PEGAWAI syarak menyoal pasangan yang dipercayai bersekedudukan di sebuah rumah sewa di Durian Tunggal. Ada suami dan 3 orang anak sangg...

Wanita Tinggalkan Suami Dan 3 Anak Dicekup Bersekedudukan Dengan Kekasih

PEGAWAI syarak menyoal pasangan yang dipercayai bersekedudukan di sebuah rumah sewa di Durian Tunggal.

Ada suami dan 3 orang anak sanggup ditinggalkan ikut lelaki lain. Ape jenis Isteri dan Ibu yang sampai sanggup tinggalkan keluarganya sendiri untuk menagih kasih dengan lelaki lain. Runtuh akhlak, tiada moral, tiada maruah dan sungguh 'bitches' kalau wanita tu berperangai sedemikian. Tapi ada kemungkinan jugak kena ayat power dari lelaki yang baru dikenali. Baru dikenali dari mana? kena ayat macam mana? Zaman teknologikan dah moden. Menghubungkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. So ada wassap, wechat, fb dan sebagainya.

Penat sang suami kerja cari duit belikan smart phone untuk si isteri tanda kasih sayang. Tapi digukan untuk berkenalan dengan lelaki lain pulak. Ada kemungkinan juga ceritanya sebegini.

Seorang wanita suka bila diambil berat, dan selalu ditanya khabar lebih-lebih lagi dalam keadaan kesunyian. So kalau dapat kenal jantan lain ada ayat power memang cair la seorang wanita itu.



Quote:
Tinggal suami ikut kekasih

Alor Gajah: Seorang wanita berstatus isteri orang yang lari dari rumah sejak empat bulan lalu akhirnya ditemui apabila dicekup bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya dalam sebuah rumah di Durian Tunggal, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita berusia 23 tahun dari Gemas, Negeri Sembilan tidak bekerja dan mempunyai tiga anak dipercayai tinggal bersama seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah rumah yang baru disewa minggu lalu.
Bagaimanapun, hubungan terlarang pasangan yang mendakwa suami isteri itu dihidu pegawai syarak, anggota polis serta penduduk di taman perumahan terbabit.
Sumber berkata, wanita berkenaan meninggalkan suaminya yang berusia 36 tahun serta tiga anak berusia antara setahun hingga tujuh tahun pada pertengahan Oktober tahun lalu dipercayai keluar sehelai sepinggang kerana mengikut teman lelaki.
Wanita terbabit dipercayai terpengaruh dengan pujuk rayu teman lelaki yang baru dikenali dengan menyewa rumah di beberapa tempat sepanjang menghilangkan diri sebelum mereka tinggal di taman perumahan berkenaan.

Sumber dari: