Umum semua tahu kebanyakkan syarikat-syarikat kereta yang terkenal sudah mula memperkenalkan kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik....

Nissan BladeGlider sebuah kereta elektrik yang sangat sporty


Umum semua tahu kebanyakkan syarikat-syarikat kereta yang terkenal sudah mula memperkenalkan kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik. So tidak mustahil suatu hari nanti minyak petrol tidak diperlukan lagi kerana mungkin manusia bertukar kepada kenderaan elektrik dan pada masa itu mungkin terlalu mahal harganya bagi seliter petrol disebabkan permintaannya semakin berkurangan.


Quote:
Nissan perkenal kenderaan elektrik berkonsep sporty

TOKYO: Pengeluar automotif kedua terbesar Jepun, Nissan Motor Co Ltd hari ini memperkenalkan kenderaan elektrik berkonsepkan 'sporty' di Pameran Automotif Tokyo sebagai satu langkah bagi mengembangkan pasaran kereta berteknologi hijau.

Nissan yang juga pengeluar kenderaan elektrik, Leaf sejak 2010 berharap Nissan BladeGlider akan dapat membantu mencapai pasaran pemandu lelaki yang masih mahukan prestasi dan gaya dalam segmen kereta mesra alam. 


Kereta berkenaan yang akan dilancarkan pada Pameran Automotif Tokyo akhir bulan ini, mempunyai reka bentuk aerodinamik serta ruang duduk pemandu dan penumpang di bahagian belakang yang cukup luas. 

Menurut Nissan, dengan saiz reka bentuk - satu meter di bahagian depan dan 1.89 meter di belakang serta menggunakan bahan gentian karbon yang ringan - membolehkan pemandu melakukan pusingan walaupun pada selekoh tajam.

“Tempat duduk pemandu diletakkan di tengah-tengah kenderaan bagi memberi pengalaman seolah-olah mengendalikan pesawat di udara,” katanya. - AFP
Sumber dari: Bharian

Proton baru nak mula dengan teknologi turbonya