Dasyat sampai patah kaki dibuatnya. Nasib baiklah lift tu ada emergency lock kalau-kalau gagal berfungsi contohnya jika kabel terputus....

Wanita cedera patah kaki akibat lift gagal berfungsi di Petronas Tower 3?


Dasyat sampai patah kaki dibuatnya. Nasib baiklah lift tu ada emergency lock kalau-kalau gagal berfungsi contohnya jika kabel terputus. Kalau tidak dah terus jatuh kebawah terus hancur berkecai.Sudah tentu kakak ini menerima cedera yg lebih parah atau menemui ajal.

 Bahaya betul sekarang ini sebab lift kerap kali digunakan dan boleh dikatakan sepenuh masa. Mungkin 1 per sejuta akan menemui kegagalan jika tidak diselia atau maintenance dengan baik.

Tapikan aku musykil sikit. mengapa pukul 3 pagi? Makan kat restoran tingginya kat tingkat 57? Kena pulak pagi sabtu..ader Saturday night fever ke kat atas tu?
Quote:
Kuala Lumpur: Seorang wanita patah kaki kanan selepas lif dinaiki di sebuah pusat beli-belah di sini tiba-tiba menggelongsor dan berhenti di tingkat 20, serta terkurung lebih setengah jam sebelum berjaya diselamatkan pengawal keselamatan premis berkenaan.

Dalam kejadian jam 3 pagi Sabtu lalu, mangsa, Nor Intan Baiduri Abdul Rashid, 24, bersama tunangnya yang ingin ke tempat letak kereta menaiki lif sebelum tiba-tiba ia gagal berfungsi dan terus menggelongsor
Malah akibat lif itu berhenti mengejut menyebabkan kaki kanannya patah selepas terhentak dengan kuat di lantai

Menceritakan semula kejadian itu, Nor Intan berkata, sebelum kejadian itu dia bersama tunang makan malam di sebuah restoran di premis terbabit yang terletak di tingkat 57.

“Selepas makan saya dan tunang bersama dua lagi pelanggan menaiki lif terbabit bagaimanapun ketika di tingkat 28, tiba-tiba ia bergegar dan terus turun dengan laju sebelum berhenti mengejut di tingkat 20.
Sumber dari: Metro


Hahaha..ini sangkaan buruk aku..maaf aku tak bersimpati dengan kes macam ini. Kalau korang nak tahu mereka ini makan malam di sebuah restoran tingkat 57 di petronas Tower 3..Agak-agak la nak makan sampai pukul 3 pagi..ular sawa ke ape?. Kat KL biasanya tempat2 berhibur high class terletak di atas bangunan tinggi-tinggi. Mungkin untuk privacy untuk level yang dah ada title VVIP kot...hehhee..

Neh aku tepekkan restoran yang korang nak tahu itu.

 
Restoran nie agak2 ada logo halal dari jakim tak?


 Biasalah high class kan...so pastinya air setan tidak ketinggalan untuk para pelangganya.

Neh aku tepekkan websitenya.
http://www.marinis57.com
.bukan aku nak promosi kan tempat sosial yang haram jadah ini..just sebagai renungan dan mengambil ikhtibar apa yang berlaku. Kadang-kadang mungkin tuhan tu nak bagi warning dulu..beruntung jugak yer tak?

So mungkin inilah salah satu hasil keuntungan syarikat petronas

So kepada yang terasa sakit hati tu ..sorry to say..Padan Muke ko.hehehe!!