Video kebakaran yang berlaku beberapa jam tadi yang memusnahkan 6 unit rumah di Flat PKNS 17 tingkat di Kerinchi berdekatan dengan Old To...

Kebakaran Flat PKNS Kerinchi


Video kebakaran yang berlaku beberapa jam tadi yang memusnahkan 6 unit rumah di Flat PKNS 17 tingkat di Kerinchi berdekatan dengan Old Town Bangsar South dan Stesen LRT Universiti. Kesesakan lalu lintas menyebabkan anggota bomba dan penyelamat sukar tiba di tempat kejadian dengan pantas walaupun balai bomba terletak tidak jauh. Setakat ini, belum dapat dipastikan jika ada mangsa yang cedera walaupun kedengaran beberapa siri letupan. Punca kebakaran juga masih disiasat. Kutipan derma kilat untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran Flat PKNS 17 Tingkat akan diadakan. Sila hubungi 0322409475 / pejabat@nurulizzah.com untuk membantu.