Memang tidak dapat dinafikan lagi gejala sosial boleh dikatakan sudah mencapai luar kawalan yang susah untuk dibendung. Hinggakan ada ...

Teknik Tampal Semula Dara Yang Koyak


Memang tidak dapat dinafikan lagi gejala sosial boleh dikatakan sudah mencapai luar kawalan yang susah untuk dibendung. Hinggakan ada berita yang memalukan dikalangan murid sekolah lagi.
Hati-hati pada bakal suami yang akan menghadapi malam pertama. Diharap mereka yang bakal menempuh alam rumah tangga tu akan mendapat seorang isteri yang jujur terhadap suami. Jaminan kebahagian rumahtangga berpegang kepada kejujuran kedua pasangan. Kadang-kadang lelaki ada caranya untuk mengetahui rahsia perempuan, dan perempuan ada caranya untuk mengetahui rahsia lelaki.

Tidak tahu sejauh mana sensitifnya lelaki bila mempunyai seorang bakal isteri yang sudah di tebuk tupai. Kalau di khabarkan awal-awal mungkin si lelaki masih boleh menerima. begitu juga dengan perempuan inginkan sang teruna. Adakalanya kita perlu berterus terang untuk mendapat cinta yang sejati bukanya jadi seorang penipu sampai mati. 

Oleh itu hargailah dara hingga ke jinjang pelamin



Quote:
Kuala Lumpur: Teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ makin popu*lar di ibu kota, terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan.

Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur lazim*nya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami. 

Dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin. 

Hymenoplasti ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras.

Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.
Sumber dari:  Metro