Nampak sangat rakyat semakin terdesak, semakin sangap, semakin kesempitan, semakin susah dan macam-macam lagi kesukaran untuk meneruskan ...

Lagi Kes Pengawal Keselamatan Melakukan Rompakan

Nampak sangat rakyat semakin terdesak, semakin sangap, semakin kesempitan, semakin susah dan macam-macam lagi kesukaran untuk meneruskan hidup. Aku ingatkan rakyat Malaysia jer yang terasa bahangnya, rupa-rupanya rakyat dari negara luar yang masuk secara haram pun terdesak jugak.
Jenayah ini mungkin sudah dirancang dan mungkin dari geng pendatang asing  yang sama menggunakan IC palsu lepas tu jadi pak guard then lepas tu buat rompakan.
Dah dapat hasil rompakan balik kembali ke negara masing-masing. Hasilnya akan digunakan untuk meneruskan hidup dengan penuh senang lenang.
Quote:
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan.

Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah.
Sumber dari: mstar

 Inilah padahnya syarikat pengawal keselamatan mengambil pekerja tanpa usul periksa. Dan ini lah kesannya jika tekanan perbelanjaan hidup semakin naik. Bukan rakyat Malaysia saja yang menderita tapi pendatang dari luar yang masuk berkerja secara halal/haram lagi naik gila.