Polis akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut kerana dikatakan bertindak sebagai pembuli jalan raya. Amukkan seorang wanita ak...

Perempuan Mengamuk Akan Diambil Tindakan - Ketua Polis Negara

Perempuan Mengamuk Akan Diambil Tindakan - Ketua Polis Negara
Polis akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut kerana dikatakan bertindak sebagai pembuli jalan raya.

Amukkan seorang wanita akibat keretanya dilanggar oleh warga tua telah menjadi viral di seluruh media sosial sehingga telah mendapat perhatian polis. Bukan polis daerah Kuantan dan sekitarnya. Ini Ketua polis negara dari Bukit Aman tu. Nak publisiti jugak ke ketua polis nih? Uncle Sim warga tua yang kena maki hamun tu pun sudah memaafkan perbuatan wanita terbabit dan kini mengapa perlu di perbesar-besarkan.
Tan Sri Khalid kena faham perasaan seorang wanita kalau mengalami tekanan melampau. Banyak dah kes amukkan wanita seperti sebelum ini kes bini mat yo takde pun ambil tindakan?
Hati seorang wanita ni sangat sensitif Tan Sri. Manalah tahu kalau tengah berdarah ke, ditambah lagi bergaduh dengan bf ke, ditambah lagi masalah dengan hal-hal keje ke, pastu dalam keadaan lapar ketika puasa adakalanya emosi seseorang tidak dapat dikawal dengan akal fikiran.

Tan Sri kena faham wanita terbabit saya rasa sudah mendapat hukuman setimpal dari cacian masyarkat di alam cyber. Cukuplah dia menderita setakat itu dan janganlah di tambah lagi dengan tekanan dalam tahanan lokap. Kalau dah kena lokap datang lagi tekanan dari pihak media taknye kena viralisme lagi. Boleh jadi gila wanita tu nanti. Kesiannn dia. Harap Pihak polis dapat pertimbangkan dan berfikir panjang sebelum mengambil tindakan dan implikasi yang mungkin bakal berlaku. 
Quote:
"Wanita itu akan diambil tindakan" - Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu bahawa polis akan mengambil tindakan terhadap wanita yang mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng terhadap seorang pesara yang secara tidak sengaja melanggar kereta wanita tersebut di Kuantan pada Isnin lalu.

“Sudah tentu itu bukanlah cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut dan undang-undang tidak boleh diletakkan di tangan sendiri,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara.

Tambahnya lagi, pihaknya telah melihat video tersebut dan wanita berkenaan ternyata menunjukkan sikapnya sebagai seorang pembuli jalan raya dan satu laporan polis akan dibuat terhadap wanita berkenaan.

“Tidak kiralah sama ada lelaki berkenaan ada membuat laporan polis atau tidak, kita akan mengambil tindakan terhadap wanita itu.”

Semalam video seorang wanita di Kuantan yang mengamuk sambil mengeluarkan pengunci stereng sebagai ancaman kepada seorang lelaki warga emas yang didakwa melanggar keretanya menjadi viral di jaringan sosial.

Hari ini, lelaki warga emas terbabit difahamkan telah memaafkan perbuatan wanita berkenaan.
Sumber dari: Astro