Baru beberapa hari aku di luar negara mendapat khabar berita yang menyayat hati. Sebelum itu, Takziah kepada keluarga mangsa atas peme...

Pelajar UiTM Mati Dikelar Kekasih Gila

 

Baru beberapa hari aku di luar negara mendapat khabar berita yang menyayat hati. Sebelum itu, Takziah kepada keluarga mangsa atas pemergian Nursyuhada Johari, 20 pelajar UiTM Pulau Pinang. Hati orang tua mana yang tidak sedih mengharapkan anaknya berjaya di menara gading berakhir dengan sedemikian rupa. 

Mungkin percintaan mereka berdua mengalami masalah akibat teman lelaki ada masalah mental. Kita pun tak tahu masalah mental tu disebabkan apa? Kalau bukan mental sudah tentu lelaki tersebut mungkin akan terus melarikan diri dan bukanya berpatah balik. Maklumlah sekarang ini ramai orang yang kantoi ujian air kencing. Zaman sekarang banyak kes orang dah terlebih "dose" memberi kesan halusinasi dan akan hilang pertimabangan akal. Ketagih bahan terlarang sudah pasti amat sukar untuk diatasi

So nasihat aku kepada perempuan yang sudah berpasangan dan hangat bercinta sila selidik teman lelaki anda sendiri. Semoga anda semua mendapat pasangan yang waras hendaknya.



Quote:
IPOH 2 Feb. - Seorang pelajar perempuan institusi pengajian tinggi awam di Pulau Pinang maut akibat dikelar teman lelakinya di dalam kereta di Kilometer 228.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Bukit Gantang hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintenden Ismail Che Isa berkata, kejadian pada kira-kira pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku selepas pasangan itu bertengkar.
Menurut beliau, polis telah menahan suspek yang berusia 25 tahun.
"Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar namun disahkan meninggal dunia pada pukul 2 petang ini.
"Siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah mental. Polis turut menjumpai sebilah pisau lipat yang dibuang di bawah bukit di tepi lebuh raya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - 
Sumber dari: Utusan