Terkejut, sedih , sakit hati dan bengang. Inilah apa yang akau rase apabila menonton berita ini dikaca tv.Memang dah banyak kes anak mat...

Bapa rakam video bayi kena pukul dan dera di pusat asuhan di Taman Melati


Terkejut, sedih , sakit hati dan bengang. Inilah apa yang akau rase apabila menonton berita ini dikaca tv.Memang dah banyak kes anak mati, didera dan cedera dipusat asuhan. Isunya sekarang siapa perlu dipersalahkan jika ia benar-benar berlaku. Ibu bapa tiada bukti untuk ketengahkannya ke pihak berkuasa.




Nasib baik dalam berita ini bapa seorang kaki gadget sempat meletakkan alat rakaman di beg anaknya. Hasil rakaman sungguh memeranjatkan apabila dilihatnya budak didera dengan teruk. Ini yang kita dapat tahu, yang lain-lain tu macam mana. Adakah pusat asuhan semuanya selamat?

Aku rasa selepas ini video CCTV wajib diletakkan di pusat asuhan kanak-kanak supaya ibu bapa boleh melihat anak-anak mereka tidak diapa-apakan dan sebagai bukti jika ada salah laku dari pihak jagaan tersebut.