Baru sahaja kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bonus, kini kerajaan pusat pula mengumumkan BONUS untuk kakitangannya sebnyak RM500. ...

Bonus Penjawat Awam Terima RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri

bonus kakitangan kerajaan hari raya

Baru sahaja kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bonus, kini kerajaan pusat pula mengumumkan BONUS untuk kakitangannya sebnyak RM500. Walaupun tidak semewah sebulan bonus seperti kerajaan negeri selangor, bagi aku RM 500 itu sudah cukup besar dan memadai untuk kaitangannya yang ramai di seluruh Malaysia. Terima sahajalah elok ada dari tak dapat langsung.

Kalau dulu kita imbas kembali kerajaan mampu untuk memberi sebulan gaji untuk setiap bonus raya. 

Walaupun pemberiannya secara berperingkat, tetapi nilainya lebih besar ketika itu berbanding sekarang. Maklumlah sebelum dan selepas pilihanraya tahun lalu dah banyak BR1M telah di sampaikan. Kakitangan kerajaan yang layak pun dapat sekali. Kalau di nialaikan balik sudah berapa banyak BR1M telah diberikan.?

Quote:
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama
Sumber dari: Sinar