Satu rakaman aksi sebuah kereta Toyota Vios yang mencuba membolos sekatan Polis. Memang nampak gayanya pemandu kereta Toyota Vios itu ...

Video Toyota Vios Rempuh Kereta Lari Dari Polis


Satu rakaman aksi sebuah kereta Toyota Vios yang mencuba membolos sekatan Polis. Memang nampak gayanya pemandu kereta Toyota Vios itu seorang hati kering dan samseng jalan raya cuba melarikan diri dari sekatan polis meskipun telah di acu dengan pistol. Tak pasal-pasal sudah merosakkan kereta yang lain. Polis yang cuba menyekat kereta Toyota Vios sememangnya bertindak bijak tidak melepaskan tembakan kepada si penjenayah. Peluru itu tidak mengenal nyawa takut-takut terpantul kena pada orang lain.


Quote:
Sibu: Video seorang lelaki merempuh kereta pengguna jalan raya ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis dirakam orang awam berdekatan lampu isyarat di tengah bandar ini, hari ini.

Video berdurasi 29 saat mula menjadi viral dalam Facebook (FB) menunjukkan lelaki terbabit enggan memberhentikan Toyota Vios berwarna putih walaupun diarahkan dua anggota polis.

Lelaki terbabit kemudian memecut dan merempuh kereta yang berhenti di simpang lampu isyarat sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Kamal Kordi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, maklumat lengkap akan diperolehi dan usaha memburu lelaki terbabit giat dijalankan.
Sumber dari: Metro