Nampak gayanya kawasan laluan di Jalan Imbi akan berlaku kesesakan yang teruk selepas ini. Kepada korang yang suka menggunakan jalan t...

Terowong Bawah Tanah Runtuh di Jalan Imbi Kuala Lumpur

terowong runtuh di kuala lumpur

Nampak gayanya kawasan laluan di Jalan Imbi akan berlaku kesesakan yang teruk selepas ini. Kepada korang yang suka menggunakan jalan tersebut kalau nak ke lowyat , bukit bintang ,time square atau tempat-tempat disekitarnya, elok lah korang elakkan dari terjerumus ke dugaan yang menguji kesabaran korang tu lebih-lebih lagi di bulan puasa nie.. pilih la jalan lain yang lebih mudah, naik train monorail jer senang. Kalau naik motor tu pandai-pandai korang lah nak cilok-cilok.
Sememangnya aku jenis manusia yang tidak sukakan suasana yang sibuk dan sesak.

Apa-apa pun arkitek,jurutera dan kontraktor yang akan di soal jawab mengapa dan bagaimana boleh terjadi? apa yang terlebih dan terkurang dalam pembinaan? ikut ke tidak prosedur yang diberikan?  Nasib baik tidak ada sesiapa yang yang maut ketika runtuhan. 

Kalau di semak balik berita-berita yang lepas dah banyak dah yang runtuh. antara nya Stadium, masjid, jambatan dan banyak lagi. Seolah-olah seperti satu trend yang menunjukkan nagara ini kurangnya pengalaman secara teknikal tentang tahap waspada pada risiko yang mungkin bakal berlaku.


Quote:
KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini, runtuh menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.38 pagi itu, dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai mangsa terperangkap atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Sumber dari: bharian


terowong runtuh di jalan imbi kuala lumpur

terowong runtuh di jalan imbi kuala lumpur



terowong runtuh kuala lumpur

terowong runtuh di jalan imbi kuala lumpur

terowong runtuh di jalan imbi kuala lumpur