Di khabarkan satu berita buruk yang telah melanda kawasan utara sekali lagi dilanda ribut yang sungguh kuat hingga menyebabkan kemusnaha...

Sg. Petani Diserang Ribut Puting Beliung


Di khabarkan satu berita buruk yang telah melanda kawasan utara sekali lagi dilanda ribut yang sungguh kuat hingga menyebabkan kemusnahan yang banyak pada harta benda penduduk disana. Aku sendiri sangat simpati dengan keadaan mereka disana.
Dalam keadaan negara yang sedang berlaku kegawatan dengan kejatuhan ekonomi dan matawang semakin ramai insan-insan yang teraniaya kehilangan pekerjaan lagi ditambah musibah dengan kerosakan pada harta benda mereka.
Harap pada mereka yang dermawan dapat menghulurkan bantuan pada insan yang memerlukan.

Quote:
Keadaan bumbung di Flet Paya Nahu yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut, petang tadi. FOTO ihsan pembaca 

Sungai Petani: Kira-kira enam rumah di tingkat empat Flet Paya Nahu, di sini, 'hilang' bumbung apabila diterbangkan ribut dalam kejadian yang turut merosakkan 100 rumah lain dan puluhan pokok tumbang sekitar kawasan Sungai Petani dan Merbok, di sini, petang tadi.

Mangsa, Mohd Suhairi Abdullah, 40, berkata, kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika dia bersama isteri dan dua anak mereka berehat di ruang tamu.

Menurutnya, tiba-tiba mereka terdengar bunyi deruman seperti helikopter terbang rendah lalu dia keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat pusaran angin menuju ke rumah lalu bergegas masuk ke dalam untuk memanggil isteri serta dua anak agar duduk berkumpul di tempat selamat.

"Beberapa saat kemudian sebahagian bumbung rumah saya mula diterbangkan angin dan ketika itu hujan lebat. Akibat terlalu takut, saya dan isteri serta dua anak hanya mampu berpelukan sambil melaungkan azan.

"Kami bernasib baik kerana hanya sebahagian bumbung diterbangkan angin, tetapi semua barangan di dalam rumah basah akibat air hujan," katanya.

Difahamkan, akibat kejadian itu, 12 keluarga yang tinggal di tingkat empat terpaksa dipindahkan sementara ke surau flet berkenaan akibat sebahagian besar bumbung diterbangkan ribut.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan akibat ribut itu.
Sumber dari: Metro