Adakah korang mahu menjana pendapatan secara sepenuh atau separuh masa? Adakah korang tertekan dengan perbelanjaan kehidupan korang? Masih tercari-cari bagaimana mahu mecari wang lebih? Korang ada kereta dan boleh memandu secara hemah? Boleh bertutur dalam bahasa omputih dan pandai menggunakan applikasi pintar dengan Smartphone? Tahu selok belok jalan di Malaysia ni? Celik IT dan mempunyai modal sedikit? Sihat tubuh badan?
Kalau korang lengkap dengan spesifikasi yang aku tanyakan sudah tentu korang layak untuk menjadi seorang pemandu professional bagi mereka yang belum ada pengalaman. Kalau yang dah ada pengalaman jadi pemandu tu lain lah cerita. Sudah tentu yang berpengalaman sudah tahu macam mana mahu cari pelanggan.
Bagi mereka yang belum ada pengalaman untuk mencari pelanggan/ penumpang ada baiknya korang daftar disini > https://www.uber.com/driver-referral/uberx
Apa itu Uber? Anggap diri korang itu sebagai pelanggan yang mahu mencari pemandu untuk ke satu destinasi.
Uber adalah aplikasi telefon pintar bagi menghubungkan pemandu peribadi korang di lebih daripada 40 buah negara. Meminta perjalanan menggunakan aplikasi Uber dan dijemput dalam beberapa minit. Hanya permintaan secara terus tanpa perkhidmatan tempahan dan tidak menunggu dalam barisan teksi.
Bandingkan kadar bagi pilihan Uber yang berbeza dan mendapatkan sebut harga tambang dalam app. Boleh dibayar melalui akaun Google Wallet atau PayPal, atau menambah kad kredit ke akaun Uber korang dengan selamat supaya korang tidak memerlukan wang tunai di tangan.
Mudah menetapkan lokasi pick up korang pada peta, walaupun korang tidak tahu alamat yang tepat. Dapatkan disambungkan kepada pemandu peribadi korang dan memeriksa ketibaan pemandu Uber korang pada bila-bila masa. Duduk belakang, berehat, dan ke mana-mana yang korang mahu. Kami akan menghantar e-mel resit apabila korang tiba di destinasi korang. Satu cara yang baru dan moden untuk perjalanan adalah di hujung jari korang.
So sekarang korang faham bukan amat mudahnya dengan teknologi canggih ini mendekatkan dan menghubungkan pemandu dengan pelanggannya melalui telefon pintar.
Kalau korang semua dah paham apa lagi daftarlah kalau teringin nak jadi pemandu sangat. Boleh dapat duit tambahan sikit betul tak?
Buat masa ini populasi pemandu Uber banyak tertumpu di KL dan KLIA. Masih belum ada lagi di kawasan-kawasan yang lain.
Harga pun lebih kurang dengan teksi bermeter malah lebih murah lagi.
Idea yang aku tulis di atas hanyalah suatu kemungkinan yang boleh dilakukan. Dengan realiti kita tak tahu apa halangan yang bakal menimpa jika ada antara korang teringin untuk mencuba.
Korang kena faham dan kaji dahulu sebelum lakukan sesuatu kerana applikasi ini telah popular di luar negara dan telah banyak membantu pemandu yang tidak berdaftar dengan jabatan pengangkutan. Boleh dikatakan pemandu Uber ini sama seperti Prebet Sapu atau pemandu teksi haram.
Di Malaysia pun pemandu-pemandu teksi sudah mula bertindak untuk menyekat modus operandi Uber nih. So kalau korang betul-betul mahu mencuba, di persilakanlah..sediri cari makan sendiri tanggunglah dengan undang-undang dunia
Quote:
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini digesa mengambil tindakan terhadap syarikat perkhidmatan pengangkutan antarabangsa, Uber, yang beroperasi menerusi hubungan secara atas talian di negara ini hingga menjejas pendapatan ratusan pemandu teksi tempatan, khususnya di Lembah Klang.
Menggesa demikian, Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN) berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menangani isu itu.
Timbalan Presiden GABUNGAN, Datuk Mohd Alias Abdul berkata, "Syarikat ini bergerak licik kerana tidak mempunyai lesen perniagaan dan pejabat di Malaysia tetapi ia beroperasi di seluruh dunia secara online di internet dan menggunakan aplikasi telefon pintar.
"Yang membimbangkan perkhidmatan 'Uber' tidak mempunyai permit teksi yang dikeluarkan SPAD dan dipercayai pemandunya tidak mempunyai lesen memandu kenderaan awam (PSV).
"Ini membahayakan penumpang sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti kejadian jenayah dan kemalangan jalan raya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Perkhidmatan pengangkutan 'Uber' "dilancarkan" hanya menerusi online di https://www.uber.com/cities/kuala-lumpur pada tahun lepas untuk kawasan Lembah Klang.
Tinjauan Bernama mendapati Uber bukan sahaja menyediakan perkhidmatan menerusi telefon pintar tetapi juga akaun Facebook dan Twitter.
Uber mengenakan caj sebanyak RM2 untuk setiap kilometer, dengan caj permulaan RM7, serta caj minimum sebanyak RM13.
Antara destinasinya di Lembah Klang ialah Kuala Lumpur (KL) ke Putrajaya dikenakan caj (RM68), KL ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) (RM270 untuk perkhidmatan premium dan RM80 untuk perkhidmatan bajet) dan KL ke Genting Highlands, Pahang, RM150.
Jenis kereta digunakan bergantung sama ada pelanggan mahukan perkhidmatan premium atau bajet.
Mohd Alias berkata perkhidmatan pengangkutan Uber menjejas pendapatan pemandu teksi kerana Uber mengenakan kadar tambang agak rendah berdasarkan bacaan jarak perjalanan dan tempoh masa perkhidmatan.
Uber mampu berbuat demikian kerana ia tidak menanggung pelbagai kos seperti pemandu teksi lain termasuk untuk pemeriksaan berkala (dua kali setahun) terhadap teksi di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd (Puspakom), katanya.
Pengarah Eksekutif Sunlight Radio Taxi Service Sdn Bhd, Ab Jalil Maarof berkata setiap kenderaan teksi tempatan perlu mematuhi semua syarat perkhidmatan teksi yang ketat demi keselamatan penumpang.
"Pemandu teksi juga wajib mempunyai lesen PSV dikeluarkan JPJ," katanya.
Beliau mendakwa Perkhidmatan Uber menggunakan kereta persendirian yang tidak diperiksa oleh Puspakom dan pemandunya mungkin tidak terlatih dan ini membahayakan penumpang.
Setiausaha Kehormat Koperasi Pengangkutan Putrajaya dan Cyberjaya Berhad, Mohd Salleh Mat Zin berkata perkhidmatan Uber itu melantik beberapa syarikat tempatan bagi mengendalikan perkhidmatan untuk mereka.
"Hasil siasatan, kami dapati Uber menggunakan kenderaan persendirian bagi mengangkut penumpang," katanya.
Beliau berkata pengusaha teksi tempatan menanggung kos insurans teksi empat kali lebih besar dari kenderaan persendirian.
Ini untuk kepentingan penumpang jika berlaku kemalangan, katanya.
- BERNAMA
Sumber dari: bharian
Aku tulis artikel ini bukan apa, cuma mahu mengingatkan kepada pemandu-pemandu teksi bermeter yang terbaca artikel ini. Aku kerap keluar negara dan berulang dari KLIA ke rumah dan aku suka guna teksi bermeter dari Airport Limo. Sebabnya destinasi yang aku tuju itu hanyalah area Salak Tinggi. Kadar Airport Limo jenis proton Waja mengenakan kadar tetap walau pun tetap iaitu RM50 tapi teksi bermeter lebih murah lagi iaitu RM20. Tetapi itu jika seorang pemandu teksi bermeter yang jujur dan amanah menjalankan tugas.
Tak perlulah mengukur pemandu teksi itu dengan berjanggut berkopiah dan ada tasbih tersangkut di dalam kereta kerana kebanyakkannya pandai menutup meter dan mengenakan kadar mereka sendiri. Itu yang buat aku rasa sedih dengan sikap kejujuran dalam etika bekerja dan mancari rezeki. Patut atau tidak kadar sebenar tempat yang dekat RM20 itu diminta pula RM30. Aku hanya bayar sahaja tanpa merungut, tetapi dimana moral dan kejujurannya pemandu teksi tersebut.?? Ingatkan aku sorang sahaja yang terkena, rupa-rupanya rakan aku pun sama kena ketuk RM70 walhal di meter tertulis RM60.
So lebih baik Uber dari Teksi bermeter. Harga pun korang leh tahu sebelum naik.