Sebuah pesawat penerbangan domestik ATR60 milik Malindo Air telah terkandas penerbangannya selama 6 jam selepas menerima laporan dari ...

Penerbangan ke Pulau Pinang Terkandas 6 Jam Dikuatiri Ada Bom


Sebuah pesawat penerbangan domestik ATR60 milik Malindo Air telah terkandas penerbangannya selama 6 jam selepas menerima laporan dari anak kapal tersebut. Pesawat tersebut mahu memulakan perjalanan dari Subang ke Pulau Pinang telah dihalang oleh pasukan keselamat bagi mengenal pasti bom yang di maksudkan.


Quote:
Subang: “Kenapa nak periksa lagi beg aku...bukan ada bom.” Itu kata-kata seorang penumpang pesawat Malindo Air OD1158 yang menyebabkan penerbangan ke Pulau Pinang itu tertunda hampir enam jam di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, semalam.

Difahamkan, pesawat ATR60 itu sepatutnya berlepas jam 3.40 petang, namun ditunda selepas juruterbang memaklumkan perkara itu kepada menara kawalan selepas menerima aduan anak kapal.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kejadian itu berlaku ketika seorang pramugari melakukan pemeriksaan kedua ke atas penumpang.

“Ia prosedur biasa apabila penumpang melepasi pintu masuk, pramugari membuat pemeriksaan pas.

“Bagaimanapun seorang penumpang tidak berpuas hati dan berpendapat pemeriksaan tidak perlu dilakukan berulang kali kerana mereka bukan membawa bom,” katanya dalam sidang media, semalam.

Azmi berkata, perkataan ‘bom’ adalah sensitif terutama membabitkan pesawat yang akan berlepas dengan 37 penumpang termasuk seorang bayi.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) diarahkan melakukan pemeriksaan rapi ke atas pesawat, anak kapal dan semua penumpang.

“Semua penumpang dan anak kapal diarahkan turun dan masuk ke bilik khas, manakala pesawat berkenaan ditunda ke kawasan berasingan di lapangan terbang ini untuk pemeriksaan,” katanya.

Menurutnya operasi yang tamat jam 7.15 malam itu mengesahkan pesawat berkenaan selamat dan semua penumpang berlepas dengan pesawat lain jam 9.30 malam.

“Kami akan terus menjalankan siasatan mengikut Seksyen 70 (1) Peraturan Penerbangan Awam dan setakat ini butiran lengkap semua penumpang sudah diperoleh untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Malindo Air dalam kenyataannya mengesahkan kejadian itu dan berkata ia prosedur biasa yang dilakukan semua penerbangan sekiranya terdapat aduan berhubung ancaman bom.
Sumber dari: hmetro

Haaa..amik ubat. Inilah yang dikatakan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Akibat ada orang yang degil dan tidak mahu mengikut peraturan sebelum penerbangan, habis semua orang dalam pesawat tersebut telah terkandas.

Kita semua tahu dalam keadaan sekarang dengan krisis penerbangan penumpang. Dalam tahun ini sahaja sudah berdepan dengan 2 tragedi yang menyedihkan. So korang yang bersifat ego hidung tinggi tu kenalah faham dengan sensitiviti ini. Perkataan BOM adalah yang paling pantang disebut untuk krew penerbangan. Apa sahaja yang didengar melibatkan BOM akan membuatkan mereka tidak yakin untuk melakukan penerbangan dan seterusnya memberikan kesulitan pada penumpang dalam proses pemeriksaan.

Oleh itu bersopanlah ketika mahu menaiki pesawat penerbangan. Ikut tata tertib dan peraturan yang telah dibuat.