untuk melihat cucunya, kami akan mengirimkan wang dan dia boleh datang melawat kami,” katanya.

Sumber dari: Metro

Akhirnya terjawab jua juara bagi AJL 29 2014 yang telah menobatkan Hip Hop dari  Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar ( tanya khabar s...


Akhirnya terjawab jua juara bagi AJL 29 2014 yang telah menobatkan Hip Hop dari Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar ( tanya khabar si Malique kot ) sebagai juara. 
Tapi yang agak menariknya di AJL 29 kali ini dengan kelainan persembahan MOJO yang menggunakan Azmi Saat dari Caliph Buskers sebagai vokalis didalam persembahan tersebut. 

Pelik?? Mana vokalis asal? ada masalah ke? Apa pun yang paling aku tertarik dari nada suara Azmi itu sendiri menyanyikan lagu Romancinta. Meremang bulu roma aku mendengarnya. Apa pun Tahniah kepada Mojo sebagai perembahan terbaik yang mungkin kerana bantuan dari geng Caliph Buskers




Anugerah Juara Lagu ke 29 yang telah berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari 2015 jam 9.00 malam ini telah disiarkan secara langsung di TV3. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada kali ini yang akan bersaing merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 29. Antara 12 finalis yang bertanding adalah seperti berikut:

1. Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
2. Hazama – Malaikat
3. Yuna – Lelaki
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
6. Hafiz – Matahari
7. Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
8. Indah Ruhaila – Percayalah
9. Stacy – Gilalah
10. Mojo – Romancinta
11. Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
12. Shila Amzah – Masih Aku Cinta

Satu pergaduhan kecil di  KFC Jalan Raja Laut Kuala Lumpur telah berjaya dirakam oleh pelanggannya. Video yang berdurasi 36 saat ini s...




Satu pergaduhan kecil di KFC Jalan Raja Laut Kuala Lumpur telah berjaya dirakam oleh pelanggannya. Video yang berdurasi 36 saat ini sudah menjadi viral di media internet. Kita semua tahu pekerja-pekerja di mana-mana Restoran Fast Food ini terdiri daripada golongan remaja. Ada di antara mereka lepasan SPM atau STPM yang meluangkan masa untuk berkerja sebelum ke IPT dan mereka ini tidak akan tetap bekerja disitu hingga ke tua. So bila dikatakan masih remaja faham-faham sahajalah sifat darah muda ni. Sepatutnya meleraikan pergaduhan bukan dihantar satu tendangan flying kick.


Quote:
Rakaman Video Pekerja KFC Bergaduh Jadi Viral

PETALING JAYA: Rakaman video pergaduhan dua pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi viral di laman sosial.

Berdasarkan status yang dipaparkan di laman rasmi Facebook kumpulan rangkaian makanan segera itu,  mereka bergaduh mengenai masalah peribadi.

Status di laman itu juga menjelaskan pergaduhan itu berlaku di antara adik beradik.

Timbalan Kanan Presiden KFC, MJ Ling berkata, siasatan dalaman masih dilakukan.

Ling menulis, pihak syarikat telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar insiden ini berlaku.

"KFC menjalankan latihan terperinci kepada kakitangan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika  bekerja, namun ia gagal dielakkan.

"Kami akan memperbaiki program yang ada bagi mengelak kejadian sama berulang lagi," jelas Ling.

Rakaman video berdurasi 36 saat itu dirakam oleh pelanggan ketika menunggu giliran untuk membuat pesanan di KFC Jalan Raja Laut.

Pergaduhan menunjukkan pekerja wanita memulakan pergaduhan dengan seorang  budak penghantar (delivery boy).

Dalam masa sama, seorang lagi pekerja lelaki muncul memberi  'flying kick' kepada budak penghantar itu, manakala seorang lagi pekerja lelaki cuma menenangkan keadaan.

Rakaman video berakhir apabila mereka yang terlibat bergerak ke bahagian dapur, kemungkinan untuk mengelakkan lebih banyak perhatian daripada pelanggan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik pada petang Sabtu telah ditonton sebanyak 3,713 kali.
Sumber dari: mstar

Terdapat 1,108 kekosongan jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Januari 2015. Permohonan adalah dip...



Terdapat 1,108 kekosongan jawatan kosong kerajaan terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Januari 2015. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkelulusan SPM sebagai:

1. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
3. Pegawai Bomba KB17
4. Pembantu Tadbir (Undang-undang) L17
5. Jurubahsa L17

Tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2015
Lokasi: Seluruh Malaysia
Sektor: Kerajaan







Apabila lagu latar game Contra dihasilkan dalam bentuk Acapella hanya dari nada suara Smooth McGroove. Aku sendiri amat tertarik apab...





Apabila lagu latar game Contra dihasilkan dalam bentuk Acapella hanya dari nada suara Smooth McGroove. Aku sendiri amat tertarik apabila lagu ini dihasilkan dari pelbagai jenis bunyi yang keluar dari mulut mamat Smooth McGroove. Perghh kalau dilihat hasil persembahan Acapellanya yang di muat naik ke Youtube telah melebihi 1juta view. Antara lagu yang dihasilkan ke bentuk Acapella kebanyakan terdiri daripada lagu-lagu Video game lama jenis 8-Bit ke 32-Bit.

Kalau korang nak tahu sebelum adanya Counter Strike, Metal Gear Solid, Half Life, COD..Game Contra ni lah yang aku main tika zaman kanak-kanak dulu.

Video clipnya yang sudah tidak wujud di youtube...layanzz



Video clipnya yang sudah tidak wujud di youtube...layanzz

Yahudi mabok manalah yang  meracun fikiran mereka semua ni. Kebanyakkan mereka ada Nur dan Mohd pada nama masing-masing yang semestiny...


Yahudi mabok manalah yang  meracun fikiran mereka semua ni. Kebanyakkan mereka ada Nur dan Mohd pada nama masing-masing yang semestinya buat malu kaum sendiri. Sudah pasti kegiatan mereka ini sudah lama berlaku yang sudah pasti gadis-gadis dari IPT menjadi pilihan. Mereka ini adalah diantara yang baru keluar kampung, bebas dari pandangan orang tua dan menerima kejutan budaya di tempat mereka belejar. Malam yang boring apa lagi sudah ditunggu oleh abang-abang yang sudi membawa keluar. Kes macam ini dah biasa di kawasan bandar. Biasanya dikalangan pelajar atau minah-minah kilang dari kampung.



Quote:
Dadah: 7 lelaki, 5 gadis mengaku tidak bersalah

KLANG 16 Jan. – Seramai tujuh lelaki dan lima wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki dadah dan air ketum ketika menyertai satu pesta seks di sebuah hotel, Ahad lalu.
Kesemua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 31 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mariam Maran Abdullah @ Lusia Muda Maran.
Mereka yang dituduh ialah Nur Amaliena Shahrul, 20, Zahrotul Jannah Victor, 20, Nur Amielda Ilyna Hanip, 20, Azlina Mat Hassan, 22, Mohd. Zul A’rfi Elias, 22, Mohammad Khaibun Naim Zubair, 23, dan Muhammad Fikree Kaharuddin, 23.
Yang turut didakwa ialah Muhammad Zhafran Abdul Malik, 24, Nurul Amyra Yemsi, 25, Nur Muhammad Raihan Abdullah Sani, 25, Muhammad Hanief Jaafar, 28, Abdul Halim Meor Cik @ Meor Ibrahim, 29, dan Nor Ariffin Jailani, 31.
Kebanyakan daripada mereka merupakan penuntut institusi pe­ngajian tinggi awam (IPTA).
Bagi tiga pertuduhan pertama, kesemua tertuduh didakwa memiliki dadah jenis ketamin seberat 0.68 gram (g), pil eramin (0.75 g), dan pil ekstasi (5.01 g).
Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan keempat, me­reka didakwa memiliki satu botol air mineral lima liter berisi cecair disyaki air ketum.
Bagi pertuduhan ini, dakwaan dibuat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Kesemua perbuatan tersebut di­dakwa dilakukan pada pukul 3 pagi, 11 Januari lalu di bilik nombor 201, Hotel Histana, Jalan Batu Tiga Lama, di sini. Kes disebut semula 25 Februari.

Sumber dari: Utusan