Hari ini dalam sejarah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara gentlemannya memohon daripada Sultan Selangor untuk ...

Tan Sri Khalid Ibrahim Berhasrat Meletakkan Jawatan Sebagai MB Selangor


Hari ini dalam sejarah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara gentlemannya memohon daripada Sultan Selangor untuk berundur dari jawatan Menteri Besar demi menghentikan kemelut perebutan kuasa ini. Walau bagaimana pun Sultan meminta TSKI supaya  bertahan memegang jawatan MB Selangor sementara menunggu peganti baru. Sultan Selangor juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar untuk PR mengemukakan dari 1 calon kepada 3.




Korang faham tak apa maksudnya semua ini? Ini ada maksud tersirat dari Sultan.TSKI mahu letak jawatan tetapi dihalang Sulatan. Kemudian Sultan menitahkan supaya PR hantar 3 calon MB. Siapakah orang ke-3 yang bakal di calonkan PR?. Terpaksa parti PKR, PAS dan DAP mencari nama lain untuk melengkapkan syarat. PKR pasti akan bermesyuarat, PAS pula akan bermuzakarah dan DAP akan bersidang. Bertambah lagi masa untuk menentukan satu lagi calon. Sebelum ini kita tahu nama yang naik ialah Wan Azizah dan Azmin Ali.


Nampak bukan Sultan sayang TSKI sebagai MB Selangor tetapi tidak mahu memilih Wan Azizah sebagai calon tunggal dari PR. Selepas ini siapa yang akan dijadikan calon ke-3? Apakah mungkin calon ke-3 yang akan di pilih? Harap calon itu dikalangan anak jati Selangor. Aku doakan semoga TSKI dapat bertahan dan dipertahankan oleh Sultan Selangor.


Quote:
Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan itu sehingga penggantinya dilantik.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya. 
Sumber dari: Mkini