Baru-baru ini dikejutkan kontroversi dua pasangan melakukan photoshoot di bandarya Ipoh telah dihadapkan kemakamah akibat tidak mengho...

Dua Pasangan Hampir Bogel Di Ipoh Telah Dihadapkan Ke Makamah


Baru-baru ini dikejutkan kontroversi dua pasangan melakukan photoshoot di bandarya Ipoh telah dihadapkan kemakamah akibat tidak menghormati masyarakat sekeliling. Mereka berdua ini kalau nak berphotoshoot dalam keadaan bogel terkangkang tertonggek sekali pun buatlah di tempat yang tertutup bukannya tempat yang terbuka yang boleh menyebabkan orang di sekeliling hidung berdarah tak tentu pasal.
Mereka ini harus faham bahawa masyarakat Malaysia terdiri berbilang kaum dan sudah tentu bernafsu. Melayu, Cina, India, Indon, Bangla, Nepal, Pakistan, Arab, Orang Asli dan lain-lain mempunyai sensitivitinya tersendiri.




Kalau ko rase nak buat lagi buat lah...kalau mampu bayar saman tu banyak kali..saman RM 400 jer tak mahal pun ..kan?

DUA model, Low Kah Wai, 27, (kiri) dan How Jo Yee, 21, yang mencetuskan kontroversi berjalan dalam keadaan separuh bogel di  Ipoh Isnin lalu, dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini kerana menimbulkan kegusaran awam. - Foto L Manimaran
Quote:
IPOH: Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan yang menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yag sama, sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM400.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong.

Sementara itu, peguam tertuduh memberitahu kedua-dua anak guamnya akan membayar secara tunai denda berkenaan.

Mengikut fakta kes, Kah Wai hanya memakai seluar panjang hitam dan berkasut manakala Jo Yee memakai coli dan seluar dalam putih.
Sumber dari: Bharian