Sudahlah ditebuk tupai, kena pulak baham buaya. Itulah nasib seorang wanita yang cuba menyembunyikan kehilangan daranya daripada penge...

Takut Tunang Tahu Tiada Dara, Wanita Dirogol Bomoh Pulih Dara


Sudahlah ditebuk tupai, kena pulak baham buaya. Itulah nasib seorang wanita yang cuba menyembunyikan kehilangan daranya daripada pengetahuan tunangnya. Sifat yang tidak jujur si wanita cuba mencari ikhtihar dengan menggunakan khidmat bomoh yang dipercayainya mampu memulihkan daranya kembali.

Daripada petikan berita tidak diberitahu wanita tersebut pegangan agama mana. Tak kira dari mana agama pun yang pastinya otak wanita tersebut macam letak kat lutut. Syarat bomoh tersebut senang-senang jer dipatuhi seperti wanita itu sendiri mempunyai masalah gila seks. 

Apa tidaknya mula-mula suruh hantar video lagi. Sumber berita mengatakan wanita merakamkan aksi ghairahnya 10 kali..bukan 1 atau 2 atau pun 3..10 kali beb!

Cubalah jujur pada pasangan anda. Walau hilang dara sekali pun bagitahu sahaja. Tak perlu berselindung. Ada hikmahnya mengapa tuhan menciptakan dara itu. Tidak semestinya mereka yang hilang dara itu jahat atau nakal selamanya. Banyak sebab mengapa dara itu hilang pada zaman sekarang. Ada kena rogol, naik nafsu melakukan maksiat, ada juga atlet yang melakukan regangan melampau lalu terkoyak dan banyak sebab-sebab yang lain yang belum tentu kita tahu.



Quote:
Bomoh rapes bride-to-be instead of restoring her virginity
PETALING JAYA: A bride-to-be was so worried that her fiancĂ© would reject her if he found out she was not a virgin that she sought a bomoh’s help to fix her hymen.

However, the 53-year-old bomoh decided to take advantage of her naivety instead.

He made the 22-year-old woman send explicit videos of herself to him and forced himself on her as part of the “healing ritual”.

Kajang OCPD Asst Comm Abdul Rashid Abdul Wahab said the woman, who works as a secretary, was engaged to be married this month.

On March 27, she sought help from the bomoh in Semenyih to “repair her hymen”.

“She was afraid that on their wedding night, her fiancĂ© would reject her if he found out she had already had sex before.

“The bomoh offered her three ways to heal her hymen,” ACP Abdul Rashid told reporters at the Kajang police headquarters yesterday.

“He said she could send him 10 explicit videos of herself, let him touch her body or let him have sex with her,” he said.

The woman chose the first option.

“She sent the bomoh three explicit videos of herself. However, she got tired of sending him the videos and settled for the second option.

“She met the suspect at about 7.20pm on April 16 at a shack near Broga Hill,” ACP Abdul Rashid said.

The woman initially assumed that the bomoh merely wanted to caress her.

“Instead, he forced himself on her,” he said, adding that she lodged a police report the same night.

The suspect was arrested the same day.

“Investigations revealed the victim had already lodged a report against the bomoh on March 27 – the day they met.

“She claimed the bomoh had put a spell on her by holding her hand, which made her feel naughty,” he said.

The bomoh has been remanded until today and is being investigated for rape.
Sumber dari:  TheStar


PETALING JAYA: Seorang bakal pengantin dirogol oleh seorang bomoh yang ditemui untuk membantu memulihkan daranya.

Wanita berusia 22 tahun itu bertemu dengan bomoh berkenaan kerana bimbang tunangnya mendapat tahu dirinya sudah tidak mempunyai dara lagi.

Sebaliknya, bomoh berusia 53 tahun itu mengambil kesempatan dengan bertindak merogol wanita tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mangsa merupakan seorang setiausaha dan bakal berkahwin pada bulan ini.

Pada 27 Mac lalu, mangsa pergi mendapatkan bantuan seorang bomoh di Semenyih bagi memulihkan daranya.

"Mangsa takut untuk berhadapan dengan malam pertamanya, sekiranya bakal suami enggan bersama apabila mengetahui dia pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

"Bomoh itu menawarkan tiga cara untuk memulihkan dara kepada mangsa," katanya kepada pemberita pada Isnin.

"Dia (bomoh) memberitahu kepada wanita tersebut boleh menghantar video aksi ghairahnya, menyentuh badannya atau melakukan hubungan seks," katanya.

Mangsa memilih cara yang pertama.

"Wanita itu mengirimkan tiga video kepada bomoh terbabit. Bagaimanapun, dia memilih cara kedua kerana tidak mahu mengirimkan lagi video berkenaan.

"Mangsa bertemu suspek pada kira-kira pukul 7.20 malam pada 16 April lalu di sebuah pondok dekat Bukit Broga," kata Abdul Rashid.

Mangsa pada mulanya beranggapan bomoh itu hanya mahu menyentuh badannya.

"Sebaliknya, bomoh itu merogolnya," katanya, sambil menambah mangsa membuat laporan polis pada malam yang sama kejadian berlaku.

Suspek turut ditahan pada hari yang sama.

"Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah membuat laporan polis mengenai bomoh itu pada 27 Mac lalu, pada hari mereka bertemu.

"Wanita itu mendakwa bomoh itu telah membacakan jampi sambil memegang tangannya yang membuatkan dia bernafsu," katanya.

Bomoh itu direman sehingga Selasa dan disiasat kerana merogol.
Sumber dari:  mstar