Aku masih tertanya-tanya mengapa tahun ini rakyat malaysia bertubi-tubi terpaksa dibebani pelbagai kenaikan dari kerajaan? Seperti sud...

Tol Naik, Janji Dicapati Lagi


Aku masih tertanya-tanya mengapa tahun ini rakyat malaysia bertubi-tubi terpaksa dibebani pelbagai kenaikan dari kerajaan? Seperti sudah menjadi kelaziman pulak kalau asik mendengar harga minyak naik..rakyat naik minyak, harga barang naik..rakyat naik berang, tol naik..jangan pulak sampai rakyat terpaksa baling botol (molotov). Tidak cukupkah lagi perjuangan rakyat membayar cukai setiap masa. sudahlah cukai pendapatan dikenakan hingga 26% setahun , kini rakyat dipaksa membantu kerajaan dengan GST. Masih tidak cukupkah lagi bantuan dari rakyat? Apakah negara Malaysia mengalami krisis ekonomi yang teruk?


Bukankah kerajaan telah perangkakan pelbagai pelan bajet setiap tahun? Apa lagi yang tidak kena sehingga terpaksa membayar pampasan lah, melunaskan hutang lah, bla..bla..bla.. tapi at the end orang lain yang terkena. Bukankah pemerintah dan pak-pak menteri semuanya dikatakan bijak pandai mampu melaksankan pengurusan negara dengan baik dan bijaksana. Tapi apa dah jadi sekarang, rakyat pula dipaksa berbelanja berlebihan dan ada banyak golongan menghadapai kesusahan menyimpan wang.

Jika taraf hidup meningkat sudah tentu akan memperi impak kepada peniaga dan pelabur yang sudah tertentu terpaksa membayar kos pekerja tempatan dengan jumlah yang tinggi. Dan peluang pekerjaan untuk warga tempatan sudah tentu terjejas kerana demand gaji pekerja warga tempatan yang tinggi. Lepas itu dibawa masuk berjuta pendatang yang gajinya murah bagi mengisi kekosongan pekerjaan di Malaysia. 

Kerajaan menggalakkan membeli barangan tempatan dari barangan import. Kalau sudah berjuta-juta dibawa masuk pendatang bukankah namanya seperti barangan import. Pengaliran Ringgit Malaysia yang banyak dibawa keluar sudah tentu memberi kesan kejatuhan nilai ringgit. Maka akan berlakulah kitaran kenaikan kos pada harga minyak , harga barang-barang yang diimport dan sebagainya kerana perbezaan nilai matawang yang tinggi.

Kalau ini berterusan sudah tentu pelabur asing tidak lagi berminat untuk meneruskan perniagaan di Malaysia. Sekarang pun boleh dilihat banyak syarikat-syarikat besar telah beralih arah ke negara-negara yang kos sara hidup rakyatnya yang rendah. Antaranya ialah Indonesia, China, Vietnam, Thailand dan Filipina.

Ingatlah, kemajuan sesebuah negara yang dicapai bukan sekadar jalan rayanya bertol yang luas, mempunyai banyak pencakar langit yang besar lagi tinggi atau tempat beribadat yang menelan belanja ratusan juta , tetapi apa yang penting ialah kos sara hidup rakyat yang rendah adalah bukti sesebuah negara itu maju.



Quote:
Tangguh naik tol, kerajaan kena bayar RM1.08b

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menyampaikan sijil 'The Malaysia Book of Records' kepada Pengarah Kerja Raya Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad selepas melawat Jambatan Batu 6 yang dinobatkan sebagai Jambatan Konkrit Satu Rentang Yang Terpanjang di Malaysia menggunakan 'Ultra High Performance Cencrete'. - Foto Bernama

GERIK - Kerajaan dijangka membayar sebanyak RM1.08 bilion dalam bentuk pampasan kepada 23 syarikat konsesi membabitkan 30 lebuh raya seluruh negara sekiranya tiada kenaikan kadar tol, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM580 juta kepada syarikat konsesi ketika ini, jika kadar tol tidak dinaikkan.
    
"Bayangkan jika kadar tol meningkat, wang ini (pampasan) boleh digunakan untuk tujuan lain seperti membina jalan raya, sekolah serta hospital yang masih memerlukan pembangunan.
    
"Adakah kerajaan mampu untuk membayar pampasan? Itulah yang perlu diambil kira. Jika kami membenarkan kenaikan tol, kami juga perlu mengambil kira kepentingan rakyat yang tidak mahu kenaikan itu dilaksanakan," katanya.
    
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Kelantan di sini, hari ini.
    
Fadillah berkata, kenaikan kadar tol tidak dilaksanakan sejak 2008 dan syarikat konsesi telah mencadangkan supaya kenaikan bayaran kadar tol dikaji semula.

"Syarikat konsesi layak meminta kenaikan kadar tol, ada yang perlu dikaji semula setiap tiga tahun, ada yang lima tahun dan ada yang tujuh tahun.
    
"Kerajaan masih boleh mengimbangkan dan masih boleh membayar pampasan kepada syarikat konsesi dan untuk itu juga sebarang kenaikan kadar tol memerlukan inisiatif tertentu supaya rakyat tidak terasa beban," katanya.
    
Sehubungan itu, banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum membenarkan kadar kenaikan itu bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.
    
Beliau berkata kenaikan kadar tol perlu dipertimbangkan kerana ia membabitkan kepentingan banyak pihak termasuk pelabur dan pemberi pinjaman kerana ia turut memberi kesan terhadap keyakinan pelabur. - Bernama
Sumber dari: Sinar