Akhirnya terjawab jua juara bagi AJL 29 2014 yang telah menobatkan Hip Hop dari  Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar ( tanya khabar s...

Siaran Ulangan Anugerah Juara Lagu ke-29 2015


Akhirnya terjawab jua juara bagi AJL 29 2014 yang telah menobatkan Hip Hop dari Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar ( tanya khabar si Malique kot ) sebagai juara. 
Tapi yang agak menariknya di AJL 29 kali ini dengan kelainan persembahan MOJO yang menggunakan Azmi Saat dari Caliph Buskers sebagai vokalis didalam persembahan tersebut. 

Pelik?? Mana vokalis asal? ada masalah ke? Apa pun yang paling aku tertarik dari nada suara Azmi itu sendiri menyanyikan lagu Romancinta. Meremang bulu roma aku mendengarnya. Apa pun Tahniah kepada Mojo sebagai perembahan terbaik yang mungkin kerana bantuan dari geng Caliph Buskers




Anugerah Juara Lagu ke 29 yang telah berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari 2015 jam 9.00 malam ini telah disiarkan secara langsung di TV3. Sebanyak 12 lagu dipertandingkan pada kali ini yang akan bersaing merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 29. Antara 12 finalis yang bertanding adalah seperti berikut:

1. Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
2. Hazama – Malaikat
3. Yuna – Lelaki
4. Alyah – Sesal Separuh Nyawa
5. Bunkface dan Amy Search – Rentak Laguku
6. Hafiz – Matahari
7. Dato Hattan dan Waris – Gadis Jolobu
8. Indah Ruhaila – Percayalah
9. Stacy – Gilalah
10. Mojo – Romancinta
11. Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
12. Shila Amzah – Masih Aku Cinta