Satu kejadian yang menggemparkan seluruh pasaraya berkenaan apabila sesorang lelaki telah terjun dari tingkat 4. Mangsa telah maut di ...

Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat 4 Di Bangsar Shopping Center


Satu kejadian yang menggemparkan seluruh pasaraya berkenaan apabila sesorang lelaki telah terjun dari tingkat 4. Mangsa telah maut di tempat kejadian apabila mengalami kecederaan yang parah. Dari sumber yang tersebar di media sosial lelaki tersebut mengalami tekanan psikologi dan membunuh diri selepas bergaduh dengan ibunya.
Aku simpati atas kejadian yang berlaku. Sesungguhnya bahaya apabila berlaku tekanan emosi dan hilang kewaran yang melampau sampai sanggup membunuh diri. Sebelum ini kecoh pernah terjadi kes orang terjun di pusat membeli belah Times Square dan kali ini pula di Bangsar Shopping Center. Inilah yang terjadi kalau sudah sampai seseorang itu tidak boleh berfikir secara waras samada membunuh diri atau membunuh orang lain kalau benar mangsa itu membunuh diri. Kalau di bunuh jauh sekali kerana kejadian berlaku di kawasan yang penuh di kunjungi orang.





Quote:
Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat 4 Pusat Membeli Belah Bangsar 
Pusat Membeli Belah Bangsar Shopping Centre (BSC) digemparkan dengan seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat empat bangunan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi di Bangsar itu, saksi mendakwa mangsa yang berusia dalam lingkungan 20an dikatakan telah naik ke tingkat empat pusat membeli belah berkenaan sebelum nekad terjun.

Mangsa maut apabila mengalami kecederaan parah di kepala dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Motif dan kesihatan mental mangsa masih lagi disiasat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Kita sedang mengesan waris mangsa dan juga latar belakang mangsa,
Sumber dari: Astro