Satu pergaduhan kecil di  KFC Jalan Raja Laut Kuala Lumpur telah berjaya dirakam oleh pelanggannya. Video yang berdurasi 36 saat ini s...

Video Pergaduhan Pekerja KFC




Satu pergaduhan kecil di KFC Jalan Raja Laut Kuala Lumpur telah berjaya dirakam oleh pelanggannya. Video yang berdurasi 36 saat ini sudah menjadi viral di media internet. Kita semua tahu pekerja-pekerja di mana-mana Restoran Fast Food ini terdiri daripada golongan remaja. Ada di antara mereka lepasan SPM atau STPM yang meluangkan masa untuk berkerja sebelum ke IPT dan mereka ini tidak akan tetap bekerja disitu hingga ke tua. So bila dikatakan masih remaja faham-faham sahajalah sifat darah muda ni. Sepatutnya meleraikan pergaduhan bukan dihantar satu tendangan flying kick.


Quote:
Rakaman Video Pekerja KFC Bergaduh Jadi Viral

PETALING JAYA: Rakaman video pergaduhan dua pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi viral di laman sosial.

Berdasarkan status yang dipaparkan di laman rasmi Facebook kumpulan rangkaian makanan segera itu,  mereka bergaduh mengenai masalah peribadi.

Status di laman itu juga menjelaskan pergaduhan itu berlaku di antara adik beradik.

Timbalan Kanan Presiden KFC, MJ Ling berkata, siasatan dalaman masih dilakukan.

Ling menulis, pihak syarikat telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar insiden ini berlaku.

"KFC menjalankan latihan terperinci kepada kakitangan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika  bekerja, namun ia gagal dielakkan.

"Kami akan memperbaiki program yang ada bagi mengelak kejadian sama berulang lagi," jelas Ling.

Rakaman video berdurasi 36 saat itu dirakam oleh pelanggan ketika menunggu giliran untuk membuat pesanan di KFC Jalan Raja Laut.

Pergaduhan menunjukkan pekerja wanita memulakan pergaduhan dengan seorang  budak penghantar (delivery boy).

Dalam masa sama, seorang lagi pekerja lelaki muncul memberi  'flying kick' kepada budak penghantar itu, manakala seorang lagi pekerja lelaki cuma menenangkan keadaan.

Rakaman video berakhir apabila mereka yang terlibat bergerak ke bahagian dapur, kemungkinan untuk mengelakkan lebih banyak perhatian daripada pelanggan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik pada petang Sabtu telah ditonton sebanyak 3,713 kali.
Sumber dari: mstar