Tahniah buat kakitangan Kerajaan Negeri Selangor kerana akan menerima sumbangan BONUS raya untuk tahun ini. Sememangnya negeri selangor ya...

Bonus Raya Untuk Kakitangan Kerajaan Selangor

bonus raya untuk kakitanga kerjaaan negeri selangor
Tahniah buat kakitangan Kerajaan Negeri Selangor kerana akan menerima sumbangan BONUS raya untuk tahun ini. Sememangnya negeri selangor yang pesat membangun dan menerima pendapatan yang tinggi dari hasil  pelbagai kutipan. Ini membuktikan Kerajaan Selangor mampu dan meneruskan pemberian subsidi air 20 meter padu setiap bulan kepada seluruh penduduk Selangor.
Untung mereka yang bekerja dengan kerajaan Selangor, lain lah aku nie belum pernah menerima bonus raya dengan tempat aku bekerja sekarang.  Apa boleh buat rezeki masing-masing tak sama dan aku bersyukur dengan apa yang ada.
Dan pada mereka yang bertuah menerima bonus raya tu di harap gunakan wang di perolehi dengan bijak dengan lebih berjimat cermit. Jangan menjadikan nafsu raya tu untuk menjadi seorang yang boros dan membazir. Tumpukan kepada keperluan yang penting dahulu.



bonus raya untuk kakitangan negeri selangor
Quote:
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus tahunan dan sempena sambutan Aidilfitri ini kepada semua kakitangannya, hari ini.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi bonus ekoran prestasi laporan kewangan negeri menunjukkan peningkatan.

"Exco negeri bersetuju beri bonus sebulan gaji ikut tempoh perkhidmatan bertarikh 30 Jun ini, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan bagi tujuan pemberian bonus ini.

"Keputusan ini dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil meningkat dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Sumber dari: Sinar