Bermula dari khabar angin kini Proton Compact Car (PCC) telah muncul P2-30A membawa nama model "Iriz". Menurut laporan , Proto...

Proton IRIZ Model Terbaru Proton 2014 Telah Didedahkan


Bermula dari khabar angin kini Proton Compact Car (PCC) telah muncul P2-30A membawa nama model "Iriz". Menurut laporan , Proton memberi tumpuan kepada dua bidang utama apabila membangunkan PCC - keselamatan peringkat tertinggi dan kecekapan bahan api, pada harga yang berpatutan. Tawaran Harga RM40,000 – RM60,000 Untuk Rakyat Malaysia yang semestinya mampu berhutang.



Dengan platform yang baru, PCC akan dikuasakan oleh enjin baru, unit 1.3 dan 1.6 liter dengan injap boleh ubah (VVT). Bukan hanya dengan Campro VVT dimuatkan pada, enjin, Malah PCC ini mempunyai blok baru, piston dan injap, Ini yang pertama daripada siri baru enjin yang akan digunakan pada model masa depan dan menggantikan nejin jenis Campro yang lama berkhidmat.


Enjin baru ini  10% lebih cekap berbanding dengan Campro sebelum ini, dan penggunaan stereng berkuasa elektrik (EPS) membantu lagi kehebatannya.  PCC boleh melakukan perjalanan dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bahru (panjang Lebuhraya Utara Selatan) dengan satu tangki bahan api sahaja. Dengan 110 hp dan 148 (mungkin untuk 1.6) Nm, PCC mempunyai kelajuan tertinggi lebih 180 km / j.  Enjin baru akan dipasangkan kepada kedua-dua transmisi manual dan automatik.