Kalau korang tiada masa atau malas ingin menebas rumput dihalaman rumah sendiri, sudah pasti korang akan mengupah tungkang potong rump...

Kerajaan Selangor Berjaya Takeover Syabas dan beberapa syarikat besar yang lain.


Kalau korang tiada masa atau malas ingin menebas rumput dihalaman rumah sendiri, sudah pasti korang akan mengupah tungkang potong rumput. Mungkin harganya sekitar RM30-50 jika dikawasan bandar. Tapi sebenarnya lebih baik korang tebas sendiri dan urus sendiri perbersihan sekitar kawasan rumah. Dapat jugak berjimat dan keluar peluh demi hidup yang sihat. Yerlah..kekadang bila dah mengupah orang kita mungkin ada sedikit tidak berpuas hati dengan hasil kerja yang telah mereka lakukan.


Contoh lain pula mengupah pusat asuhan untuk menjaga anak. Sebulan sudah pasti mencecah Rm100 keatas. Tapi dalam diam korang mungkin tidak tahu anak korang tu akan di jaga macam mana. Dah ada kes anak orang kena pukul di pusat jagaan. So macam mana? 

Harga barang semakin naik. So cara terbaik kenalah ubah cara hidup dengan penuh berjimat cermat. Sudah pasti akan menguntungkan kita.

Langkah Kerajaan Selangor yang kaya aku percaya mampu mentadbir pengurusan air. Dulu pun urus sendiri pastu bijak n pandai sangat serah pada orang lain untuk uruskan. Zaman tu siapa yang memerintah yek?. So berapa gaji CEO dan kroninya yang dia bayar tu ?Agak-agak lepas ini kos menguruskan air untuk rakyat selangor dapat dijimatkan tak?
 Mungkin bekalan air percuma dapat diteruskan sepanjang pemerintahan PR. Kalau kerajaan negeri lain yang diperintah oleh BN dikatakan hebat mengurus tadbir, cubalah urus air sendiri dan beri skim air percuma dahulu kepada rakyat.


Quote:
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor dimuktamadkan untuk mengambil alih dan mengurus sepenuhnya empat syarikat konsesi bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata surat rasmi yang diterima pada 9 September lepas daripada kerajaan persekutuan menunjukkan kesepakatan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan segera isu pengurusan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Benar, pengurusan Syabas telah diberikan kepada kerajaan negeri namun sekarang, kita masih berunding dengan pihak terlibat tentang bayaran dan nilai pengambilalihan tersebut.

"Jika rundingan dapat diselesaikan pada hujung tahun ini, proses mengambil alih akan memakan sedikit masa...mungkin dalam tiga hingga enam bulan.

"Apa yang penting, para pekerja syarikat konsesi air itu tidak akan diberhentikan malah boleh bekerja seperti biasa cuma di bawah pentadbiran baharu saja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, biarpun pihaknya diberi kuasa penuh mentadbir industri air di negeri itu, namun kerajaan persekutuan tetap menjadi pemegang saham emas sebagai syarat keempat-empat syarikat itu tidak boleh dijual kepada pihak lain melainkan kerajaan persekutuan.

Terdapat empat syarikat konsesi air di Selangor - Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang merupakan anak syarikat Kumpulan Gamuda; dua anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd, iaitu Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS); serta Korsortium Abass Sdn Bhd.

Kerajaan negeri telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat tersebut.

Abdul Khalid sebelum itu menghadiri majlis Himpunan Penghulu, Ketua-ketua kampung serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) seluruh negeri Selangor bagi mengenal pasti permasalahan penduduk.

Berhubung isu-isu penduduk yang disuarakan semasa himpunan itu, Abdul Khalid berkata pihaknya akan berusaha membantu menyelesaikan isu yang timbul.

Beliau berkata jumlah peruntukan kepada ketua-ketua masyarakat itu sebagai dana pembangunan komuniti desa akan diumum pada pembentangan belanjawan negeri 18 Nov ini. - Bernama
Sumber dari: Sinar

Kalau korang yang pro BN di Selangor masih tidak berpuas hati dengan pimpinan sedia ada,korang bolehlah membayar air yang telah diberi percuma itu. Korang pasti banyak duit kan?

korang fikir la sendiri..