Seorang lelaki di Johor telah membuat laporan polis kerana Azan Subuh yang dilaungkan dari masjid berdekatan telah membuatkan dia merasa...

Lelaki di Johor Repot Polis Kerana Azan Bising


Seorang lelaki di Johor telah membuat laporan polis kerana Azan Subuh yang dilaungkan dari masjid berdekatan telah membuatkan dia merasa tidak selesa. Benda nie sekarang kecoh di facebook, wassap dan seangkatan dengannya.

Kita jangan pulak menuduh dan menghina yang bukan-bukan terhadap lelaki tersebut kerana tidak menghormati Azan. Mari kita fikir yang positif, mungkin lelaki ini telah mempunyai masalah pendengaran sensitif dan tidak boleh di kawal..? mungkin juga pada awal pagi tersebut tok bilal masih mai-mai terlaras amplifier ke high volume? mungkin juga lelaki tersebut di rasuk jin ? itu andaian aku jer..Azan pun kena control juga supaya tidak menjadi pencemaran bunyi..Normal antara 75-85db...tapi kalau melebihi 110-120db sudah dianggap kritikal dan ada potensi merosakkan gegendang telinga.


Apa yang aku baca dari laporan yang telah di buat, lelaki tersebut telah mengadu terlebih dahulu dngan jabatan agama Islam, Majlis Pasir Gudang dan AJK Masjid. Mungkin kerana tiada siapa yang ambil peduli dengan komplen yang remeh temeh ni lalu dia terus buat laporan ke polis.
Kes macam ini kalau lelaki tu ada merakam kekuatan bunyi dan jika ia melebihi 110 db maka ianya adalah pencemaran bunyi yang kritikal yang memerlukan 1 minit untuk merosakkan gegendang telinga. Ada kemungkinan boleh menang di makamah.

Apa pun azan tetap azan dan perlu di hormati tidak perlu azan itu terlampau kuat janji dapat di dengari oleh qariah masjid.
Cara menghormati Azan dengan terus meninggalkan segala kerja dan terus menunaikan tanggungjawab menunaikan solat. Korang boleh lihat berapa ramai orang di sekeliling korang yang menghormati Azan. Ramai bukan..





Bagi yang non-muslim ada juga yang mengambil manafaat terhadap kebaikkan Azan..Cayalah uncle.