Di bulan Ramadhan dan semakin menjelangnya Hari Raya Aidilfitri, seluruh umat islam akan mula menyambutnya samada dengan penuh kegembiraan atau kesedihan.
Umum kita tahu kadar kemalangan jalan raya meningkat setiap kali di bulan puasa lebih-lebih lagi ketika musim balik kampong menjelangnya raya.
Antara beberapa perkara yang perlu aku ingatkan ialah berkenaan memandu ketika berpuasa:
- Ketika kita berpuasa kandungan gula dalam darah akan berkurangan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada hilang daya tumpuan dan tahap kita berwaspada.
- Selepas makan sahor atau berbuka , tenaga akan diperlukan untuk mencernakan makanan di dalam badan yang akan menyebabkan merasa mengantuk.
- Apabila kita sudah hilang daya tumpuan, hilang tahap berwaspada dan rasa mengatuk , maka kemalangan mungkin akan terjadi.
- Selain itu di bulan puasa badan kita tidak menerima nutrien secukupnya yang boleh mengakibatkan pening kepala, keletihan, sakit kepala ,hilang tenaga dan sebagainya.
Diambil dari JKJR
Contoh Seperti berita dibawah, nie kes hilang tumpuan lah nie time bawak motor.
Quote:
PARIT BUNTAR - Padah menunggang motosikal sambil berbual telefon, seorang lelaki patah kaki kanan akibat merempuh sebuah kereta dalam satu kemalangan di Batu 3, Parit Kasa, Jalan Sempadan, di sini, semalam.
Menyedihkan, dalam kejadian jam 12.40 tengah hari, sebahagian kaki kanan mangsa yang berusia lingkungan 20-an hancur.
Pemandu kereta, Abdul Rahman Bahari, 65, berkata, dia bersama lima ahli keluarga lain termasuk seorang bayi sedang dalam perjalanan ke Sungai Bakau dari pekan Pusat Bandar.
Abdul Rahman berkata setibanya di lokasi kejadian, dia melihat kelibat seorang penunggang motosikal yang menunggang secara melulusebelum memasuki laluan bertentangan.
“Saya nampak dia sedang bercakap menggunakan telefon bimbit tanpa menumpukan perhatian pada jalan raya.
“Saya membunyikan hon pada jarak 20 meter bagi memberi amaran kepada mangsa yang sudah memasuki jalan bertentangan.
“Namun, mangsa tidak menghiraukan bunyi hon dan akhirnya pertembungan kuat berlaku,” katanya sewaktu ditemui di lokasi kejadian.
Abdul Rahman berkata, kesan pertembungan itu menyebabkan mangsa tercampak, manakala motosikal jenis Suzuki ditunggang mangsa remuk teruk di bahagian hadapan.
Menurutnya, kemalangan itu turut menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk, manakala rim tayar hadapan kanan kereta hancur.
“Selepas bertembung, saya meneliti keadaan ahli keluarga dan bersyukur kesemuanya selamat serta tidak mengalami kecederaan.
“Saya segera meneliti keadaan mangsa dan terkejut melihat keadaan kaki kanan mangsa yang hancur dan parah.
“Mujur dengan bantuan anggota Pertubuhan Sukarelawan Keselamatan dan Kebajikan Islam Kerian (PSKK) yang hadir, ambulans segera dipanggil untuk membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar,” katanya.
Sementara itu, jurucakap PSKK berkata, pertembungan sebuah motosikal dan sebuah kereta itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lokasi kemalangan.
“Anggota PSKK yang menerima maklumat kemalangan segera menghubungi ambulans untuk rawatan kecemasan bagi mangsa penunggang motosikal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan siasatan masih dijalankan.
Sumber dari: Sinar
Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika berpuasa
- Minum air yang banyak sebelum berpuasa bagi mengelakkan ‘dehydration’ iaitu kekeringan dalam badan.
- Rancangkan jadual kerja anda
- Jika tidak berkemampuan atau tidak selamat untuk meneruskan berpuasa dibolehkan berbuka dan perlu diganti pada waktu yang lain.
- Jika dalam perjalanan jauh, perlu diingatkan membuat rancangan untuk berhenti rehat sebaik-baiknya setiap 1 atau 2 jam sekali ketika memandu.
- Jangan memandu jika merasa letih dan mengantuk.
- Jika anda sebagai penumpang, janganlah anda tidur. Cara terbaik ialah membantu dan memastikan pemandu anda setiasa dalam keadaan berwaspada. Berbual dan keluarkan topik-topik yang boleh dikongsikan untuk menghilangkan rasa mengantuk pada pemandu.
- Kurangkan memandu berseorangan jika perlu terutamanya di awal pagi atau lewat petang.
- Cuba elakkan memandu mendekati dengan kenderaan-kenderaan berat seperti lori dengan menetapkan jarak yang jauh.
Itu saja dari aku untuk peringatan korang. Pandai-pandai korang menentukan untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga. Ambilah ikhtibar dari apa yang berlaku sebelumnya.