Hok aloh..Guane jadi lagu nie..Dapat anak yang cermerlang sehingga pencapaiannya menjadi pengurus cari gali minyak dengan bergaji besar berbelas ribu. Tapi malang anak ini yang sanggup mengabaikan kedua ibu bapanya serta 2 anaknya sendiri. Satu derhaka pada orang tua..kedua derhaka pada anak sendiri.
Aku tau orang bergaji besar ini boleh hidup senang, boleh joli sana sini, boleh beli apa yang di suka. Tapi walaupun duit setinggi gunung belum tentu ko boleh beli syurga yang semua orang impikan. Ada ke anak derhaka dapat jaminan masuk syurga..??
Pengurus syarikat cari gali minyak konon tapi penakut dan tak gentleman nak menghadapi hidup berkeluarga bersama mak bapaknya..dengan anaknya sendiri pun takut tak mahu bela..ceh.. Baru dapat gaji banyak tu dah gelap mata belum lagi gaji menteri lagi..Jadilah si Tanggang Moden sampai mati..
Jantan dayus lelaki tak guna!!
Kuala Terengganu: “Yang Arif, saya reda mempunyai anak seperti ini dan reda dia dipenjarakan,” kata Mustafa Ismail, 67, dalam permohonannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rosdi Harun supaya memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran terhadap tindakannya mengabaikan nafkah terhadap ibu bapa serta dua anaknya yang dipelihara Mustafa.
Buat kali pertama selepas kes tuntutan nafkah dan saman difailkan Mustafa selaku plaintif terhadap Nasrun selaku responden pada 2010, anaknya itu muncul di mahkamah semalam selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada bulan lalu.
Pada prosiding semalam, Rosdi memerintahkan Nasrun membayar RM10,000 kepada Mustafa dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, sebelum jam 3 petang semalam dan jika gagal, defendan dikenakan hukuman penjara selama seminggu dan responden melunaskan bayaran nafkah itu semalam. Rosdi turut memerintahkan responden membayar baki RM11,000 secara ansuran kepada kedua-dua ibu bapanya.
Mahkamah juga membenarkan Nasrun diikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh mendengar notis tunjuk sebab untuk responden membela diri pada 24 November depan selepas plaintif memfailkan permohonan supaya anaknya dipenjarakan kerana gagal melaksanakan perintah mahkamah berhubung pembayaran nafkah bernilai RM18,866.50.
Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya yang sebelum ini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi mendapatkan tuntutan nafkah dua cucunya tiga tahun lalu.
Selepas tiga tahun, permohonan pesara syarikat cari gali minyak itu akhirnya berjaya dan Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 28 Ogos tahun lalu memerintahkan Nasrun selaku responden memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 15 dan 17 tahun.
Rosdi dalam penghakimannya ketika itu turut memerintahkan Nasrun digelarnya sebagai ‘Si Tanggang Moden’ membayar RM400 seorang kepada ibu dan bapanya serta dua anaknya berusia 15 dan 17 tahun setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun yang diabaikan sejak lapan tahun lalu.
Bagaimanapun, Mustafa menerusi peguam syarienya, Fazru Anuar Yusof terpaksa memfailkan saman dan waran tangkap terhadap anaknya selepas Nasrun enggan dan gagal melaksanakan perintah mahkamah untuk membayar tuntutan nafkah ibu bapa dan dua anaknya berjumlah RM18,866.50.
Terdahulu, pada prosiding semalam, Nasrun yang kini bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak memberi alasan tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010.
“Saya tidak mahu melawan bapa saya di mahkamah. Saya tiada niat untuk melawan ibu bapa saya,” katanya yang memakai baju kemeja biru berkolar putih sambil turut menafikan dia hadir ke mahkamah kerana menerima waran tangkap.
Mendengar jawapan Nasrun itu, Rosdi kemudian memerintahkan supaya kedua-dua pihak mengadakan perbincangan dan menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan memberi tempoh satu jam sebelum menyambung semula prosiding.
Bagaimanapun, sebaik sesi prosiding disambung, Mustafa memohon mahkamah memenjarakan anaknya kerana kecewa dengan sikap responden yang langsung tidak mengendahkannya, malah hanya bersalaman dengannya selepas diperintahkan Rosdi, susulan keputusannya mahu memohon maaf daripada bapanya.
“Yang Arif, saya nak tanya sedikit adakah salam ini salam betul atau apa? Sebab sepanjang kami bertemu di mahkamah ini tadi, dia langsung tak tengok muka saya, apa lagi bersalamdengan saya. “Saya reda anak saya dipenjarakan seminggu atau lebih. Saya duduk di situ berapa lama, dia buat tak tahu saja,” katanya dalam nada suara bergetar.
Peguam syarie yang mewakili Nasrun, Kamaruzaman Wahab kemudian mencelah “Yang Arif, kalau pun plaintif memohon responden dipenjarakan, saya memohon responden diberi masa untuk menjawab dan membela diri“.
Rosdi berkata, mahkamah tidak berhasrat memanjangkan kes berkenaan dan memohon Nasrun kembali kepada keluarganya dan mengambil berat perihal keluarganya termasuk ibu bapa serta dua anaknya berusia 16 dan 18 tahun.

Sumber dari: Metro