Selepas kehangatan filem Avengers: End Game yang mendapat sambutan penonton yang sangat tinggi kini mucul satu lagi file yang ditu...

John Wick: Chapter 3 – Parabellum







Selepas kehangatan filem Avengers: End Game yang mendapat sambutan penonton yang sangat tinggi kini mucul satu lagi file yang ditunggu-tunggu oleh peminat dari awal filem tersebut John Wick: Chapter 3 – Parabellum. John Wick (Keanu Reeves, mengenakan janggut dan coat hitam yang sangat segak dan kalis peluru) sangat popular di dalam komuniti pembunuh upahan. Memang kalau cerita pembunuhan upahan yang seumpanya sudah pasti berunsur keganasan. Memang terlalu ganas dan tidak sesuai pada kanak-kanak. Ini kerana adegan-adegan aksi dari filem tersebut dari awal hingga akhir tidak putus dengan aksi tembak-menembak, pertarungan, pergaduhan dan pembunuhan.

Dari filem bab 1 hingglah bab 3 aksi-aksi yang dilakukan oleh Jon Wick dalam menangani musuh itu sendiri adalah melebihi kemampuan manusia biasa dan secara realitinya teknik pertarungan boleh diterima akal. Bagi peminat-peminat filem aksi sudah tentu mereka mahukan aksi, pertaruangan , perlawanan seperti ini dan tidak melampaui aksi-aksi dari filem tamil atau hindustan yang tidak boleh diterima akal.

Bagaimana boleh dikatakan lebih realistik adalah cara-cara lakonan aksi itu sendiri menggunakan seni mempertahankan diri yang betul-betul dipelajari oleh watak-watak dalam file tersebut. Bahkan semua pelakon-pelakon telah mahir teknik memegang senjata dan cara menggunakannya. Meraka semua sudah dilatih oleh golongan profesional bagi menjayakan filem ini.


John Wick: Chapter 3 – Parabellum adalah dari bab 2 sebelum ini di mana John telah melanggar satu-satunya polisi penting dalam komuniti pembunuh upahan. Maka arahan "excommunicado" telah diberikan oleh ketua cawangan New York yang terpaksa akur dengan arahan dari pihak atasan majlis-majlis kongi gelap sedunia (High Table). Mana tidaknya ganjaran nyawa John Wick adalah sebanyak $14juta USD. Sudah tentu seleuruh organisasi pembunuh upahan mahukan jumlah wang yang besar itu demi hanya untuk satu nyawa.

Memang betul-betul mahal ganjaran yang diberikan untuk satu nyawa. Kalau di ikutkan bukan nyawa John Wick yang mahal sebenarnya. Nyawa anjing miliknya yang mati di bunuh dalam awal filem bab 1 lebih mahal dari nyawa manusia. Apa gila dendam John Wick ni??

0 comments:

Feel free write here..